Natalia Adawiyah segera mengemaskan barang barangnya. Belas pensil dan buku - buku dimasukkan ke dalam beg dengan kadar yang segera.
"Okey, Han. Aku pergi dulu esok. Hati - hati balik." Natalia Adawiyah menyalami sahabatnya itu. Hari ini dia tidak dapat menemani Hannah pulang kerana dia terlibat dalam Majlis Iftar Pra U. Dia sebagai salah seorang ahli jawatankuasa aan menghadiri mesyuarat itu.
"Kau tu pun, Nat. Fokus apa yang dibincangkan. Jangan kau asyik tengok si Danny." Dempat Hannah memesan. Hannah sudah masak dengan perangai Natalia Adawiyah ni.
Ini Natalia Adawiyahlah. Mana mahu terlibat dalam apa - apa aktiviti tanpa kepentingan. Dan kepentingannya kali ini ialah Danial Akmal! Danial Akmal telah dilantik sebagai pengerusi aktiviti kali ini. Mestilah Natalia Adawiyah semangat nak buat kerja.
"Baik!" Tangan kanannya diletakkan ke atas dahinya. Terus dia pergi meninggalkan sahabatnya yang masih mengemas.
Natalia Adawiyah menuruni anak tangga dengan cermat. Cermat? Cermat apanya. Tadi aje dia dah langgar Cindy. Mujurr tak ada yang jatuh. Dan mujur juga Cindy tak membebel. Cindy si amoi kuat bebel.
Natalia Adawiyah berlari anak ke wakaf pra u. Kelihatan beberapa ahli jawatan kuasa telah pun mengambil tempat. Fuhh.. sebelah Danny kosong. Cantik! Teriak hati kecilnya.
Tania terus mengambil tempat sebelah Danial Akmal. Natalia Adawiyah hanya lambat beberapa saat. Sempat Tania mengukir senyuman sinis kepada Natalia Adawiyah.
Tania!! Persaing barunya. Selalu cuba meraih perhatian Danial Akmal. Mentang - mentang sekelas, ingat boleh menggedik lah?! Kau tunggu lah Tania Sirajuddin! Dengus hatinya. Menyumpah nyumpah Natalia Adawiyah saat ini.
Natalia Adawiyah segera mendapatkan tempatnya. Di hadapan Danial Akmal. Haa.. lagi best! Depan Danny lagi! Boleh tatap puas puas. Setakat kau sebelah aje, apa barang. Natalia Adawiyah cuba menenangkan hatinya.
"Sebelum memulakan mesyuarat kita kali ini marilah kita selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan surah al fatihah." Ucap Ikmal selaku biro rohani.
"Okey kita jemput Danny selaku pengerusi untuk memulakan mesyuarat kita." Ikmal mempelawa pengerusinya itu.
"Okey. Hari ini kita akan bincangkan.." Danial Akmal memulakan bicaranya. Belum sempat dia habis ayatnya ada seseorang yang baru masuk.
"Maaf semua. Lewat sebab bantu cikgu." Rayyan memohon maaf sebelum mengambil tempatnya sebelah Nataia Adawiyah.
Nasib baik kosong.
"Hai baby.." sapa Rayyan kepada Natalia Adawiyah. Siap kenyitkan mata.
Perlaku Rayyan diperhatikan semua orang. Natalia Adawiyah yang disebelahnya agak kaget.
Danial Akmal berdehem.
"Rayyan, shall we continue our discussion? " soal Danial Akmal dengan suara yang agak mendatar. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia halau Rayyan ini. Bukannya fokus, sekadar mahu mencari perhatian Natalia Adawiyah. Dasar attention seeker!
"Oh.. boleh boleh.." Rayyan memberi ruang untuk Danial Akmal meneruskan bicaranya. Sibuk je Danny ni. Cemburu lah tu. Nak dengki lebih pulak. Ngomel hatinya.
" seperti yang kita bincang sebelum ini kita setuju untuk memilih nasi arab sebagai menu utama kita. Hari ini kita akan bincang pula air dan dessert. Any suggestions? " Danial Akmal memberi peluang untuk anak buahnya memberikan cadangan.
"Air I cadangkan kita buat je sendiri. Beli kordial dan bancuh. Air kosong kita minta setiap pelajar bawa air mineral. Okey tak?" Tania mula menyumbang idea.
Semua ahli mua berkata kata.
"Hmm saya setuju. Ada yang bantah?" Danial Akmal kembali bertanya.
Semua ahli menyuarakan setuju. Tana gembira apabila cadangannya diterima. Hek eleh.. cadangan tu aje dah seronok lebih.
"Tania, Rina dan Zaim kalian uruskan air." Danial Akmal mula memberi tugas kepada tiga anak buahnya itu.
"How about dessert?" Soal Imran pula.
"Kita akan buat buah potong and some pudding. Shima, Imran dan Kamarul uruskan bahagian buah. And for pudding...." Danial Akmal menghentikan bicaranya. Matanya memandang ke arah Natalia Adawiyah yang leka menconteng sesuatu di buku catatannya.
"Pudding? Biar I buat. I boleh buat macam macam jenis. You can count on me." Tania menawarkan diri. Gedik! Itu lah saja ayat yang mampu digambarkan Natalia Adawiyah saat ini.
Natalia Adawiyah mencebik. Malas dia mahu hadap minah gedik tu. Gedik macam tak ada tulang. Kutuk Natalia Adawiyah.
"No. Saya nak Natalia yang buat." Kata kata Danial Akmal mengejutkan semua orang disitu.
Natalia Adawiyah terus terconteng satu garisan sebelum pen yang dia pegang terjatuh ke tanah akibat terkejut. Giler tak terkejut?! Dia nak aku buat kan?! Omaigod!
"Saya?" Soal Natalia Adawiyah. Jarinya ditunjukkan ke mukanya sendiri. Matanya membulat. Dia memandang Danial Akmal dan Rayan bersilih ganti.
"Why not me?" Tania cuba membangkang. Baru dia berangan mahu masak pudding dengan penuh kasih sayang untuk Danial Akmal. Bayangkan Danial Akmal memuji dia dengan penuh mesra. Oh Danny! Okey itu saja yang masakan yang Tania boleh buat. Kalau suruh lain mahu meletup dapur.
"No. Saya mahu Natalia saja buat." Danial Akmal mempertahankan pendiriannya.
"You ni. Entah sedap entah tak lah Lia buat. Kalau I buat I guarantee you will love it." Tania sekali lagi cuba memujuk Danial Akmal.
"Saya pernah rasa Natalia buat pudding. Rayyan juga pernah rasakan? Atau terlupa rasa." Sengaja dia menikkan amarah Rayyan saat ini.
Rayyan menarik nafas sebelum membuka mulut. Memang panas. Tapi cool dulu.
"I don't need to test it first because I tau apa yang Natalia masak semua sedap. Kan baby?" Rayyan menoleh ke arah Natalia Adawiyah.
Natalia Adwiyah agak kekok saat ini.
"Er..." speechless!
Danial Akmal berdehem.
"Jadi kita setujulah ye. Natalia, Mia dan Zati uruskan bahagian pudding. Saya nak pudding yang hari tu awak buat. Dan lagi satu jenis pudding terserah lah awak nak buat pudding apa atau nak beli yang kat mana. Yang penting saya nak pudding yang hari tu dan awak yang buat. Pudding tu wajib ada. Faham, Natalia Adawitah binti Azhar?" Danial Akmal memandang tepat ke arah Natalia Adawiyah. Suaranya ditekankan dihujung ayatnya.
Uishh.. siap nama aku dia sebut. Eh.. Lia! Fokus!
"Baikk!!" Natalia Adawiyah mengangguk laju.
"Okey semua segala perbelanjaan dan kira kira saya serahkan kepada Mei. Mei, awak boleh bentangkan bajet." Danial Akmal mempersilakan Mei selaku bendahari untuk membentangkan kerjanya.
Nampaknya Danny suka sangat pudding aku buat hari tu. Yeppiiii!! Sorak Natalia Adawiyah dalam hati. Teruja benar dia saat ini. Hatinya berbunga bunga. Uishh...
Dan mulalah sesi berangan Cik Natalia Adawiyah terhadap Mr Crushnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/51326589-288-k999672.jpg)
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
AcakPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...