Danial Akmal menuju ke kelas Natalia Adawiyah. Dia mahu berjumpa Natalia Adawiyah ketika rehat tetapi ada tugasan dia perlu selesaikan. Jadi, dia menangguh perjumpaannya dengan Natalia Adawiyah pada waktu balik.
"Natalia!" jeritan Danial Akmal di depan pintu kelas mengejutkan semua pelajar di kelas itu. Mujur tiada guru.
Kedatangan Danial Akmal mengujakan pelajar – pelajar perempuan kelas itu. Denial Akmal memang terkenal di kalangan pelajar perempuan di sekolah itu.
"Danny?" Natalia Adawiyah juga terkejut dengan kehadiran Danial Akmal.
"ikut saya. Ada benda saya nak cakap." Danial Akmal teus berlalu daripada kelas itu.
Natalia Adawiyah cepat – cepat mengambil beg sekolahnya lalu mengejar Danial Akmal. Sofia dan Hannah kebingungan melihat Danial Akmal tiba – tiba mahu berjumpa Natalia Adawiyah.
Kenapa ye mamat ni nak jumpa aku. Takkan rindu kot. Semalamkan dah spend time bersama.
"yang awak tersenyum ni kenapa?" soal Danial Akmal.
"tak ada apa – apa. Kenapa awak nak jumpa saya?"
"keluarkan buku maths awak."
"huhh???" Natalia Adawiyah bingun dengan permintaan Danial Akmal.
"saya kata keluarkan, keluarkanlah aje." Suara Danial Akmal agak tinggi.
"baik." Natalia Adawiyah keluarkan bukunya.
"ni awak punya. Itu saya punya." Danial Akmal menghulurkan buku matametik Natalia Adawiyah.
Aduh! Macam mana aku tak sedar itu buku Danny. Kalau aku tahu aku dah tulis segala luahan aku kat dalam buku tu.
Danial Akmal melangkah untuk pulang.
"awak!" panggilan Natalia Adawiyah memberhentikan langkah Danial Akmal.
"awak tak nak belajar dengan saya ke hari ni?"
"belajar dengan awak? Huh." Danial Akmal tersenyum sinis.
"buang masa saya belajar dengan awak." Danial Akmal kembali melangkah.
"awak! Saya tak habis cakap lagi ni."
Keluhan nafas Danial Akmal kedengaran.
"apa lagi?"
"tengok ni." Natalia Adawiyah menunjuk satu foto kepada Danial Akmal.
Di foto itu jelas kelihatan gambar Danial Akmal sedang tidur sambil menghisap jari.
"awak ni kan..." Danial Akmal caba merampas foto itu tapi tidak berjaya.
"bagi saya."
"tak nak!" Natalia Adawiyah memeluk gambar itu.
"mana awak dapat ni?"
"kak Dee."
"bagi saya."
"tak boleh!"
"okey, awak nak apa sebenarnya?"
Natalia Adawiyah mengangkat keningnya dantersenyum sinis.
"saya nak awak ajar saya semua subjek kecuali sains pertanian. Saya bukan ambil sains pertanian. Awak aje yang ambil."
"ajar awak?"
"ye ajar saya sampai hari terakhir peperiksaan. Dan awak kena ajar saya sampai saya dapat paling minimum 3A."
"3A? 1 A pun awak susah nak dapat."
"sebab tu saya suruh awak ajar betul – betul."
"saya ajar dah betul cuma awak tu aje. Yang malas berusaha. Buang masa saya ajar awak."
"kalau awak tak setuju, saya taknak bagi gambar ni."
"awak simpan ajelah gambar itu."
"oh jadi awak sanggup gambar ni jatuh ke tangan Linda and the geng? Awak tahukan apa yang jadi bila Linda and the gang dapat gambar ini. Mcam manalah riaksi mereka ye bila lihat gambar ini. Pasti kecoh sekolah." Kata – kata Natalia Adawiyah berbau ugutan.
"awak ni kan... okey. Petang ni jam 4 petang saya datang ke butik mama awak. Saya akan cuba sedaya upaya. Kalau awak tak dapat juga 3A dalam SPM jangan salahkan saya." Akhirnya Danial Akmal mengalah.
"baik, cikgu!"
"tapi ingat, jangan bagi tahu sesiapa yang kita belajar sama walaupun dengan sahabat baik awak tu."
"baik!" Natalia Adawiyah tersenyum gembira.
******
Rayyan menemui Sofia dan Hannah dihadapan surau.
"mana Lia?"
"Natalia? Entahlah. Tadi dia dengan Danny." Hannah menanggalkan stokinnya.
"Danny?"
"ye, Danny. Aish. Tak kan dah pekak kot." Hannah menuju ke ruangan mengambil wudhuk dan meninggalkan Rayyan dan Sofia.
"Sofia, kenapa Lia dengan Danny?"
"manalah I tahu. Danny tiba – tiba datang ke kelas then kata nak jumpa Natalia."
"kenapa you tak ikut aje mereka?"
"you ni. Natalia tak bagi I ikutlah."
"aduh!" Rayyan mulai resah.
"kau ni kenapa gelabah semacam." Hannah muncul setelah mengambil air wudhu.
"tak ada apa – apalah." Rayyan cuba berdalih.
"dah solat?" soal Hannah.
"belum. Nantilah kat rumah."
"patutlah tak tentu hala kau ni. Belum solat rupanya. Dah. Pergi solat dulu. Kasi tenang hati kau tu. Sofia, jangan nak leka layan Rayyan. Solat dulu. Ini lagha semata – mata."
Fuh! Hannah ni gaya aje gangster tapi ceramah dia macam ustazah. Walaupun Hannah dan Natalia freehair tapi aku tengok mereka ni jaga solat mereka. Semoga suatu hari nanti terbukalah hati mereka untuk bertudung. Rayyan sempat berdoa di dalam hati.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
De TodoPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...