BAB 29

5K 238 0
                                        

Natalia Adawiyah duduk berehat di sofa. Tidak seperti hari biasa dia akan ke butik mamanya. Malaslah. Duduk di butik bukan boleh menjahit ke apa ke, setakat duduk, tiduar, baik buat di rumah. Duduk lepak di rumah lagi syok. Boleh layan ulangan Running Man tak pun ulangan drama Jepun. Haa.. Best tu. Rumah dua tingkat itu memang sunyi bila duduk seorang diri, tetapi dia lebih rasa bebas berbanding duduk di butik macam patung cendana. Cuma yang lecehnya dia kena masak sendirilah. Masak? Dia cuma lepas masak mi segera aje tambah telur sebiji haa, itu pun dah kategori ekstrem dah tu bagi Natalia Adawiyah.


"pandai masak..." kata - kata Danial Akmal tempoh hari memenuhi ruang fikirannya saat ini.

Masak? Tak kan aku nak masak telur dan mi segera setiap hari? Bukan setakat Danny aje yang akan reject aku. Entah - entah mak Rayyan pun boleh reject aku. Dah lah masak tak pandai, apa pun tak pandai. Berangan aje pandai. Tak boleh jadi ni, aku kena belajar masak! Getus hati Natalia Adawiyah.

Natalia bangkit daripada tempat duduknya. Dia perlu masak sekarang. Running Man? tak apa, itu boleh ditangguhkan. Lagipun dah rekod. Sekarang kena masak! Ya! Masuk ke medan perang!

Tangannya mencapai apron milik mamanya yang tergantung kemas di tepi rak buku. Setelah siap memakai apron dan rambutnya diikat, dia mencari pula buku masakan di rak itu. Dia mulakan dengan buku resepi dessert. Hmm.. Dessert ambil masa yang lama untuk siap, jadi baik dia buat dessert dulu. Buku resepi itu diselak satu per satu. Makin lama diselak, makin berbunyi perutnya.

"Haa.. ini dia! puding oreo! mesti sedap ni.." teriak Natalia Adawiyah.

Bukunya dibawa bersama sambil mencari bahan - bahan untuk membuatnya.


Bahan-bahan .

1 paket agar-agar . Tiqa guna brand nona , colourless punya .

4 cawan air .

1 tin susu cair .

1 cawan milo .

1 paket oreo .

1 cawan gula .



Cara-cara .


Rebus 4 cawan air masak . Bila panas , masukkan serbuk agar agar . Gaul sampai sebati , masuk kan susu cair dan gula .

Ceduk keluar 2 cawan adunan tadi kedalam periuk lain . Panas kan menggunakan api kecil .


Masukkan milo . Kacau sampai sebati .

Ceduk 1 cawan adunan yang ada milo tu ke dalam loyang . Sejukkan .

Sebelum dia jadi keras sepenuhnya , tuang kesemua adunan yang lagi 1, yang warna putih tu , kedalam loyang . Supaya dia boleh melekat . Kalau dia dah terlanjur keras , guris permukaan dia dengan garpu dulu sebelum tuang lapisan baru .

Patah kan oreo , dan masukkan ke dalam loyang .

Sejukkan .

Sebelum dia mengeras sepenuhnya , masukkan lapisan yang terakhir iaitu lapisan milo .

Sejukkan dalam peti air sampai dia mengeras sepenuhnya . 


Perfect! semua bahan sudah ada. Dimulakan dengan bismillah, Natalaia Adawiyah memulakan langkah..


******

Natalia Adawiyah menjemur pakaian. Mujur baru jam 11 pagi. Hmm sebenarnya itu agak lewat untuk seseorang menjemur kain. Dia bukan sengaja. Dia sibuk layan Running Man, kemudian dia sibuk pula dengan puding oreo tu. Alhamdulillah puding oreo nya menjadi. Kini tinggal ia sejuk saja.

Usai menjemur pakaian, dia kembali ke dapur. Kini dia mahu masak makanan tengahari pula. Tadi ketika dia sedang sibuk menyidai pakaian, dia dapat idea untuk masak ayam kicap. Dia kerap melihat ibunya memasak ayam kicap. Ayam sudah pun dia keluar sejak tadi.

Bawang dikupas satu per satu. Strak struk..

"aduh.. drama hindustan pula.. waa!!" pedih matanya saat ini.

Encik Crush, aku disini!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang