Natalia Adawiyah terpaksa mempercepatkan langkahnya untuk berjalan seiring dengan Danial Akmal.
"awak!" panggilan daripada Natalia Adawiyah di endahkan oleh Danial Akmal.
"awak ni, dah lah jalan laju macam robot. Mulut pula ada emas. Payah betul lah dengan awak ni. Malang betul siapa jadi kekasih awak."
Danial Akmal memberhentikan langkahnya lalu badannya di pusingkan ke arah Natalia Adawiyah.
"malang? Awak rasa malang ke suka saya?"
Soalan daripada Danial Akmal amat mengejutkan Natalia Adawiyah. Soalan yang tidak pernah di sangka.
"saya? Kan saya cakap yang malang tu kekasih awak bukannya saya. Saya Cuma suka awak aje tapi bukan kekasih awak." Haraplah lepas aku cakap macam ni dia terima aku jadi girlfriend dia.
"oh really? Kalau saya lamar awak jadi kekasih saya dan awak terima. Maknanya awak malanglah ye?"
Eh?? Dia nak ajak aku jadi makwe dia atau apa ni? Tak apa, cover dulu.
"tak. Saya tak cakap pun saya jadi malang. Saya rasa sayalah girl paling bahagia di dunia ni." Senyum lebar dan berharap sangat dia lamar.
"memanglah awak paling bahagia. Bahagia sangat..." Danial senyum kepada Natalia yang mempunyai 1001 makna!
"tapi saya yang malang!" sambungan Danial Akmal menyedarkan Natalia Adawiyah.
Walaupun kata - kata Danial Akmal amat menyakitkan tetapi bagi Natalia Adawiyah ianya hanyalah kerana Danial Akmal belum Nampak cintanya.
Tengoklah nanti Danny. Bila awak dah sedar cinta saya pasti awak akan terima saya. Saya tak berputus asa!
Danial Akmal terus melangkah meninggalkan Natalia Adawiyah.
"awak.. tunggulah saya." Tercungap - cungap Natalia Adawiyah.
Kalau setiap hari begini boleh kurus aku. Bagus juga Danny jalan laju boleh bersenam, 2 in 1. Tapi malulah orang tengok macam aku ni terkejar - kejar Danny pula. Eh, memang sedang kejar dia pun sekarang ini.
Bap! Natalia Adawiyah terlanggar Danial Akmal dari belakang kerana Danial Akmal tiba - tiba sahaja berhentikan langkahnya. Natalia Adawiyah sudah terduduk di lantai.
"Aduh. Awak ni kenapa berhenti tiba - tiba?" Natalia Adawiyah merengek manja.
"eh, Lia." Rayyan segera membantu Natalia Adawiyah bangkit.
"terima kasih, Rayyan." Natalia Adawiyah sibuk membersihkan dirinya.
"Lia? Danny? Both of you?" Sofia pelik melihat Natalia Adawiyah keluar dengan Danial Akmal.
"haa.. kami nak tengok wayang. Korang pula kenapa di sini? Dating ye?" Natalia Adawiyah mula senyum nakal.
"tadi, kami makan di café yang di tingkat bawah tu. Saja jalan - jalan. Cuti kan. Bosan duduk di rumah aje." Rayyan cuba menjelaskan.
"eleh, dating pun apa salahnya. Tak payahlah nak berahsia. Kita kan kawan selamanya." Natalia sudah mengangkat kening sebelah persis gaya Ziana Zain.
Kawan selamanya? Aku tak nak kawan. Aku nak lebih daripada kawanlah, Lia! Hati Rayyan mula meronta tetapi dia masih dalam keadaan tenang.
"alang - alang sudah terserempak, bolehlah kita jalan sama - sama." Rayyan memberikan pendapat.
"jalan bersama? Sekejap ye." Natalia Adawiyah terus menarik tangan Sofia.
Natalia Adawiyah menarik Sofia jauh sikit daripada Danial Akmal dan Rayyan.
"beb! Please jangalah jalan dengan kami. You know macam mana aku ni dah lama nak jalan seiring. Kalau korang ikut kami, habislah musnah."
Aduh macam mana ni. Rayyan nak sangat jalan sebelah Natalia. Tapi Nat nak dengan Danny. Serba salah pula.
"sofia" panggila Natalia mematikan lamunan Sofia.
"tapi Nat.." belum sempat Sofia menghabiskan bicaranya.
"please, Sofia. Kita kan girlfriend forever. Takkan kau sanggup nak rosakkan kebahagiaan kawan baik kau sendiri. Kau tahukan betapa aku nak sangat saat ini." Rayuan Natalia.
"okey, tapi itu semua terletak pada Rayyan."
"kau pujuklah Rayyan. Ala, aku tahu yang kau suka Rayyan. Inilah masanya kau dekati Rayyan."
Kalaulah kau tahu Nat. cinta aku untuk Rayyan tak berbalas. Dia memilih kau.
"okey."
"yes! Sayang kau Sofia!!" Natalia Adawiyah memeluk Sofia.
Mereka berdua kembali melangkah ke arah Danial dan Rayyan.
"apa yang you all bincangkan tadi?" Rayyan ingin tahu.
"hmm.. rahsia. Hahaha. Tak ada apalah. Ini hal orang perempuan. Kan, Sofia?"
"haa.. ye.. eh, Rayyan. I baru teringat yang my mom suruh pulang awal."
Natalia Adawiyah sudah tersenyum - senyum.
"you nak balik naik teksi ke?" soalan Rayyan membuat Sofia sedikit terkejut.
"you! I datang sini naik dengan you. Then you nak I naik cab?" Sofia merengek manja untuk menarik perhatian Rayyan.
"haa.. betul tu, Rayyan. Kesian Sofia, dia tu perempuan. Betul tak, Danny?" Natalia Adawiyah cuba memangkin suasana.
"betul. Tak apalah kalau Rayyan tidak mahu hantar. Biar saya hantar awak."
What??!!! Danny nak hantar??
Natalia Adawiyah dan Sofia mula panik.
"eh, you kan nak tengok wayang dengan Natalia kan. Susahkan you aje."
Bagus Sofia!
Rayyan sudah mula rasa serba salah. Hatinya berbelah bahagi. Takkan aku nak pentingkan diri depan Lia.
"okey, I hantar you balik." Rayyan akhirnya membuat keputusan.
"okeylah, Danny, Nat. kami pergi dulu." Pamet Sofia.
"okeylah, Danny dan Lia. Kami undur diri dulu." Rayyan sempat menyalami Danial Akmal.
Sofia dan Rayyan berlalu meninggalkan Danial Akmal dan Natalia Adawiyah.
"you.. I minta maaf." Sofia mula berbicara.
"for what? Kan memang tanggungjawab I hantar you ke rumah." Rayyan mula pelik dengan maaf Sofia.
"sebenarnya, my mom tak cakap apa - apa pun. Tapi Natalia yang.."
"yang apa? You kata you nak rapatkan I dan Lia. Tapi kenapa you jauhkan?" Rayyan sedikit bengang dengan tindakan Sofia.
"okey, dengar dulu apa yang I nak cakap ni. You tahukan Lia suka Danny? You tahu juga kan yang Danny pernah tolak cinta Natalia?"
"I know. But why? Apa kena mengena?"
"dengarlah sampai habis. Natalia dah lama suka Danny. Dia menyimpan hasrat untuk dekat dengan Danny. Setiap hari setiap saat pasti Natalia akan ingat Danny. Dia selalu curi - curi pandang Danny. Dia cuba untuk bercakap dengan Danny. Tapi Danny selalu tolak Natalia.
Biar pun hatinya sakit sebab Danny sering menolaknya. Tetapi Natalia tidak pernah mengalah. Dia sentiasa cari peluang dan ruang untuk dekati dengan Danny. Dan hari ini, dia dapat. Untuk pertama kalinya dia dapat keluar dengan Danny. Dia dapat berjalan seiring dengan Danny. Dia dapat berbicara dengan Danny.
Ya, I dah janji dengan you yang I nak rapatkan you dengan Natalia. But she is my best friend. I tahu betapa di tunggu saat ini. I tak sanggup untuk rosakkan kegembiraan dia. You sanggup ke? Sanggup senyum ketawa tetapi Natalia di sebelah sedang kecewa. Sanggup?"
"you betul. You memang kawan yang baik. Mujur you buat begini. I tak sanggup lihat Lia kecewa."
"you jangan risau. I masih pegang pada janji."
"I trust you, Sofia." Rayyan menghadiahkan senyuman.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
De TodoPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...