BAB 7

7.1K 337 6
                                    

Rayyan berbaring di atas katil empuk di biliknya. Sejak pulang tadi, dia asyik berkurung di dalam bilik. Entah kenapa hatinya rasa perit. Mungkinkah kerana cemburu melihat Natalia Adawiyah bergelak ketawa bersama Danial Akmal.

Knok! Knok! Pintu biliknya di ketuk.

"masuk."

"Tuan Muda, Datin dan Dato' sedang menunggu Tuan Muda di bawah untuk makan malam bersama." Lily pembantu rumahnya.

Lily baru saja bekerja di rumah itu sejak 2 bulan yang lalu.

"Cakap dengan mummy dan papa, yang saya tak nak makan lagi. Saya belum lapar."

"tapikan Tuan Muda dari siang tadi belum makan."

"saya tak ada selera nak makan. Boleh Kak Lily bawakan hot chocolate untuk saya?"

"boleh Tuan Muda, saya akan bawakan dengan segera." Lily segera menuju ke pintu semula.

"eh sebentar." Panggilan Rayyan memberhentikan langkah Lily.

"ya Tuan Muda? Ada yang boleh saya bantu?"

"tak, saya Cuma nak pesan lagi. Tak perlulah panggil saya dengan gelaran Tuan Muda. Panggil Rayyan aje."

"saya sudah terbiasa dengan gelaran Tuan Muda, nanti saya cuba ya." Lily terus menyambung langkahnya.

Lily menuruni anak tangga dengan cepat tetapi cermat.

"mana Rayyan?" soal Dato' Hamid.

"Tuan Muda tidak mahu makan. Dia kata dia mahu minum hot chocolate aje."

"hot chocolate? Tak apa, biar saya yang buatkan." Datin Suraya segera bangun dari kerusinya.

"eh sayangkan belum habis makan. Biarlah Lily yang buatkan."

"abang, Rayyan nak hot chocolate. Hanya saya saja yang tahu bagaimana yang Rayyan nak. Abang ni macam tak kenal anak kita tu. Dia jarang minum hot chocolate pada waktu malam kalau tiada yang mengganggu fikiran dia. Saya yakin dia mesti dalam kesusahan. Abang habiskanlah makanan abang. Saya tak selera nak habiskan bila mengenangkan Rayyan di atas.

Surti! Tolong kemas meja ni ye bila Dato' dah siap makan. Lily, bantu saya sediakan bahan untuk buat muffin coklat. Rayyan pasti suka. Abang, saya ke dapur dulu ye." Datin Suraya terus melangkah ke dapur.

Dato' Hamid hanya mengikut melalui matanya sahaja. Dia tersenyum melihat sikap isterinya yang sangat prihatin terhadap putera tunggalnya. Meskipun Rayyan hanyalah anak tiri Datin Suraya tetapi tidak sedikit pun Datin Suraya mengabaikannya. Memandangkan perkahwinan Dato' Hamid dan Datin Suraya tidak di kurniakan anak, Rayyan di jaga dengan penuh kasih sayang.

Datin Suraya segera mengadun adunan muffin coklat untuk Rayyan, anak yang telah dia pelihara sejak umur Rayyan 5 tahun.

"Lily, awak masukkan adunan ni dalam acuan ni. Kemudian masukkan di dalam ketuhar selama 35 minit. Saya dah panaskan ketuhar tu, awak jangan memandai nak tukar suhunya. Apabila sudah siap, bawa ke bilik Rayyan. Saya nak hantar hot chocolate ini kepada Rayyan. Ingat pesanan saya!"

"ya, Datin. Saya ingat!" Lily segera membuat tabik hormat tanda faham dengan arahan yang baru diberi sebentar tadi.

Datin Suraya segera memanjat anak tangga lalu menuju ke bilik Rayyan.

Knok! Knok!

"masuk" suara Rayyan dari dalam bilik kedengaran.

"maaf ye lambat. Nah ini hot chocolate Rayyan." Datin Suraya menghulurkan mug berisi hot chocolate kepada Rayyan.

"mummy ni. Kan Rayyan suruh kak Lily bawakan. Buat susah mummy aje."

"tak susahlah. Lagi pun kan hanya mummy saja tahu hot chocolate bagaimana yang kamu suka."

"betul jugakan." Rayyan segera menghirup hot chocolatenya.

Terasa tenang stelah minum hot chocolate yang dibuat oleh mummynya.

"nak cerita pada mummy?"

"cerita apa?" Rayyan bingung dengan soalan Datin Suraya.

"Rayyan, tangan ni dah jaga kamu berbelas tahun. Mata ni dah lihat kamu membesar. Come on, Rayyan. Mummy tahu ada yang mengganggu kamu."

"terima kasih, my. Sebenarnya Rayyan suka seseorang ni. Tapi dia suka orang lain. Orang yang dia suka ialah kawan baik Rayyan sendiri. Rayyan tak tahu macam mana nak tarik perhatian dia."

"oh masalah cintalah ni. Tak sangka baby boy mummy sudah besar. Hmm, siapakah gadis itu? Mummy kenal ke?"

Rayyan mengukir senyuman. Malu sebenarnya mahu bagi tahu mummynya.

"Natalia Adawiyah namanya."

"sedap namanya, pasti cantik juga orangnya."

"cantik itu tidaklah sangat. Kawan dia yang Sofia lagi cantik. Cuma Natalia ni seorang yang sangat ceria, sangat menyenangkan Rayyan."

Memang Rayyan tidak menafikan kecantikan Sofia lagi terserlah berbanding Natalia Adawiyah. Sofia lagi langsing, tinggi, putih dan sopan. Berbeza dengan Natalia yang badan sedikit berisi, kulit tidak cerah tetapi tidaklah gelap. Hatinya Cuma terpikat dengan Natalia.

"Sayang tidak mengenal rupa. Rayyan, mummy nak pesan satu aje. Perempuan ni unik dan penuh misteri. Bukan mudah hendak dapat hati seseorang perempuan tu. Tapi Rayyan, Rayyan masih pelajar. Jangan hanya kerana seorang perempuan, Rayyan jatuh. Mummy tak nak lihat Rayyan jatuh. Ingat misi Rayyan."

"ya, mummy. I know. Jangan risaulah. Rayyan janji Rayyan tidak akan abaikan pelajaran kerana perempuan."

"okeylah, jom ke dapur. Tadi mummy ada bake muffin coklat. Rayyan suka kan?"

"suka sangat. Terima kasih mummy, sebab mummy sentiasa tahu bagaimana untuk menceriakan Rayyan."

Datin Suraya menghadiahkan senyuman kepada Rayyan.


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now