"awak..." Natalia Adawiyah ingin cuba berbual dengan Danial Akmal. Yelah, bosan giler kot duduk dalam keta ni sunyi je. Dahlah tak bagi buka radio.
Seperti biasa Danial Akmal membisu.
"saya dah dapat result yang cemerlang. Tapi tak cemerlang macam awak. Lainlah awak straight A. Tapi Alhamdulillah saya dah capai target saya. Awak, tahniah ye."
"tak payah nak tahniah result teruk macam ni." Suara Danial Akmal mendatar.
"Huh?" Mamat ni giler ke? nama dia tadi disebut sebagai pelajar straight A kot. setegheit A. ulang suara, STRAIGHT A tapi dia kata dia punya teruk?
"A+ cuma 3 je yang lain A bulat dan A-. Bukan benda yang patut dipuji."
Mak ai! Dia ni tak reti bersyukur ke..
"er... haa.. awak tak nak bagi hadiah ke ucap tahniah ke kat saya?" Natalia cuba mengalih kan topik.
"tahniah? huh. Banyak lagi yang kau patut usaha lagi. Jangan nak bagga sangat." Meskipun suaranya mendatar tetapi mampu menusuk kalbu. menikam nikam je rasanya.
Tetapi Natalia Adawiyah cuba tenang.
"awak!" Natalia Adawiyah teringat sesuatu.
Dia mengorek beg tangannya. Setelah puas di koreknya, Dia memandang ke arah Danial Akmal.
"saya... sa...ye.. tertinggal kunci rumah.." ayat terakhirnya dengar tak dengar je
"what?!" Danial Akmal terus memberhentikan kereta.
Mana tak terjerit dibuatnya, lagi berapa langkah je nak dekat rumah Natalia Adawiyah. Baru sekarang nak bagitahu.
Natalia Adawiyah tersenyum kelat.
"saya hantar awak balik butik."
"tak boleh. Butik tutup hari ni."
Danial Akmal rasa macam nak hantuk kepala kat cermin je sekarang ni.
"bagitahu mama awak, awak tunggu dia di rumah saya."
"huh?!" bulat mata Natalia Adawiyah.
"kak Dee ada di rumahlah." Danial Akmal seperti dapat membaca sesuatu.
Natalia Adawiyah lega mendengarnya. Natalia ni pun satu. Danial tu tak suka hang pun... jangan hang nak perasan dia sentuh hang lah. Lagi pun dia tu budak baik - baik.
******
Danial Akmal memberhentikan kereta di hadapan rumahnya. Dia mencari sesuatu yang tiada. Hmm.. Diana..
Dengan segera terus dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama Diana di carinya.
"kak Dee kat mana?"
"ada dengan kawan. Lepak luar jap. Kenapa?"
"balik sekarang boleh?"
"balik sekarang? dah kenapa. Kak Dee baru je duduk. Tak panas lagi pun kerusi ni dah suh balik. Apahal?"
"Danny dengan Natalia. Dia lupa bawak kunci rumah, ingat Kak Dee ada. Tu yang ingat nak suruh dia tunggu di rumah kita je." Terang Danial Akmal.
Diana mendapat akal. Haa.. ni masanya.
"Sorry Danny. I can't help you. Duduk dengan dia jelah berdua di rumah." Yelah pembantu rumah hari ni cuti balik kampung.
"Are you nut? Islam lah!" tegas Danial Akmal.
"Okey.. You bring her to anywhere lah. Tu pun nak kena ajar ke?"
Danial Akmal mengeluh lalu mematikan panggilannya. Terus gearnya daripada P bertukar ke R. Handbreaknya dilepaskan. Ke mana hendak dia pergi pun dia tak pasti. Mahu ke rumah papanya? Papanya ada jemputan di luar negara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
AcakPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...