EXTRA

4.2K 138 18
                                    

Natalia Adawiyah membuka matanya. Terlihat wajah yang dia sayang. Wajah suaminya. Dia tidak pernah menyangka dia akan menjadi isteri kepada Danial Akmal. Dia tidak pernah menyangka bahawa pelajar yang terkenal dengan perangai macho dan dingin ini pernah menangis kerananya. Danial Akmal jejaka yang sukar untuknya ramal.

Natalia Adawiyah memusingkan badannya untuk bangkit. Belum sempat dia bangun, Danial Akmal terus memeluknya. Badan Natalia Adawiyah dirapatkan. Sesekali Natalia Adawiyah terasa nafas hangat suaminya itu. Meskipun usia perkahwinan mereka sudah setahun tetapi dia masih tidak percaya suaminya ialah Danial Akmal atau Danny Rahman, pelakon terkenal di Malaysia.

"awak.. Dah nak subuh dah ni. "Natalia Adawiyah cuba meloloskan diri.

"lagi berapa minit? "soal Danial Akmal dengan mata tertutup. Sayang sekali mahu melepaskan isterinya itu.
"ada lagi setengah jam "

"hmm jap lah. "Danial Akmal bersuara manja. Semakin erat pelukannya.

Natalia Adawiyah tersenyum dengan gelagat suaminya. Setelah mereka kahwin, baru lah Natalia Adawiyah tahu yang suaminya ini seorang yang amat manja. Manja Danial Akmal ni sampai Natalia Adawiyah terpaksa jadi garang.

"cepatlah bangkit wak. Lepas solat kita bersiap cari makan. Then kita pusing- pusing Melaka ni. "

"alaaa.... "

"dah. Tak ada ala ala. Bangkit. "Natalia Adawiyah memukul manja lengan suaminya dan berjaya meloloskan diri. Dia duduk disebelahan suaminya.

"awak.. Kita datang sini untuk apa? "kata Danial Akmal. Matanya separuh buka.

"honeymoon? "

"haaa honeymoon. Bukan melancong. So kita spend dalam bilik jelah. Lagipun malam tadi tak buat apa pun. Penat. "Danial Akmal senyum nakal.

Natalia Adawiyah kemerahan.

"dah jangan nak merepek! Bangun lekas! " Natalia Adawiyah berpura - pura marah dan bingkas bangkit ke bilik air.

Danial Akmal tersengih. Seronok dapat kenakan isterinya.

Meskipun usia perkahwinan mereka sudah setahun, tetapi mereka masih belum bersentuhan. Tulah, kahwin nak cepat habis. Lepas kahwin penat dengan kenduri, terus tertidur.

Danial Akmal pula sibuk dengan beberapa kontrak lakonannya. Sepanjang mereka berkahwin Danial Akmal terikat dengan 3 drama. 3 drama tau. Bukan 1. Jadi jadual Danial Akmal terlalu padat. Tambahan pula Natalia Adawiyah juga sibuk dengan membantu mamanya di butik baru. Natalia Adawiyah banyak ulang alik dari KL ke Johor.

******

Suasana Bandar Melaka meriah tetapi tidak lah meriah seperti cuti sekolah. Mujur juga Natalia Adawiyah bertegas nak datang ke Melaka hari kerja. Kalau ikut plan Danial Akmal, dia mahu hujung minggu. Hujung minggu alamat duduk dalam hotel jelah.

Kemeriahan lampu - lampu membankit semangat rasa romantik. Natalia Adawiyah memeluk lengan suaminya.

"awak tak rimas ke pakai spek hitam? " soal Natalia Adawiyah.

"terpaksa. " kata Danial Akmal. Seeloknya mahu mendapatkan privasi.

"awak tanggal jelah. Saya tak kisah. Lagipun mana ada irang pakai spek hitam malam² ni. "

"betul ni awak tak kisah? "soal Danial Akmal.

"insyaAllah saya okey. " jawab Natalia Adawiyah.

Danial Akmal membuka spek matanya. Natalia Adawiyah memandang suaminya itu.

"hai.. Tahulah suami awak ni handsome. Tapi tak perlulah pandang macam tu sekali. " Danial Akmal mengangkat keningnya.

"perasannya! "Natalia Adawiyah terus mencampakan pandangan di sungai Melaka.

"ehh Danny! Nak bergambar boleh? "tegur dua orang gadis muda.

Cantik.. Getus hati Natalia Adawiyah.

"haa? "Danial Akmal tak tahu nak terima atau tidak. Dia memandang ke arah isterinya.

"biar saya tolong ambilkan gambar" Natalia Adawiyah menawarkan diri.

"terima kasih! " kata salah seorang daripadanya dan menyerahkan telefon bimbitnya kepada Natalia Adawiyah.

Salah seorang daripadanya yang memakai baju pink itu cuba memeluk lengan Danial Akmal. Danial Akmal segera menarik lengannya. Natalia Adawiyah juga terkejut dengan tindakan gadis itu. Tetapi dia berpura pura tidak ada apa.

Aish. Anak dara zaman sekarang, tak malu betul pegang tangan laki. Dah lah laki aku plak tu! Omel Natalia Adawiyah.

"1.. 2.. 3" Natalia Adawiyah menekan butang tengah.

Telefon bimbit itu diserahkan semula kepada nereka.

"terima kasih ye. "sempat mereka melambai sebelum pergi.

Natalia Adawiyah segera memaling kembali ke arah tasik.

Danial Akmal memeluk Natalia Adawiyah daripada belakang. Dia sudah tidak pedulu jika ada paparazi sekalipun. Dia bersedia untuk menjadi muka depan majalah gosip.

"cemburu ke? " soal Danial Akmal.

Natalia Adawiyah memgang tangan Danial Akmal.

"taklah. Saya dah ready dari awal yang saya kahwin dengan pelakon. Jadi saya kena tempoh ini semua. " jawab Natalia Adawiyah.

"terima kasih Lia. Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. " Danial Akmal berbisik di telinga Natalia Adawiyah.

"saya pun nak ucap terima kasih sebab awak balas cinta saya. Awak sanggup berkorban untuk saya. Tak sia - sia saya berjuang dulu. Tak sia - sia dulu saya jerit encik crush aku di sini! Sekarang crush dah jadi laki aku! "teruja Natalia Adawiyah.

Meskipun sudah setahun berkahwin tetapi baru sekarang dia benar - benar rasa alam perkahwinan. Baru malam ini dia merasa menjadi isteri kepada Danial Akmal.

"terima kasih sepanjang setahun kita jadi suami isteri, awak sabar tunggu saya. " Danial Akmal mencium kepala Natalia Adawiyah.

"awak, jom. "ajak Danial Akmal.

"pergi mana? " Natalia Adawiyah memusingkan badannya.

"jom lah. Jadi isteri saya! " Danial Akmal senyum nakal.

Sekali lagi pipi Natalia Adawiyah ke merahan.

Tanpa menunggu jawapan daripada Natalia Adawiyah,segera Danial Akmal menarik tangan isterinya itu. Mereka berlari pulang ke hotel.

Natalia Adawiyah rasa bahagia. Penantian dia akhirnya membuah hasil. Dia masih ingat Danial Akmal yang dulu. Danial Akmal yang dingin. Danial Akmal yang garang ketika mengajarnya. Danial Akmal yang ego mengaku pudding oreonya sedap.

Crush aku suami aku! Jerit Natalia Adawiyah dalam hati.

P/s: dah kali ni betul - betul tamat. Dah tak ada sambungan lagi. Hahahaahha.

Cerita ini author ambil masa selama 5 tahun untuk tamatkan. Akhirnya habis juga. Author dah habis degree dah pun baru habis. Crush author pun dah ada makwe lain. Hahahahahahaha! Doakan saya dimurahkan rezeki. Doakan author ni jumpa jodoh juga. Hahaha. Author nak kahwin juga! So bye korang! Jumpa di cerita yang lain. (kalau rajin)

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now