Bab 49

3.5K 169 3
                                    

Natalia Adawiyah dari tadi berjalan di pusat beli belah itu tanpa hala tuju. Hatinya pilu. Hatinya menangung rindu yang sukar untuk dia ucapkan. Sesekali dia akan masuk ke mana mana kedai secara rawak dann keluar semula.

Kakinya terus melangkah. Dia masuk ke kedai buku. Dia pergi ke arah bahagian novel. Dia hanya termenung memandang novel novel itu. Kakinya melangkah pula ke bahagian komik. Semakin pilu yang dia rasa saat memandang komik komik itu.

Dia teringat yang dia pernah di marahi oleh Danial Akmal kerana terlalu asyik membaca komik.

"Saya suruh awak berehat lima minit aje. Ini dah dekat 15 minit dah ni. "Danial Akmal mengeluh.

"Ala.. Kejaplah. Lagi lima minit kita sambung belajar ye. "Natalia Adawiyah masih ralit membaca komik.

Lagi sekali keluhan Danial Akmal kedengaran. Terus saja dia mengemas barang barangnya dan bangu daripd tempat duduknya.

"Ehh.. Awak nak ke mana? "Soal Natalia Adawiyah setelah sedar yang Danial Akmal sudah pun mengemas barangnya.

"Balik. "

"Balik? Eh nantilah. Kita belum habis lagi study add maths ni. "Pujuk Natalia Adawiyah.

"Saya tengok awak lebih berminat baca komik. Daripada saya membuang masa di sini, baik saya balik. "

"Okey! Saya simpan komik saya sekarang. Kita study. "Pujuk Natalia Adawiyah lagi.

"Belajarlah sendiri. "Malas Danial Akmal mahu melayan dia.

"Alaa.. Awak... "Dia terus memujuk.

"Natalia.. "Satu suara menganggunya.

Bahunya juga dicuit oleh seseorang. Segera Natalia Adawiyah berpaling ke belakang.

"Eh Syafiq! "

"Termenung jauh nampak. Sampai tertembus komik tu. "Syafiq mengusik Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah tergelak plastik.

"Ada ada ajelah awak ni. "

"Hmm.. Seorang saja ke? "Syafiq bertanya kerana sedari daripada tadi Natalia Adawiyah tiada dengan sesiapa.

"Haa.. Yup. Seorang saja. "

"Jom. "Ajak Syafiq.

"Jom?  Ke mana? "

"Kita pergi makan. "

"Makan? "

"Yup. Biar I belanja. Kita makan di Texas. "Pelawa Syafiq.

Sebolehnya dia mahu mengelak tetapi bila dia melihat Syafiq bersungguh, terus saja dia menangguk.

Tak apalah Lia. At least ada Syafiq, dia boleh buat lawak. Natalia Adawiyah memujuk dirinya untuk kekal senyum.

****

Restoran makanan segera Texas itu penuh dengan pelanggan. Mujur Natalia Adawiyah dapat tempat duduk. Selang beberapa minit, Syafiq datang dengan sedulang makanan.

"Okey, this is your Mexicana Burger. "Syafiq menghulurkan burger Natalia Adawiyah.

"And an ice cream for you too. "Ais krim sundae coklat di beri kepada Natalia Adawiyah.

"For me? "Seingat dia, dia tidak memesan ais krim.

"Yes for you. Aiskrim ni bagus tau. Boleh coolkan hati kita. Coklat ni pula mampu memberi ketenangan. Kita makan, kita rasa relaks saja. Rasa macam tenang aje. Dan boleh buat kita senyum. "Berjela Syafiq menerangkan.

Dia seolah tahu yang Natalia Adawiyah dalam kesedihan.

"Terima kasih. "Natalia Adawiyah tersenyum riang.

"Haa.. Macam ni lah baru kawan saya. Happy. Kan comel kalau senyum. "Puji Syafiq.

"Ohh.. Kalau saya tak senyum, maknanya saya bukan kawan awak lah? "

"Kawan saya juga. Tapi saya tak nak mengaku kawanlah. Sebab kalau awak tak senyum, awak nampak buruk. "Syafiq membuat muka sedih.

Natalia Adawiyah tergelak kecil.

"Awak ni ada ada aje lah. Eh.. Awak guna saya awak? "Natalia Adawiyah menyedari yang Syafiq menukar kata ganti nama untuk dirinya. Seingat dia, Syafiq menggunakan I you.

"Saya kan fleksible so saya ikut orang tulah guna apa. "Terang Syafiq.

Natalia Adawiyah sekadar membentukkan O di mulutnya. Dia terus menyuap ais krim yang diberi oleh Syafq ke dalam mulutnya.

"Awak sedang fikirkan tentang Hannah ye? "Soal Syafiq.

Natalia Adawiyah membulat.

"Eh? Macam mana awak tahu? "Natalia Adawiyah terkejut .

"Hari tu, saya keluar dengan Farid dan Sofia. Waktu awak call Sofia cerita tentang Hannah, kami semua dalam kereta. So kami dengar lah sikit sikit. Saya dan Farid tanyalah kenapa sebab nampak macam serius muka dia. Sofia pun jelaskanlah kepada kami. "Terang Syafiq.

"Oo.. Saya ingat awak ada kuasa membaca fikiran. "

"Awak ni pengaruh TV ni. Eh, awak jangan marah Sofia pula. "

"Marah Sofia? Taklah. Baguslah kalau awak tahu, awak boleh tolong kami carikan Hannah. "

"InsyaAllah saya tolong carikan. Dia kawan saya juga. "

"Okey. Jangan awak risau tentang tu. Sekarang kita makan ye. "Syafiq memandang Natalia Adawiyah dengan senyuman.

Natalia Adawiyah tersenyumriang dan mengaguk.

Mereka terus berborak sambil makan. Macam macam cerita mereka cerita. Natalia Adawiyah juga kembali tersenyum kerana Syafiq.

Setelah mereka makan, mereka mengambil haluan masing masing. Syafiq terus ke keretanya. Sebentar tadi dia dapat whatsapp daripada sepupunya untuk ajak berjumpa.

Kereta milik Syafiq terus membelah jalan raya. Akhirnya dia tiba di cafe milik sepupunya. Dia mengambil tempat duduk. Kelihatan sepupunya sedang sibuk, dia malas untuk menganggu. Dia terus saja duduk.

"Selamat datang, boleh saya ambil pesanan encik? "Lembut saja bicara pelayan itu.

"One mocha. "Pesan Syafiq.

"Okey. Anything else sir? "Pelayan itu terus menukar bahasa.

Syafiq memandang ke arah pelayan itu. Dia tersentak sebelum bangkit. Cermin mata hitamnya di buka.

"Hannah?!! "Syafiq terkejut.

Hannah juga terkejut. Tidak sangka yang dia sedang melayan kawannya sendiri.

"Okey encik tiada apa lagi kan. Saya minta diri dulu. "Hannah terus berpaling.

"Hannah! Stop! "Syafiq menghentikan Hannah.

Kaki Hannah terus terhenti. Dia menghelakan nafasnya.

"Hannah.. "Panggil Syafiq.

"Maaf encik. Saya sedang berkerja saat ini. "Hannah cuba mengelak.

"Sampai bila awak nak lari? Hannah mari kita bincang. "Pujuk Syafiq

"Maaf encik. Sekali lagi saya kata ye, saya sedang bekerja. "

Sebolehnya Hannah mahu mengelak daripada memasukan urusan peribadi dengan urusan kerja. Dia tahu apa yabg Syafiq hendak cakapkan. Pasti sebab kenapa dia tak hadir ke sekolah.

"Hannah..."Syafiq masih mahu memujuk.

Kalau aku cerita pun kau pasti tak akan faham. Aku malu untuk cerita kepada sesiapa. Kenapa kau pilih cafe ini untuk lepak. Kenapa? Getus hati Hannah.

Hannah terus melangkah meninggalkan Syafiq. Dia tahu ada mata mata yang sibuk memandang. Tak ketinggalan juga si Maya, seorang yang kepoh.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now