Suasana tasik Shah Alam pada waktu itu agak meriah. Hujung minggu sememangnya menjadi pilihan bagi warga Shah Alam untuk beriadah bersama keluarga di tasik ini. Tidak juga pasangan kekasih yang berdating.
Hannah mensua ais krim ke mulutnya. Ais krim yang di belinya dari penjual ais krim yang menggunakan motorsikal. Ais krim yang sejuk sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Sofia yang dari tadi panas. Petang - petang ni entah apa yang merasuki si Syafiq ni nak ke tasik. Lepak lah PKNS ke.
"awak ada baca pasal Danny? " soal Syafiq sambil matanya menikmati keindahan tasik buatan manusia tu.
"baca" ringkas saja jawapan Hannah.
"Lia macam mana? " soal Syafiq. Dia sedia maklum yang Natalia suka pada Danial Akmal sejak sekolah menengah.
Dia dapat tahu kisah ini pun dari Hannah. Dan dia sejak itu dia tahu punca sebenar Rayyan dan Danial Akmal berdingin antara satu sama lain. Hanya kerana seorang perempuan mereka bertelagah.
"hmmm" Hannah berdengus. Ais krim yang dimakan terhenti.
"entah lah awak. Saya kesian dengan Lia. Sofia bagitahu saya yang Lia tak dapat dihubungi. Saya cuba whatsapp dia. Tapi dia tak balas. Grey tick pulak tu! Lia tak pernah macam ni. " risau Hannah.
"habis auntie Naza tak buat apa - apa ke bila anak dia membisu? " soal Syafiq.
"auntie Naza kat Johor. Dah sebulan dia di sana untuk uruskan cawangan butik yang baru. " Hannah memandang ais krimnya. Ais krim yang tadi enak, terasa kelat di tekak.
Entah kenapa dia tak mampu untuk habiskan ais krim itu.
"saya risau lah. " Hannah meluahkan risaunya.
"saya rasa better bawa Lia bercuti. " cadang Syafiq
"bercuti mana pula? Kalau kat sana sini terpampang muka si Danny tu." keluh Hannah.
"luar negara? "
"luar negara? Hmm bagus juga tu. " Hannah berfikir sejenak.
"cuba awak bincang dengan Sofia. Kot - kot lah Sofia boleh bawa Lia jalan ke luar negara. Segala perbelanjaan saya tanggung. " jelas Syafiq.
Fuh! Untung jadi kawan Syafiq. Semua nak ditanggung.
"kenapa Sofia? Saya bolwh je temankan Lia. Yang penting awak tanggung. "
"awak tak yah. Awak duduk sini je! " tegas Syafiq.
"alaa kenapa? " manja Hannah bertanya.
"sebab awak perlu ada sentiasa dengan saya. " Syafiq kenyitkan matanya.
"eih dia ni! " geram Hannah!
******
"bagus juga cadangan you. Nanti i fikir jap. I ada dengan Rayyan. Nanti apa - apa i call you balik. " Sofia meletalkan panggilan itu.
"tadi Hannah call. " kata Sofia tanpa ditanya Rayyan.
"then? "
"dia nak minta i bawa Lia bercuti kat luar negara. Bagi Lia tu tenang sikit. Syafiq akan sponsor semua perbelanjaan Lia. " kata Sofia sambil jarinya bermain di straw.
"Syafiq sponsor? " soal Rayyan terkejut.
"yelah. Tu yang Hannah bagitahu i lah. "
"ke luar negara tu ke mana? "
"Hannah suruh i yang fikirkan nak bawa Lia ke mana. Tapi i tak ada idea. "
"how about Japan? " cadang Rayyan.
Rayyan sedia maklum yang Natalia Adawiyah minat dengan negara Jepun itu.
"great idea!! Kebetulan pula tak lama lagi kumpulan News nak buat konsert. " Sofia terinagt konssrt News tak lama lagi.
"NEWS? " soal Rayyan
"haah. Group Jpop yang Lia minat. "terang Hannah.
"ohh.. " ringkas saja jawapan Rayyan.
Rayyan kalau jepun ni kalau bab kamen rider mungkin dia tahu lah. Ini jpop.
*p/s: hai readerrrrrr... Tolong komen ye. I tak ada idea ni.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...