BAB 18

5.3K 248 4
                                    

Rayyan dan Sofia beriringan masuk ke sebuah cafe terkemuka. Cafe itu merupakan cafe kegemaran Rayyan.

Rayyan dan Sofia memilih tempat yang agak tersorok sedikit, takut - takut ada yang salah sangka.

"so?" soal Sofia sebaik saja selesai membuat pesanan makanan.

"what do you mean by so?" Rayyan sengaja menyoal.

"come on Rayyan. You takkan nak jumpa I tanpa sebab especially about Natalia." Sofia terus menjeling Rayyan sebagai tanda meluat.

"yeah. You are right. I met you because of her." pengakuan Rayyan yang cukup merobek kan hati Sofia.

"okey, just continue your story." Kata Sofia yang seperti nak tak nak melayan cerita Rayyan.

"Semalam I dan Lia jumpa di Mall and you know what. We met someone." kening Rayyan di angkat. Sudah macam Ziana Zain dah kome ni.

"who?"

"Danny with a girl!" teruja Rayyan bercerita.

Sofia hanya mengangguk kepalanya.

"And she said she is Danny's girlfriend!" Rayyan menggenggam kedua belah tangannya, matanya di bulatkan, bibirnya tersenyum riang.

"what?!" Mahu tercabut  jantung Sofia mendengarnya.

"tapi rupanya perempuan tu kata yang dia saja aje cakap dia tu makwe Danny. Dan yang paling buat I happy bila Danny puji girl tu cantik depan Natalia."

Mata Sofia sekali lagi membulat.

"are you kidding me?" Sofia seperti susah nak percaya.

"No. This is a true story!"Rayyan sudah tersenyum senget.

Sofia cuba menghadam semua kata - kata Rayyan. Tak logik!!


******


Natalia Adawiyah duduk di sofa sambil tangannya asyik menekan alat kawalan jauh. Tiada cerita atau drama ke atau telemovie yang menarik perhatiannya. Hari ini dia tidak mengikut mamanya ke butik. Katanya mahu duduk di rumah sambil layan Running Man yang terlepas. Katanya lah. Tapi dari tadi tangan dok tekan remote tu. Idok pula buka Running Man.

kning! knong! Lonceng rumahnya berbunyi. Belum sempat dia lihat siapa yang datang, dia terdengar suara memanggil namanya dari luar.

"Lia!!!!! oh Lia!!! Kak Dee ni." Teriak Diana.

Suara Diana teriak macam hape aje. Nasib baik ramai jiran yang sedang kerja kalau tak mahu malu Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah segera membuka pintu. Diana terus melangkah masuk setelah Natalia Adawiyah membuka pintu.

eh, eh... Dia ni belum sah lagi jadi kakak aku tapi dah buat macam rumah sendiri. Choi!

"Li.. Lia... Akak dengar.." tak cukup nafas dibuatnya. Belum sempat apa dah start cerita.

"dengar apa kak?"

"Kak Dee dengar kamu jumpa Danny semalam.

"ohh.. ha'ah. Mana kak Dee tahu ni?"

"well.. Ni Dee lah segala rahsia boleh Kak Dee rungkaikan." Diana flip hair. Gedik!

"so, Kak Dee tahu pasal perempuan tu?"

"Tahu." terus saja Diana mengeluarkan gambar Liyana.

Terkejut beruk Natalia Adawiyah nampak gambar Liyana. Hebat betul kakak ipar aku ni eh bakal kakak ipar.

"Liyana Tan Sri Tajuddin. Merupakan pewaris tunggal Taj Resources Sdn Bhd. Aktif dalam bidang teater dan nyanyian. Pernah menerima tawaran berlakon sejak di bangku sekolah rendah tetapi dia menolak kerana mahu fokus dalam pelajaran. Merupakan pelajar harapan straight A di sekolahnya. Pernah mewakili sekolah di peringkat negeri dalam pelbagai acara pertandingan. Selain Teater, dia juga aktif bersukan seperti balapan, bola jaring, bola tampar dan sebagainya. " jelas Diana.

"wow!" kagum rasanya.

"tak payah nak wow. Gadis macam dia ni bukan pilihan Danny.

"cantik, kaya, bijak, aktif macam ni bukan pilihan Danny?" pelik..

"well.. Im his sister. I know my brother well."

"tak mungkinlah. Danny siap puji lagi." Natalia Adawiyah menggeleng kepalanya.

"puji tak bermakna dia suka. Lia kena berusaha lagi kuat! Kak Dee percaya kamu saja pilihan terbaik untuk dia." tangan Natalia Adawiyah di genggam erat.

Natalia Adawiyah hanya tersenyum.

kadang kala aku takut pula dengan Kak Dee ni. Dia suka bagi harapan pada aku. Yang nak kahwin adik dia bukan aku. Getus hati Natalia Adawiyah.

"Lia.." Diana mengeluarkan dua tiket teater.

"apa ni?"

"ini tiket teater persembahan Danny. Pergi ke sana. Kasi sokongan pada dia."

"kalau pergi belum tentu dia jumpa Lia."

"jangan risau Lia, kami sekeluarga akan pergi menonton juga pada hari itu. Danny mesti akan jumpa kitaorang lepas show. Pergi ye?"

"errrr... InshaAllah.." Natalia membariskan giginya.

"menangi hati dia! Dongibab! Kipidap! Ganbatte!" Diana mula memberi kata - kata semangat pada Natalia.

Natalia hanya mampu tersenyum.


Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now