Bab 51

3.7K 164 8
                                    

Natalia Adawiyah menuruni anak tangga. Dia terus menuju ke meja makan. Kelihatan Puan Nazatul baru selesai menghidang mee goreng untuk sarapan.

"Good morning, ma! "Natalia Adawiyah menyapa.

"Good morning dear. "

Natalia Adawiyah terus duduk di kerusinya. Puan Nazatul menghidangkan mee goreng untuk puteri kesayangannya.

"Danny tahu yang kamu ke sana? "

Natalia Adawiyah sekadar mengangkat bahunya.

"Hey, kamu ni. Macam mana kamu nak ke sana? Kamu tahu jalan ke? "

"Tahu. Raisha ada bagi location melalui whatsapp so don't worry lah. "Natalia terus menyua mee goreng yang mamanya goreng dengan penuh kasih sayang.

"Hari hati. Jangan lupa bagitahu mama kalau dah sampai. "Puan Nazatul menuangkan teh ke cawan puterinya.

Natalia Adawiyah menggukkan kepalanya.

*****

Danial Akmal mengambil kunci keretanya.

"Bu.. Akmal keluar sebentar ye. "Danial Akmal menyalami tangan ibunya.

Terus Danial Akmal berlalu pergi melangkah.

Raisha berlari anak mendekati Danial Akmal yang sudah pun berada di sebelah keretanya.

"Akmal.. Kau nak ke mana? "Soal Raisha.

"Saja jalan jalan ambil angin. "

"Jangan nak bohong. Aku tahu ke mana kau nak pergi. "

Danial Akmal menghelakan nafasnya.
"Sudahlah Akmal. Sudah. Aina dah lama tak ada. Buat apa kau masih nak meratapi pemergian dia? Move on lah Akmal. Kau tak malu ke orang kampung mengata kau. Sebab kau asyik ke kubur Aina."

"Biarlah apa orang kampung nak cakap. "Malas Danial Akmal mahu memikir hal remeh temeh seperti itu.
"Akmal! Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila? Kalau Aina ada dia mesti tak nak tengok kau macam ni. "

"Sebab Aina lah aku macam ni! Sebab aku cintakan Aina aku macam ni! Aku tak dapat menunaikan janji aku. Aku masih sayang Aina. Aku masih cinta Aina. Tiada siapa yang boleh ganti tempat Aina! "Tegas Danial Akmal.

"Akmal! Aina cintakan kau juga. Kau nak sampai mati ke macam ni? "

"Ya! Sampai mati aku akan macam ni! Sampai mati! Aina selamanya dalam hati aku! Kalau Aina cintakan aku sampai mati, aku pun juga! "

"Akmal! "Raisha cuba menghalang Danial Akmal.

Tetapi Danial Akmal mengabaikannya. Dia terus memasuki kereta dan meninggalkan perkarang rumah ibu.

Raisha masih lagi terngang. Dia tidak pernah lihat Danial Akmal marah sebegini rupa. Air matanya mengalir deras. Hatinya betul betul kecewa.

Danial Akmal terus memandu. Dia memberhentikan kereta tidak lama kemudian itu. Danial Akmal memukul stereng keretanya.

Dia rasa seribu satu rasa kecewa di hatinya. Hatinya sangat sakit. Dia mengalirkan air matanya setelah dia pendam selama ini.

******
Natalia Adawiyah menyarung kasutnya. Adreena yang setia menunggu sedang asyik dengan telefon bimbitnya.

"Dah. Jom. "Ajak Sofia.

"Jap! Kita selfie dulu. "

"You ni. Ada ada aje. Dah cepat. "Sofia hanya nenurut.

Segera Adreena mengambil gambar.

"Okey. I want to upload it. To the class with Farid's angle. Okey, post! "

Sofia segera mencubit pipi gebu Adreena.

"Heyy! You ni kan... Ishh sakitnya hati ni. "

"Aduduh! Sakitlah! "Adreena mengosok gosok pipinya

"Haa tahu pun sakit! "

"Alaa.. Betul apa yang I tulis. "

"Ad, how many time that i should tell youthat we just friend. Friend! F-R-I-E-N-D! "Tegas Sofia.

"Friendlah sangat. "Adreena melangkah.

Sofia lekas berjalan seiring sebelahnya.

"Ad.. Pernah ke I tipu you? "

"No.. "

"So just believe me. "

"No tapi in this case. Sorry, I percaya apa yang I nampak. "Adreena menjelirkan lidahnya.

"Okey.. I merajuk dengan you. You pergilah group assignment dengan orang lain. I tak nak dengan you! "Gut Sofia.

"Hey, miss Sofia. Kalau you tak dengan I, you will be with whom? You tu mana pernah cakap dengan sesiapa. "

Sofia menjadi seorang sangat pendiam bila dia menjejakkan kaki di UM ini.

"Sampai hati you! "Rajuk Sofia.

"Hati I memang sampai untuk you. Always! "Sakat Adreena.

"Sofia... "Satu suara memanggil nama Sofia.

Adreena dan Sofia terhenti melangkah.

"Ermm.. I pergi dulu. "Adreena cuba mengelak.

Sofia menarik tangan Adreena.

"Apa dia Razi? "Sofia bertanya.

"Boleh tak I cakap dengan you saja. Berdua je. "

"No. Adreena must be here. Kalau you nak cakap. You cakap aje. Bolehkan. "

"Tapi... "

"No but! "Sofia bertegas.

"I pun setuju dengan Sofia. Its better kalau I ada sekali. Untuk elak kan fitnah. "

Razi tersenyum sinis.

"Elakkan fitnah konon. "

"Apa maksud you ni? "Sofia bertanya.

"Hey perempuan! Kau konon nak elak fitnah. Acah acah gadis melayu terakhir konon! Tapi Kau berdua dengan Farid tak apa pula. Dating tu bukan timbulkan fitnah ke?

Bukan tu je. Kau ingat aku tak tahu ke siapa Rayyan. Kau ni nak mana satu? "

"Ra.. Rayyan? Macam mana you tahu? "Sofia gagap.

"Kau ni memang dasar perempuan murahan! "Razi tengking Sofia.

Tiba tiba satu tumbukan padu hinggap di pipi Razi. Sofia dan Adreena terkejut dengan situasi itu.

"Rayyan! "Teriak Farid.

"Lagi sekali kau kacau Sofia! Aku bunuh kau! Jangan cuba nak dekat dengan Sofia atau Farid! Kalau kau kacau Adreena pula, kau siap siap ajelah masuk hospital! "Amarah Rayyan.

Rayyan mahu menumbuk Razi lagi. Tetapi Farid dengan pantas menghalang.

"Cool bro! "Farid cuba tenangkan Rayyan.

"Ingat! Kau berani kacau kawan kawan aku. Maut menanti! "Sempat Rayyan memberi amaran.

"Dah. Dah. Jom! Sofian, Adreena mari kita pergi. "Farid menarik Rayyan pergi.

Kalau tidak dihalang Rayyan ini, ada kemungkinan jadi arwah si Razi ni. Sikap baran si Rayyan bukan boleh buat main. Pantang digertak, habis binasa.

Adreena dan Sofia yang masih terkejut hanya akur dengan Farid.

"Kurang ajar! "Razi memegang pipinya.

Pipinya masih sakit. Terasa perit. Hatinya rasa lebih sakit berbanding di pipi. Sifat kelakiannya dicabar saat ini.


P/s:hello guys!! Macam mana episod kali ini? Episod yang bermain emosi Sikitlah. Mesti masing masing rasa emo kan. Huhuhu. Eh eh. Rayyan datang dengan Faridlah! 😱 so macam mana ni? Haa antara Farid dan Rayyan masih bileh di undi. Nampaknya macam ramai yag suka Farid je. Team Rayyan tak ada ke? Huhuhu.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now