Danial Akmal meluncur laju ke rumah papanya. Diana menelefonnya tadi untuk mengambil dia pagi ni. Ikutkan hatinya malas nak ambil kakaknya itu. Dah sapa suh kakaknya gatai sangat nak suh dia pi hantaq Natalia. Kan sekarang dah susah tak ada kereta.
Kereta Honda Jazz milik Diana berhenti di hadapan pintu pagar rumah Encik Rahman. Danial Akmal mematikan enjin keretanya. Kakinya segera masuk ke rumah papanya. Pancuran air pancut di sebuah pasu seolah - olah menyambut kedatangan tetamu.
"assalamualaikum." Danial Akmal memberi salam sebelum masuk.
"waalaikumsalam. Haa Danny. Kakak kamu baru nak mandi tu." kata encik Rahman.
Baru nak mandi? tadi bukan main beria suh ambil cepat. Nak aje cekik dia tu. Getus hati Danial Akmal.
"dah sarapan?" soal Encik Rahman.
"belum..." ringkas saja jawapan Danial Akmal.
Sebenarnya dia cadang untuk bersarapan dahulu, tapi Diana dah telefon macam dah lambat aje.
"okey, jom makan dulu." pelawa encik Rahman.
"papa masak apa?" tanya Danial Akmal sambil kakinya beriringan berjalan bersama encik Rahman ke dapur.
"Tengoklah ni."
Terlihat di atas meja ada scramble egg, sosej, red bean, dan beberapa roti bakar.
Danial Akmal terus mendapatkan tempatnya. Tangannya segera mencedok satu per satu.
"Danny, papa nak tanya boleh?"
aik.. papa ni kenapa. lain macam je.
"tanyalah" hati Danial Akmal benar - benar sedang berdengup laju. Kalau boleh dengar ni hmm boleh pecah gegedang telinga sebab kuat sangat. peh! metafora semuanya.
"Danny dengan Lia ada pape ke?"
peh!!! soalan apakan ini papa?
"haaa???!" okey Danny speechless sangat ni.
"Lia, Natalia yang malam tu."
"kawan bukan, musuh pun bukan."jawapan yang ada jawapan lagi. hmm.. maknanya jawapan yang tak lengkaplah.
"maksud Danny?"
"She is my schoolmate. That's all." jelas Danial Akmal.
"How come she just your schoolmate. I thought she more than your friend." Encik Rahman kerutkan dahinya.
"hmm.. sangat susah nak terangkan. Yang pasti dia just kawan sekolah."
Danial Akmal meneruskan suapan yang 3 terakhir.
Encik Rahman membiarkan anaknya itu. Bagi dia seperti ada jawapan yang tidak kena.
"good morning!!" Diana menyapa dan terus mengambil tempat di depan Danial Akmal.
Danial Akmal merenung kakaknya.
"what?" tanya Diana.
"you ask me to be faster. I drove like crazy but... errrr.." marah Danial Akmal.
"hehehe" Diana hanya menayang giginya.
Danial Akmal terus menghabiskan makanannya.
"cepat makan. Danny nak tengok tv." kata Danial Akmal selepas meletakkan pinggannya di singki.
Terus saja kakinya melangkah ke ruang tamu.
"Dee.. Danny kata dia tak ada apa - apa dengan Lia." encik Rahman seperti berbisik dengan Diana.
Diana merapatkan kepalanya.
"memanglah. tapi tak lama lagi dia dan Danny akan ada pape."
"haa?" Encik Rahman tak mengerti.
"Kan Dee dah cakap.. Yang Lia tu suka Danny. Danny tu pun suka Lia. Tapi dia tu je sombong. Dee dalam usaha nak satukan depa ni." jelas Diana.
"i can hear you!" kata Danial Akmal dari ruang tamu.
Diana terus menekup mulutnya. Jari telunjuknya terus diletakkan di mulut sebagai tanda rahsia.
Danial Akmal terus saja mencapai alat kawalan jauh. Satu per satu siaran di tukarnya.
Telefon bimbitnya berbunyi.
Terus saja dia mengangkat.
"ye?" kata Danial Akmal.
"hai, Danny." Rupanya panggilan daripada Natalia Adawiyah.
"hmm. nak apa?"
"thank you."
"hmmm.." terus saja dia matikan panggilan itu.
Malas dia mahu nak layan lama - lama.
"okey, Danny.. Jom pergi." Kata Diana.
Danial Akmal bersalam dengan papanya terlebih dahulu sebelum keluar.
Enjin kereta Honda Jazz itu di hidupkan. Terus Danial Akmal memandu dengan cermat.
Signal diberi sebelum memasuki simpang.
"Bukan ada kereta pun" tegur Diana sebaik saja dia perasan yang tiada kereta lain di situ.
"cermat." ringkas jawapan Danial Akmal.
Danial Akmal jenis yang suka melakukan segalanya mengikut peraturan. Kiranya dia hidup dalam protokollah.
"eh, Danny. How's Lia? After a night you with her." soal Diana.
"what do you mean? Ingat kita ni orang Islam." jawap Danial Akmal.
"aigoo! tu kak Dee tahulah. I mean takkan korang tak berborak, kenal each other lebih mendalam." tangan Diana sudah bergerak - gerak.
"she was sleeping."
"what?!" aduh Lia kenapa kau tidur!!
"Lagipun I'm not interested at all to have a conversation with that girl." selamba tutur kata Danial Akmal sambil tangannya memusingkan stereng kereta untuk membuat pusingan U.
Why Lia! Penat kak Dee kasi kau peluang. Kau boleh tidur? choiiiii!!
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
De TodoPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...