BAB 31

5.3K 233 9
                                    

Rayyan menghempas pintu biliknya. Hatinya masih panas membara. Kalau diikut hatinya ini mahu saja dia culik Natalia Adawiyah saat ini dan bawa ke Siam. Kahwin. Habis cerita. Tapi dia tahu, tindakan bodohnya itu akan membuat Natalia Adawiyah menjadi benci kepadanya.

Rayyan menghempas badannya ke katil. Terasa beban yang dia pikul seolah menghimpit dirinya saat ini. Terasa mahu saja dia menjerit sekuat hati. Wajah Natalia Adawiyah dan Danial Akmal silir berganti. Hatinya semakin panas bila mengenang keduanya.Dia mesti bertindak cepat. Dia tidak mahu Natalia Adawiyah pergi begitu saja.

Knok! Knok! ketukan pintu biliknya menganggu dia.

"Rayyan.. sayang okey tak?" suara Datin Suraya kedengaran di sebalik pintu biliknya.

 Seorang ibu dapat rasa apa yang tak kena pada anak mereka meskipun tadi Datin Suraya di dapur sewaktu Rayyan pulang. Kasih sayangnya terhadap Rayyan tidak pernah pudar. Rayyan sentiasa dilayan seperti menatang minyak yang penuh walaupun hakikatnya Rayyan hanya anak tirinya.

"I'm fine! Rayyan nak tidur. Penat!" laung Rayyan tanpa membuka pintu biliknya. Dia harap dengan jawapan itu ibu tirinya akan membiarkan dia sendiri saat ini.

*******

Natalia Adawiyah duduk di sofa. Tangannya sibuk menekan nekan alat kawalan jauh. Tak ada satu cerita pun mampu menarik perhatiannya saat ini. Rancangan The Return Of Superman dan Runningman sudah puas dia ulang. Wala I pun dia penggemar rancangan itu tapi kalau terusan diulang naik bosan juga. Akhirnya Natalia Adawiyah memutuskan untuk menonton rancangan Robocar Poli, rancangan kartun yang penuh dengan mesej. 

Puan Nazatul menghampiri puteri bongsunya.Terus dia menagambil tempat di sebelah Natalia Adawiyah. Mug berisi kopi panas turut dibawanya. 

"dah habis fikir?"soalan Puan Nazatul seperti tidak lengkap itu membuat Natalia Adawiyah terus memandang ke arah mamanya itu.

"fikir about what?"

"lia nak ke mana lepas ni ? sambung ke mana? " mug yang dipegangnya terus meluru ke bibirnya. Aroma kopi yang harum itu cukup membuatnya tenang setelah seharian penat bekerja di butik. Banyak tempahan pelanggan yang perlu disiapkan dalam masa terdekat memandangkan cuti sekolah pertengahan tahun akan tiba lagi  dua bulan. Cuti sekolah tentunya banyak yang mengambil kesempatan untuk membuat majlis kahwin. 

"entahlah ma. UPU dah isi dah siang tadi. Matriks Lia tak mohon sebab tak sanggup pula nak ambil matriks. Pening." jelasnya.

"Lia tak masuk lagi dah kata pening. Lia ni.." Puan Nazatul menggelengkan kepalanya.

Natalia Adawiyhanya mampu menanyangkan giginya.

"hmm apa kata kalau Lia ambil form six?" cadang puan Nazatul.

"taknak lah Liajadi budak sekolah semula."bantah Natalia Adawiyah. Dia memang tak sanggup nak pegang semula gelaran budak sekolah. Sarung semula baju sekolah bukanlah sesuatu yang dia suka ataupun sesiapa. Menyarung semula baju sekolah dianggap sebagai mimpi ngeri.

"Lia ni. banyak tau kelebihan form six. masuklah. Satu tahun setengah je. Then terus masuk u untuk degree. Mama dengar form six dah tak perlu pakai baju sekolah dah. Pakai baju kasual." terang mamanya.

"really? mana mama tahu?" teruja pula Natalia Adawiyah mendengarnya.

"ye.. mama ada dengar dari berita hari tu. Mama ada bincang dengan kawan mama, cikgu Lela kaunseling di sekolah Johor. Mama tanya dia apa kelebihan masuk form six ni. Sesuai tak untuk Lia. Cikgu Lela kata form six ni banyak kelebihan. Selain daripada dekat dengan rumah, dia lebih menjimatkan masa. Mama tahu yang Lia tak akan masuk matriks kan.. sebab matriks kena struggle. Mama taknaklah Lia stress belajar. Ye mama tahu STPM pun kena struggle, tapi Lia kan dekat dengan mama. Lia bolehlah kurangkan stress tu. Kalaulah, ni mama kata kalau tau. Kalaulah Lia tak mahu sambung degree, Lia boleh guna sijil STPM tu untuk kerja. So, tak membazirkan? Lagipun satu tahun setengah je. Then Lia boleh rehat sembilan bulan sebelum masuk deg." terang Puan Nazatul dengan panjang lebar. Sesekali dia mengusap kepala puterinya itu.

"hmmmm... I'll think about that later." jari jemarinya bermain di dagunya.

Otaknya saat ini sedang berfikir, satu saja. Danny lah! Agak - agaknya Danny samung ke mana ye.. hmm Natalia Adawiyah kalau boleh nak sama tempat dengan Danny. Ke mana Danny pergi, dia nak ikut! Well, ini Lia lah! cik stalker setia mr Danny! Ke mana Danny pergi, di situ pasti Natalia akan cuba jejak. Setia mengekori!

"okeylah, mama nak pergi basuh cawan ni jap." Puan Nazatul bangkit meninggalkan puteri kesayangannya itu.

hmm.. adakah aku patut wasep Danny? Natalia Adawiyah berkira kira untuk buat apa. Natalia Adawiyah mencapai telefon bimbitnya yang dari tadi terdiam kaku di atas meja. Nama Danny di cari.

"Hello, Danny!" - Natalia

Send! eh! Online! okey, blue tick! Blue tick aje kau bagi kat aku????!  Natalia Adawiyah menghela nafasnya. Geram pula!

Eh! kan ada kak Dee! Natalia Adawiyah menepuk dahinya. Kenapa dia tak fikir daripada tadi. ni nak harap mr Crush reply memang sampai subuh tahun depan pun dia tak balas. Kau ada kak Dee yang setia membantu kan. Kenapa tak fikir dari tadi? Aigoo!

"kak Dee!" - Natalia

"ye sayang!" - Diana.

"kak, I have a question." - Natalia.

"Apa dia, sayang? Tanya ajelah sayang." - Diana.

"Danny akan sambung belajar di mana?" - Natalia

"hmm tu yang Kak Dee bingung ni." - Diana.

"why?" -Natalia.

"he said nak sambung form six?" - Diana

"really?????!!!!" - Natalia

berjoget Natalia Adawiyah saat ini. teruja betul!

"Lia! kenapa tu?" tegur Puan Nazatul yang baru saja mahu menaiki anak tangga.

"oh tak, Lia bersenam. 1, 2.. haa.. orang kata bagus senam malam - malam ni." Natalia Adawiyah merenggng badannya ke kanan dan ke kiri. Cover kononnya.

"haa.. jangan lupa matikan lampu tau nanti." sempat Puan Nazatul memberi arahan sebelum menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

"baik!" Natalia Adawiyah meletakkan tangan kanannya ke dahi.

Setelah melihat mamanya sudah tiada, dia terus duduk semula dan kembali mencapai telefon bimbitnya.

"tu yang Kak dee bingung. Kak Dee tak tahu nak pujuk Danny macam mana. Lia tahu ajelah Danny tu kalau A, A ajelah." - Diana

"kak, jagan pujuk dia tukar fikiran!" - Natalia

"why???"- Diana

"sebab Lia pun akan masuk form six!" - Natalia

"seriously?!" - Diana

"yes!" - Diana.

" so, both of you akan boleh bersatu lah? okey, kak Dee akan cari jalan untuk paksa Danny and Lia satu sekolah, and akan buat Danny jatuh cinta pada Lia dan you two akan happily ever after!" Diana

Terlebih teruja pula kakak ipar aku ni. ops! bakal kakak ipar! belum sah lagi.

"i hope inilah peluang untuk Lia dan Dnny akan lebih rapat!" - Lia.

"me too.." - Diana.

Diana menhantar beberapa sticker hati untuk bakal adik iparnya itu. Sayang benor pada Lia. Macam dia pula yang akan kahwin dengan Natalia Adawiyah. Well, as a  sister mesti nak yang terbaik untuk adik - adiknya kan!




p/s: hai my love readers!!! sorry sbb bab ni tak berapa best. Nana dah try untuk perah otak ni seboleh bolehnya! Nana agak busy dengan kerja. Nana janji setiap bulan nana akan update 1 bab! kalau tak, you all boleh boom komen, okey, hari ni 15. 3. inshaAllah next chapter 15.4. aish. mcam due date untuk hantar kertas kerja kat bos pulak. hehe. tapi for you guys yang sanggup tunggu, akan ku coba! Doakan nana boleh update dengan kerap ye.

XOXO:

Nana Zairel...

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now