Natalia Adawiyah kebosanan di butik mamanya. Dia duduk di ruangan yang biasanya digunakan untuk berbincang dengan pelanggan. Memandangkan pelanggan tiada, Natalia Adawiyah terus melabuhkan punggungnya di atas sofa itu. Tangannya ligat membelek majalah yang dipegangnya.
Ting tong. Alarm pintu butik itu berbunyi menandakan ada manusia yang memasuki butik itu. Natalia Adawiyah segera bangun dari sofa untuk menyambut pelanggan yang bakal dia temui.
"eh, hai Aunty!" Natalia Adawiyah sangat mengenali wanita yang pertengahan 40-an yang baru saja menjejakkan kaki ke butik mamanya sebentar tadi.
"Hello, my dear." Wanita itu melagakan pipi kanan dan pipi kiri Natalia Adawiyah.
" mama ada di atas. Aunty nak naik atau nak Lia panggilkan?" Natalia Adawiyah sudah memberitahu keberadaan mamanya walaupun belum ditanya oleh wanita itu.
"tidak mengapa. Aunty naik sendiri." Wanita itu lebih dikenali oleh Natalia Adawiyah sebagai Aunty Roza atau nama sebenarnya Datin Rozana.
Datin Rozana memang biasa dengan selok belok butik itu kerana dia kerap ke situ. Bagi Puan Nazatul, Datin Rozana bukan hanya pelanggan tetapi sahabatnya. Datin Rozanalah insan yang paling banyak membantu di dalam dunia perniagaan ini.
"oh ye, Lia. Nanti kalau anak – anak aunty masuk, cakap pada mereka duduk aje di bawah ni. Aunty ada urusan dengan mama Lia." Pesan Datin Rozana sebelum melangkah anak tangga.
"eh? Danish cuti ke?" soal Natalia Adawiyah.
Dia sedia maklum, anak bongsu Datin Rozana merupakan pelajar asrama penuh. Tetapi sekarang musim persekolahan, takkan Danish cuti. Mustahil. Dan setahu Natalia Adawiyah, anak – anak Datin Rozana hanyalah dua orang.
"taklah. Danish di asramalah. Kamu ni pun. Okeylah, aunty naik dulu ye." Datin Rozana memanjat anak tangga dan meninggalkan Natalia Adawiyah dalam kebingungan.
Ting tong.. sekali lagi alarm pintu butik itu berbunyi. Natalia Adawiyah sudah menjangka siapa akan masuk.
"Lia!" ya, itu suara Diana, puteri sulung Datin Rozana. Natalia sangat mengenali suara itu.
"Kak Dee!" Natalia Adawiyah memusingkan badannya ke arah Diana.
What?! Natalia Adawiyah terkejut melihat seorang lagi insan yang di sebelah Diana. Dia beragak yang itu ialah 'anak' lagi seorang yang di maksudkan oleh Datin Rozana sebentar lagi.
Natalia Adawiyah berdiri kaku. Mulutnya ternganga.
"Hey, Lia. Lia okey?"Diana menghampiri Natalia Adawiyah.
"Danny?! Awk buat apa di sini?" Natalia Adawiyah tersangat terkejut.
"gunting rambut." Perli Danial Akmal.
"Danny, kenapa cakap macam tu? Kesian Lia. Oh, Lia. Aunty Roza mana?"
"dia ada di atas. Tapi, dia suruh both of you duduk di bawah aje. Jomlah kita duduk." Natalia Adawiyah melangkah ke arah set ruang tamu yang berhampiran.
"nak minum apa – apa tak? Lia buatkan?"
"eh, tidak mengapalah Lia. Kita duduk aje. Sembang – sembang. Tak perlu susah – susahlah." Diana memang dalam keadaan kehausan tetapi dia diamkan. Dia lebih suka duduk bersembang dengan Natalia Adawiyah berbanding membiarkan Natalia Adawiyah pergi bancuh air.
Tiba – tiba Rina, salah seorang pekerja Puan Nazatul membawa satu dulung berisi gelas dan sebotol air oren.
"haa.. air dah sampai. Tak perlu Lia nak ke dapur." Ujar Rina.
"eh, kak Rina. Buat susah – susah aje. Ini kan tetamu Lia. Sepatutnya Lia yang buatkan air." Natalia Adawiyah terasa malu.
"mana ada susah, dik oi. Akak ambil gelas dan air oren ni, kemudian letak di atas dulang. Sekejap je. Senanglah. Akak bukan perah oren ni pun. Dah siap, tinggal tuang dan minum. Lagi pun ini butik, bukan rumah sesiapa yang datang wajib untuk akak layan." Rina kembali berdiri setelah siap hiding minum itu.
"terima kasih , kak Rina. Nanti Lia belanja akak coklat ye."
"tak payah nak belanja sangatlah Lia. Eh, minumlah. Jemput minum Dee, dan adik lagi seorang tu. Akak nak sambung buat kerja." Pamit Rina
"Danny ni siapa sebanarnya, kak Dee?" Natalia Adawiyah mula menggaru kepalanya tidak gatal.
"Danny ni adik akaklah. Ingat tak dulu akak pernah cerita yang akak ada seorang adik lelaki yang tinggal di kampong nenek akak?" Diana cuba mengingatkan Natalia Adawiyah.
"yang mana ye?" Natalia Adawiyah terusan menggaru kepalanya. Habis serabai rambutnya.
"ala Lia ni. Ada dulu akak pernah cerita. Dia jarang balik KL ni, dia banyak spend time di kampong. Ada, Lia. Akak pernah nak kenalkan kat Lia ketika Raya tahun lepas tetapi dia keluar waktu itu."
"aduh. Masih tak ingatlah, kak."
"ish Lia ni. Ingat tak Lia pernah tanya kak Dee pasal gambar seorang budak lelaki yang kak Dee peluk. Alaa, gambarnya ada di bilik tidur kak Dee."
"oh ye! Lia ingat" sah! Makan semut.
Natalia Adawiyah baru ingat yang Danial Akmal baru saja berpindah sekolah tahun lepas. Walaupun pelajar baru tetapi dia sudah dikenali ramai kerana diri dia yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah.
"minum berapa balang semut awak ni sampai lupa macam tu sekali." Danial Akmal terus menghirup air oren yang dipegangnya.
"hehehe. Maaflah." Natalia Adawiyah tersenyum macam kerang busuk.
"Danny, sopan sikitlah. Maaflah ye. Adik kak Dee ni memang macam ini perangainya. Suka bergurau." Diana cuba menengakan keadaan.
"eh, tak apa. tak ambil hati pun. Lia tahu dah." Sekali lagi Natalia Adawiyah cuba senyum.
Tak apa? Tak ambil hati? Hmm kalaulah kak Dee tahu bahawa hati ini terasa seperti ditoreh – toreh sakitnya. Tapi hanya mampu tahan dan senyum.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
AltelePerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...