Bab 32

4.9K 201 5
                                    

Hari ni jawapan kemasukan ipta melalui upu telah pun keluar. Tiga sahabat baik, Natalia Adawiyah and the geng lepak bersama memandangkan Hannah cuti hari ni. Maklumlah kalau nak kumpulkan tiga - tiga kene tunggu Hannah cuti. Hannah seorang saja yang bekerja, Natalia Adawiyah dan Sofia kerja ternak lemak dan tanam anggur je yang mampu. Nak kerja? Hmm tak payahlah.

Tiga sahabat itu duduk di restoran makanan segera kegemaran mereka, Texas. Texas menjadi pilihan mereka memandangkan mereka boleh refill air sebanyak mana mereka nak. Yelah, tiga sahabat tu kalau duduk bertiga bukan seminit dua. Sejam dua pun boleh jadi.

"Aku ingat aku nak masuk form six aje." Hannah bersuara setelah kunyahannya ditelan.

" Eh, you kan dapat UM. Kenapa tak masuk UM je?" Sofia pelik dengan pilihan sahabatnya. UM tu! Bukan senang nak dapat, tapi dia lepaskan?

" yelah senang. Lagi pun walaupun UM ke Unimas ke, tetap ada yuran. Yuran bukan seratus dua. Beribu. Lagipun form six is not a bad choice." Jelas Hannah.

" yeah, it is not a bad choice. And aku pun akan masuk form six..." Natalia Adawiyah menjerit keriangan.

" alaa. I seorang ajelah yang tak sama tempat belajar dengan uolls." Sedih pula hati Sofia saat ini.

Sofia telah dapat tawaran belajar ke luar negara. Ke negara yang sudah lama tiga sahabat itu teringin menjejakinya, Jepun!

" it's okay, Sofia. You are luckier than us. Since you got a chance to go Japan. You got a best choice!" Natalia Adawiyah cuba memujuk sahabatnya itu.

" betul tu. Jepun tu. Mana tau kau dapat jumpa Yuki Yamada yang kau giler kan sangat tu." Giliran Hannah memujuk Sofia.

"But without you all I cant enjoy it. I'll be a lonely. " muncung Sofia semakin sedepa. Hmm

"You'll not. Aku yakin kau akan jumpa lagi ramai kawan kat sana. Boleh kau bawa balik seorang mamat Jepun untuk aku." Natalia Adawiyah memeluk bahu sahabatbya itu.

"Eh, kau bukan kata kau setia dengan Danny ke? " soal Hannah yang baru usai menghirup minumannya.

"Ha'ah, you nak berpaling tadah ke?" Jari telunjuknya tepat ke arah muka Natalia Adawiyah.

"Giler ke aku nak berpaling? Ni Lia lah!Lia takkan putus asa dengan Danial Akmal bin Rahman! Never!" Tangan kanannya digenggam dan diangkat ke atas. Membara sungguh.

"Kau ni memang tak reti putus asa." Kentang goreng terus menuju ke mulut Hannah.

"Of course not. Ni Lia laa.." Tangannya menepuk nepuk dadanya.

"Rayyan pun tak putus asa." Bersahaja Sofia bicara.

"Haa.. Lagi seorang tu. Yang tak reti putus asa gak. Lia, kenapa kau tak ke Rayyan je? Kan senang."

"Tak nak aku. Aku nak Danny je."

"You kene ingat Lia. You kuat bertahan untuk kejar Danny, macam tu lah Rayyan kuat bertahan untuk you."

"Aku tengok Rayyan tu not bad. Kaya, kacak. Kau tu bukan cantik sangat tp senang kau reject dia kan."

"Amboi, Na. Sedapnya mulut kau cakap. Tak insuran langsung. Nak je aku cubit mulut kau ni." Tangannya sudah gaya penyepit ketam.

Sofia hanya mampu gelak dengan perangai sahabat - sahabatnya.

"Hey, kenapa kau suka sangat kat Danny?." Matanya tepat ke arah mata Natalia Adawiyah sudah persis polis yang soal.

"Sebab dia hero aku." Natalia Adawiyah tersenyum riang memikirkan hal itu.

"Tu aje? Jawapan yang tak munasabah." Terus Hannah menjeling sahabatnya itu.

Natalia Adawiyah hanya tersenyum. Dia tak mahu cerita sebab utama kenapa dia jatuh cinta dengan Danial Akmal. Dia akui banyak lagi orang di sekelilingnya yang lebih kacak, kaya dan bijak. Contoh paling dekat, tu haa si Rayyan. Tapi dia tetap pilih untuk kejar cinta Danial Akmal. Ada sesuatu yang istimewa tentang lelaki itu. Bukan harta atau rupa yang di carinya.

"Lia, I doakan yang terbaik untuk you."tangannya menyapu lembut bahu sahabatnya itu.

"Thank you, dear!" Natalia Adawiyah memeluk erat sahabatnya yang duduk disebelahnya.

"Dah sudah. Tak payah nak drama sangat." Hannah yang duduk di hadapan Sofia sudah rasa geli meremang.

"Alahhh.. Cemburu lah tu." Terus tangan Sofia menarik badan Hannah ke depan. Begitu juga dengan Natalia Adawiyah.

Hannah menolak sahabat - sahabatnya itu. Lemas pula rasanya.

" dah sudah! Aku nak makan."

Sofia dan Natalia Adawiyah tergelak riang melihat respon Hannah. Hannah memang seorang yang agak kasar dan kurang menunjukkan kasih sayangnya secara depan - depan. Jafi tak hairanlah Hannah seorang yang cantik tetapi tidak pernah bercinta. Jiwa sado katanya.

"You ni tak romantiklah. Macam mana nak ada boyfriend."

"Geli aku nak bercinta bagai." Badannya terus meremang memikirkan cinta. Geli sangat baginya.

******

"You, Lia nak masuk form six. I think you patut ambil form six." - Sofia.

Rayyan merenung pesanan yang dihantar oleh Sofia. Rupanya tadi Sofia secara rahsia telah menghantar pesanan kepada Rayyan. Rayyan tersenyum riang. Peluang dia akan lebih cerah jika dia memilih tingkatan enam. Dia yakin Danial Akmal a.k.a musuhnya itu tak akan memilih STPM.

Rayyan merwnung dirinya di cermin. Senyumnya semakin melebar.

"Danny, aku akan kalahkan kau! Lia, wait for me my dear. Ill there for you. Kita akan bersatu. You will be mine! I akan pastikan. Rayyan Dato Hamid will never give up. Never!" Rayyan tergelak sendiri.

Wajah ceria Natalia Adawiyah berlegar di fikirannya. Natalia Adawiyah sangat istimewa sehingga dia sanggup bermusuh dengan sahabatnya itu.






P/s: hai sayang2 nana!!! Macam mana kali ni. Okey tak??. Rayyan lain macamlah. Seram pulakkan. Ish Rayyan ni.. Maaf kalau kurang menarik kali ni. Miane. Haritu Nana janji sebelum 15.3 kan?? Haa nana bagi awal. Hope uolls suke.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now