BAB 30

5.3K 227 4
                                    

Rayyan terus meluru ke dapur. Mendengar nama Danial Akmal tadi cukup membuat hatinya membara. Keegoannya sebagai lelaki sangat tercabar saat ini. Boleh pula mereka berdua duaan di rumah. Tak tau nak beza halal haram ke? Saat ini bermacam - macam bisikan dia dengar. Ada yang baik ada yang tidak.

Kelihatan Danial Akmal kemas berapron sedang menutup api. Barangkali sudah siap. Rayyan terus meluru ke arah Danial Akmal. Badan Danial Akmal ditarik menghadapnya sebelum muka Danial Akmal di tumbuk. Badan Danial Akmal kebelakang dek tumbukkan itu. Danial Akmal memegang mukanya yang baru ditumbuk. Berdenyut dirasainya.

"apa masalah kau?" soal Danial Akmal. Meskipun dia tahu yang saat ini Rayyan sedang dalam kecemburuan.

"kau!" suaranya ditinggikan.

Danial Akmal tersenyum sinis. Mudah sangat dia membaca Rayyan saat ini.

"bukan aku yang paksa dia suka aku. Dia sendiri yang datang ke arah aku. Dia sendiri yang suka aku." sengaja dia mengapikan Rayyan.

"engkau!" Rayyan menggenggam kolar baju Danial Akmal. Tangannya diangkat. Penumbuknya sedia untuk menumbuk manusia durjana ini.

"Rayyan!!!" teriakan Natalia Adawiyah mematikan gerakan Rayyan.

Rayyan memendang ke arah Natalia Adawiyah. Manakala Danial Akmal yang masih tidak dilepaskan itu tersenyum sinis.

"Rayyan lepaskan Danny!" arahan Natalia Adawiyah.

Rayyan masih kekal posisinya.

"I said let him go!" kali ini Natalia Adawiyah benar - benar di kemuncaknya.

Rayyan melepaskan musuhnya itu dengan kasar. Musuh yang dahulunya merupakan sahabat baiknya. Hanya kerana seorang gadis, hubungan mereka retak begitu saja. Daripada mesra bertukar menjadi dingin.

Natalia Adawiyah terus ke arah Danial Akmal. Mestilah back up crush! Natalia Adawiyah mengambil ais untuk Danial Akmal. Ais diletakkan ke muka Danial Akmal. Mujur Danial Akmal tidaklah terlalu tinggi untuknya. Tetapi cukuplah untuk dia meletakkan ais itu. Paling penting cukup untuk Natalia memakaikan tie. Ops! terberangan.

Danial Akmal menepis. Tetapi Natalia Adawiyah tetap mahu meletakkan ais itu. Rayyan meyaksikan perbuatan pasangan itu dengan penuh membara. Tak pernah Natalia Adawiyah memberi layanan seperti itu kepadanya.

"rayyan.." Sofia memanggil.

Rayyan menoleh ke arah Sofia. Sofia menunjuk isyarat ke depan.

Rayyan akur. Mereka beriringan ke hadapan.

"dah lah, saya boleh buat sendiri." terus ais yang dipegang oleh Natalia Adawiyah diambil.

"pergilah ke depan." pinta Danial Akmal dengan suara yang agak mendatar. Kedengaran seperti memaksa.

"tapi..."

"takkan awak nak kita berdua aje disini."

"boleh je... eh!! tak.. tak.. okey, saya ke depan." terus Natalia Adawiyah ke depan.

Manakala di depan Rayyan dan Sofia sedang duduk di kerusi tadi.

"yang you bijak sangat belasah Danny tu kenapa?" marah Sofia.

"dia, duduk berdua dengan Lia. Mana I tak mengamuk." bela Rayyan.

"you ni harap je SPM gempak tapi lembab juga. Lia tu tahu halal haramlah." marah Sofia.

Rayyan terdiam. Lembab jugak dia ni. Kenapa dia terlalu bodoh mengikut perasaan semata - mata.

"assalamualaikum..." seseorang memberi salam dari luar pagar.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now