Suasana kelas agak bising kerana ketiadaan guru. Natalia Adawiyah cuba mengulangkaji apa yang telah diajar oleh Danial Akmal semalam. Memang sudah kebiasaan bagi Natalia Adawiyah mengulangkaji semula apa yang diajar oleh Danial Akmal sebelum subuh, dia akan bangun lebih awal daripada biasa untuk mengulang kaji. Tetapi pagi tadi dia terlewat bangun jadi dia mengulangkaji di sekolah.
"ai Nat. sejak bila kau jadi rajin ni? Sebelum ni bukan main liat kau nak buka buku." Hannah tiada niat untuk menyindir Natalia.
"SPM kan nak dekat. Aku nak tak nak kenalah ulang kaji. Ye aku akui sebelum ni aku ni memang pemalas, di kelas asyik tidur aje. Sekarang aku nak berubah. Kau support lah aku. Kata bestfriend forever and everlah sangat."
"aku sokong kaulah. Kau tu aje tak sokong aku."
"eh? Kenapa pula?" Natalia pelik dengan kata – kata Hannah.
"yelah. Kau nak berjaya seorang diri. Bukan nak ajak aku berjaya sekali. Tamak!"
"laa.. maaflah. Okey. Sekarang kita ulang kaji add maths okey?" Natalia Adawiyah cuba memujuk sahabat baiknya itu.
Hannah tersenyum lalu mengeluarkan buku latihannya. Hannah dan Natalia Adawiyah bersama – sama mengulangkaji pelajaran. Mereka menukar cadangan.
"hello, girls" Sofia yang baru pulang daripada tandas duduk dihadapan Hannah.
"kau ni kenapa. Baru keluar tandas dah tersengih macam tu, kena sampuk ke?" Hannah mengelengkan kepalanya.
"ish.. tak baik tau cakap macam tu. Sabtu ni free tak? I nak bawa you alls pergi tengok wayang. I belanja." Teruja sungguh kata – kata Sofia.
"kau belanja? Biar betik." Hannah membuat reaksi terkejut.
"biar betik ke biar kentang ke I tak kisah. I betul – betul ikhlas nak belanja ni. You taknak ke?" Sofia menawarkan lagi sekali.
"aku taknak pergilah." Natalia menolak.
"but why? Okey I know ni pasal Danny kan?" Sofia cuba serkap jarang.
"ish. Tak adalah. SPM kan nak dekat. Aku nak fokus ulangkaji. Tak nak sia – siakannya. Nanti kalau lepas SPM nak berjimba sampai tak tidur pun boleh." Natalia Adawiyah cuba mencipta alasan kerana dia belum sedia memberitahu yang dia mengulangkaji dengan Danial Akmal selama ini.
"betul kata Nat. SPM dulu. Berjimba tolak tepi dulu." Hannah menyokong kata – kata Natalia.
"okeylah. Kalau macam itu kita ulang kaji sama – sama sabtu ni, nak? Buat kat rumah i."
"okey juga kan. Aku tahu kalau aku datang rumah kau, Sofia. aku nak makan pudding yang mama kau buat tu."
"ala small matter I boleh minta mama I buatkan khas untuk you bawa balik."
"yeah!" Hannah menepuk – nepuk tangannya.
"korang. Sabtu ni aku tak dapat join. Kalau nak join kita buat petang. Boleh?" Natalia ingin mengelak kerana dia perlu ulangkaji dengan Danial Akmal.
"kau ni, Nat. petang tu masa untuk tidur. Mana boleh study."
"betul kata Hannah. You ada hal apa yang busy sangat tu?"
"ada lah. Tapi pagi memang aku tak dapat. Buat petang ye? Kalau korang nak buat pagi juga, aku minta maaflah. Aku memang tak dapat." Natalia Adawiyah merapatkan kedua belah telapak tangannya tanda maaf.
"kalau macam tu, kita buat pagi ajelah. Kau tak kisahkan, sofia?"
"okey, I tak dapat paksa you." Sofia mengalah.
"maaf sangat – sangat!" Natalia Adawiyah memohon maaf lagi sekali.
******
Hubungan Danial Akmal dan Rayyan semakin renggang sejak kejadian tempoh hari. Bagi Danial Akmal bukanlah salah dia kerana tak cuba berbaik dengan Rayyan. Tetapi salah Rayyan yang tiba – tiba mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Danial Akmal.
Danial Akmal juga banyak menghabiskan masa dengan sendiri, dia tidak lagi keluar rehat dengan Farid dan Syafiq.
"Hey, Danny. Petang ni datang rumah aku nak? Aku dengan Syafiq plan nak study sama – sama." Farid memberi cadangan.
"sorry, aku sibuk." Tangan Danial Akmal ligat mengemas peralatan menulisnya kedalam bekas pesil kerana waktu persekolahan sudah habis.
"come on, Danny. Kalau tak hari ini, bila lagi? Tak sampai dua minggu kita nak exam." Pujuk Syafiq.
"aku memang tak dapat nak ikut." Danial Akmal sekali lagi cuba untuk menolak.
"please, danny. Kau kan hebat dalam subjek add maths. Kau boleh ajar kitaorang. Kita orang dahlah lemah add maths." Syafiq sekali lagi memujuk.
"kalau orang yang sibuk jangan dipaksa. Hiraukanlah dia. Baik belajar sendiri aje. Dia tu sibuk berjimba dengan awek." Sindir Rayyan.
"siapa yang berjimba dengan perempuan ni. Syafiq, setahu akulah yang suka tukar – tukar makwe tu kan orang tu kan. Kemudian dia pula tuduh orang lain berjimba. Ini lawak sangat, kan Farid?" Danial Akmal tersenyum sinis, hatinya seolah olah digeletek.
Benar kata – kata Danial Akmal, pada awal perkenalan Danial Akmal dan Rayyan, Rayyan gemar mempermainkan perasaan perempuan. Tapi bagi Rayyan itu sikap dia sebelum matang, sekarang dia sudah cukup matang untuk bercinta.
"itu diri aku ketika tidak matang, sekarang aku dah matang. Aku akan tunggu seorang aje!"tegas Rayyan.
"matang konon. Tak malu serang – serang orang sebab cemburu. Pada hal kau dan dia masih tak ada apa – apa hubungan." Danial Akmal tergelak kecil.
"kau ni kan.."penumbuk Rayyan diangkat untuk dilepaskan pada badan Danial Akmal.
Farid menahan Rayyan.
"lepaskan aku!" Rayyan meminta dirinya untuk dilepaskan.
"aku tak faham dengan korang ni. Apa masalahnya? Korangkan kawan baik. Dulu bukan main rapat." Celah Syafiq yang daripada tadi mendiamkan diri.
"kau tanyalah dia. Dia yang rampas aku punya." Rayyan membetulkan bajunya.
"rampas kau punya? Tak malu sungguh kau ni. Sedarlah diri sikit. Dia bukan hak kau. Lagipun terang – terang dia pilih aku. Satu sekolah ni dah tahu dia suka aku. Bukan aku yang paksa."
Sebenarnya Danial Akmal tiada niat untuk bersama dengan Natalia Adawiyah tetapi dia berbahas dengan Rayyan sebab dia marah dengan perangai Rayyan yang tidak matang itu.
"aku akan dapatkan dia!"
"cubalah. Aku takkan paksa dia membuat keputusan. Tetapi hakikatnya kau pun tahu betapa kuatnya dia suka aku. Sudahlah aku malas nak gaduh dengan kau. Aku nak balik." Danial Akmal mengambil beg sekolahnya.
"kau tunggulah nanti!" jerit Rayyan.
Syafiq dan Farid yang sejak tadi memerhati sudah bingung. Siapakah gadis yang berjaya merosakkan persahabatan Rayyan dan Danial Akmal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...