Bab 44

3.7K 180 9
                                    

Sofia meletakkan sejadahnya di katil berserta dengan telekung yang baru saja dia lipat. Adreena turut melipat telekung, dan meletakkan telekung miliknya ke dalam beg. Sofia sengaja duduk di meja belajarnya. Bunga pemberian Farid malam tadi diperhatikan.

"Haiihhh.. Rindu orang tu ke? "Tangan Adreena masih lagi melipat kain telekung.

Sofia tersentak. Dia hanya membisu.

"Baru jumpa malam tadi, dah rindu dah pagi ni. "Adreena sengaja mengusik Sofia.

Sofia memandang Adreena dan tersenyum nipis. Adreena segera duduk di atas katil Sofia meskipun tanpa meminta izin terlebih dahulu.

"Sofi.. Taknak cerita ke? "Adreena menolak sedikit bahu Sofia.

Sofia berpaling ke arah Adreena yang berada di belakangnya.

"Cerita apa? "

"Pasal Faridlah! "

"Tentang apa? "Sengaja Sofia menyoal lagi.

"Yelah. Bila masa terbitnya rasa cinta dihati kauorang tu? "Adreena berdrama. Ye. Over!

Sofia tergelak sedikit.

"I dengan Farid kawan sajalah. " terang Sofia.

"Tipu! Siap post ig with sweet caption. I baca you all punya sweet caption sampai I think I got diabetes. "Adreena mula berdramatik.

"You ni over.! "Peha lembut Adreena yang ditutup dengan seluar track itu dipukul lembut oleh Sofia.

"Ehh you ni. Suka suka aje nak pukul I. I report pada Farid kan. "Adreena cuba mengugut.

"Silakan. I tak takut. Jangan Farid marah you semula sudah. "Sofia tergelak.

"Untunglah orang tu. Ada orang nak protect. Dah lah I nak mandi. Nak wangi wangi ke kelas. Manalah tahu terjumpa jodoh. Bolehlah back up I. "Adreena bangkit dari tempat duduknya segera mencapai tuala dan alatan mandi miliknya.

Sofia tersenyum dengan gelagat Adreena. Sofia tahu macam mana dia cuba menafikan hubungan dia dan Farid, tetap tak diterina oleh Adreena. Sofia masih ingat lagi sewaktu di berdaftar di Universiti Malaya ini sebagai pelajar program persediaan pelajar ke Jepun.

"Sofia? "Satu suara menegur Sofia yang masih ralit membaca kertas program.

Sofia berpaling.

"Farid! "Teruja Sofia melihat Farid.

Farid ringkas berkemeja biru laut lengan panjang dan berseluar gelap.

"Tak sangka you pun akan ke Jepun "

"I pun. You tak pernah cerita pun. "Sofia masih lagi teruja melihat Farid di hadapannya.

"You mana nak dengar kalau I cerita, you selalu dengan Rayyan aje. "

Kertas yang dipegang Sofia terus di pukul bahu Farid.

"Mana ada. "

"Ya. Rayyan siap pesan lagi kat I, jaga you elok elok. "

"Rayyan tahu yang you sama dengan I? "Sofia tercengang.

"Yes. Hey, you two kan selalu together. Spend time sama, tak kanlah Rayyan tak cerita. "

"Ye.. Rayyan tak cerita langsung. "

"Mungkin sebab you ni conel sangat, tu bila dia tengok you aje dia terus lupa hal sekeliling, dia ingat tentang you je. "

Sofia tersenyum kelat

"You ni! Ada ada sajalah. "Tawa Sofia dibuat buat.

Rayyan nak ingat pasal I? No way! What in his mind only about Lia. Full about Lia. Tak ada sedikit peluang pun untuk I! Tak ada! Getus hati Sofia. Sofia memendam rasa kecewa. Tiada siapa yang tahu hatinya terseksa selama ini.

******

Wakaf sekolah kelihatan penuh dengan pelajar. Ada kumpulan tadarus yang masih belum menghabiskan bacaan mereka kelihatan duduk di suatu sudut di wakaf itu. Sempena bulan puasa ini, unit tingkatan enam mewajibkan semua pelajar menyertai tadarus Al quran. Kumpulan kumpulan kecil dibentuk dan dibahagikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam.

Natalia Adawiyah dan Hannah duduk di salah satu tempat yang disediakan di wakaf itu. Natalia Adawiyah sibuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Hasim sebentar tadi. Manakala Hannah tertidur. Kepala Hannah diletakkan di meja.

"Haii.. "Tegur Rayyan.

"Hai. "Natalia Adawiyah hanya meyapa tanpa memandang.

Hannah mengangkat kepalanya.

"Ohh.. Hai Rayyan. "Giliran Hannah menyapa. Hannah mengeluarkan telefon bimbitnya.

"You buat apa? "Soal Rayyan yang baru saja melabuhkan punggungnya.

"Dia ni terlebi rajin siapkan kerja yang cikgu Hasim bagi. Padahal nak kena submit minggu depan, tapi semangat sangat nak siapkan awal. "Hannah menjawab bagi pihak Natalia.

"Kenalh siapkan awal, boleh terus rehat. "

"Haa betul. I setuju. "Rayyan menyokong.

"Engkau tentang Nat semua kau sokong. "Malas Hannah mahu layan. Baik dia buka ig.

Natalia Adawiyah dan Rayyan hanya tersenyum.

"Natalia..." Mia menegur.

"Ye? "Dengan segera kepala Natalia diangkat.

"Petang nanti kau yang pergi ambil pudding tu kan? "Soal Mia.

"Yes. "

"Okay, jangan lupa resit tau. "

"Jangan risaulah. Settle! "Tangannya membuat simbol ok.

"Haa.  Bagus! "Terus saja dia berlalu.

"Kau beli ke pudding tu? Bukan kau kata nak buat ke? "Soal Hannah.

"Dua tempah, satu aku buat. "Natalia Adawiyah teruskan kerjanya.

"Tempah di mana? "Rayyan menyoal pula

"Oh dengan papa Danny. "Bersahaja Natalia Adawiyah.

Rayyan mendengar nama Danny terus terasa panas.

"Heyy korang. Tengok ni. "Hannah yang menyedari suasana yang tegang terus cuba menukar topik. Hannah menunjukkan gambar yang di upload oleh Sofia.

Rayyan yabg melihat itu terus terasa panas membara. Dia masih sakit hati dengan Sofia.

"Tak sangka kawan kita seorang ni dah pandai bercinta dah. "

"Ehh mana?  Nak tengok. "Natalia mengambil telefon bimbit Hannah.

"Wahh sweet nya. Hey Rayyan tengoklah ni. "Natalia Adawiyah menunjukkan ke arah Rayyan.

"Hmm" Rayyan tiada hati untuk mengulas lebih lanjut.

"Pandai Sofia rahsia daripada kita kan. Heyy, Rayyan, Sofia tak bagi tahu apa apa ke kau?  Kau kan selalu dengan dia. Farid pun kawan baik kau. "Hannah cuba mendapatkan maklumat.

Manalah tahu si Sofia bagitahu Rayyan ke. Tak pun Farid yang bagitahu. Lelaki kan kalau gosip mengalahkan perempuan.

"Entah. Lantak dialah nak bercinta ke kahwin ke.  I tak ambi port langsung tentang Sofia. Dahlah I malas nak cakap pasal ni lagi. "Rayyan terus mengangkat punggungnya dan berlalu pergi.

Hatinya sakit mendengar nama Sofia dan Farid. Dia merasa kecewa sangat.

"Dah apa kes mamat tu tetiba nak emo. "Hannah masih kebingungan.

Natalia Adawiyah sekadar mengangkat bahunya. Dia pun tidak tahu apa punca Rayyan tiba tiba saja bertukar mood.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now