Sofia merenung ke luar jendela. Fikirannya sangat terganggu. Kusut. Ya sangat kusut! Terlalu serabit fikirannya seperti meja belajarnya saat ini yang bersepah dengan buku dan laptop. Pada awalnya dia mahu mengulang kaji apa yang patut sebelum melangkah ke dunia fasa pembelajaran ketiga tetapi entah bagaimana dia terfikir sesuatu. Sesuatu yang dia tahu dia sendiri tidak dapatt selesaikannya.
" I know you love Rayyan. But I still can't understand why you let him like that." Ya itu kata - kata Natalia Adawiyah tempoh hari. Walaupun sudah sebulan berlalu, tetapi kata - kata itu masih melekat difikirannya.
"Why you let him..." ayat yang menghantui Sofia. Tidak henti menghantui.
Air matanya jatuh tanpa dia sedari. Butir - butir air matanya membasahi pipinya yang gebu. Sesekali air matanya jatuh ke hidung dan bibirnya. Sofia hanya membiarkan air matanya mengalir sendiri.
Mukanya di letak di atas meja. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Dia tidak dapat menanggung air matanya lagi. Sejak peristiwa itu dia semakin memencilkan diri. Dia mengelak bertemu Rayyan ataupun Natalia Adawiyah. Dia masih dalam mood untuk menenangkan diri. Jika boleh dia mahu saja bercuti kemana saja untuk menenangkan hatinya.
Bukan dia tidak mampu untuk bercuti. Dia lebih daripada mampu. Orang tuanya pasti boleh menghulurkan wang untuknya bahkan untuk bercuti ke luar negara sekali pun. Tetapi dia tidak buat kerana dia tahu abangnya pasti akan curiga. Dia tidak mahu abangnya risau akan dirinya. Jadi, dia terpaksa menveriakan dirinya.
...........
Danial Akmal merenung ke sebuah makam. Makam seseorang yang paling dia sayang. Cintanya tidak pernah pudar sehingga hari ini. Tanpa segan silu, air mata kelakiannya jatuh dengan deras. Teresak esak dia menangis sendiri.
Batu insan yang terpacak kemas, digengamnya. Rindu. Ya. Itulah yang dia rasa saat ini. Hatinya terlalu rindu. Rindu kepada seseorang yang dia tidak akan dapat berjumpa lagi.
Danial Akmal mengelap air matanya. Dia cuba untuk menahan daripada jatuh semula.
"Aina... saya pergi dulu. InsyaAllah jika ada masa saya akan kembali semula." Danial Akmal cuba mengukirkan senyuman sebelum bangkit daripada duduknya.
Kakinya berat melangkah meninggalkan tempat itu. Tiada siapa mampu menghiburkannya saat ini. Meskipun sudah lama berlalu tetapi bayangan Aina masih bersamanya lagi.
"Akmal..." tegur seorang pemuda yang kebetulan baru masuk ke tapak perkuburan itu.
"Eh.. bang Ammar." Segera Danial Akmal menyalami tangan pemuda itu atau lebih tepat abang Aina.
"Kamu lawat nenek ye?" Sengaja Ammar menggunakan ayat itu.
"Haah. Saya datang bersihkan kubur nenek." Danial Akmal cuba menyembunyi kan yang dia melawat makan adik Ammar.
"Kau tak perlu berdalihlah, Mal. Aku kenal kau bukan semalam. Macamlah aku tak tahu." Ammar melemparkan senyumannya.
"Eh betul lah saya bersihkan kubur arwah nenek, bang." Danial Akmal tahu yang Ammar sudah tahu tetapi dia sengaja mahu menyembunyikan.
"Lepas kau bersihkan kubur arwah nenek. Kau ke mana? Haa? Mal.. Aina dah lama pergi. Aku tahu kau suka dia. Dia pun suka kau. Dia pun sayangkan kau. Aku ni Mal. Lagilah rasa kehilangan sangat. Dia tu adik aku. Lagilah aku terasa sangat." Ammar cuba memujuk Danial Akmal.
Danial Akmal menundukkan pandangannya. Sekali lagi hatinya sebak. Matanya mulai berkaca.
Ammar meletakkan tangan kanannya di bahu Danial Akmal yang dia telah anggap seperti adiknya.
"Hidup perlu diteruskan. Aku percaya adik aku pun tak nak klau kau ayik nangis aje. Teruskan hidup. Assalamualaikum." Tangannya sempat menepuk bahu Danial Akmal sebelum berlalu meninggalkan Danial Akmal.
"Waalaikumsalam.." Danial Akmal menyambut salam dengan suara yang lemah.
Dia segera melangkah ke keretanya. Enjin kereta di hidupkan. Air matanya di kesat sebelum memulakan perjalanan. Danial Akmal memulakan dengan basmallah sebelum masukkan gear.
Keretanya dipandu dengan penuh cermat. Dia memandu di jalan jalan yang pernah dia lalu bersama Aina. Sekali lagi wajah Aina memenuhi ruang fikirannya.
"Akmal.. saya nak masuk tingkatan enam lepas habis SPM." Kata Aina sambil kakinya ligat mengayuh basikalnya.
"Kenapa nak ambil form six?" Soal Danial Akmal yang daripada tadi menemani Aina bersama sama mengayuh basikal.
"Sebab saya nak ikut jejak abang. Lagipun tingkatan enam best." Aina menarik tudingnya ke belakang sedikit dengan menggunakan sebelah tangan. Inilah masalah pelajar perempuan, tudung ayik kedepan je. Hari ini dia terlupa letakkan jarum di atas tudungnya.
"Apa yang best? Tak best pun. Dah lah kena pakai baju sekolah semula. Jadi budak sekolah. Isshh tak seronok lah. Orang nak bakar baju sekolah ni lepas belajar barulah haa seronok!" Danial Akmal mengibas sedikit bajunya.
"Saya kata seronok tu seronoklah. Kalau awak tak nak ikut tak apa. Awak pergilah masuk U. Saya nak masuk tingkatan enam seorang diri. Nak cari kawan lain." Aina memuncungkan bivirnya. Merajuklah tu.
"Eh! Mana boleh awak cari kawan lain. Okey fine! Saya ikut awak nasuk tingkatan enam." Danial Akmal mengalah.
Basikal yang dikayuh mereka memasuki sebuah simpang.
"Yeah.. saya nak belajar sampai PhD. Kemudian baru kahwin." Keriangan Aina memberitahu rancangannya.
"What?? Lepas PhD baru nak kahwin. Lamanya. Saya nak kahwin dengan awak cepat cepat. Kita kahwin jelah dulu baru belajar." Danial Akmal cuba buat muka comel ke arah Aina.
"Eiii.... siapa nak kahwin dengan awak? Saya tak nak. Booo..." Aina sempat menunujukkan ibu jari kebawah sebelum mengayuh pergi.
"Heyy.. berani awak kata tak nak? Hey.. aina!! Tunggu!!" Terus saja dia memecut untuk mengejar Aina.
"Aina..." air mata Danial Akmal berderas jatuh. Nama itu masih tidak luput dari mindanya.
Segala kenangan masih dia simpan kemas dalam hati. Danial Akmal memeberhentikan kereta di bahu jalan. Mustahil untuk dia meneruskan perjalanan dengan keadaan dia begini.
Tangisannya memenuhi ruang keretanya. Telefonnya berdering tetapi dibiarkan sahaja. Dia tidak mahu mengangkatnya. Biarlah sesiapa yang menelefonnya saat ini, dia tidak akan menjawabnya. Perasaannya sedang bertarung bebat saat ini. Entah bila air mata ini mahu kering, dia sendiri tidak tahu.
P/s: hai semua.. haa.. dah tahu dah kan kenapa danny tak boleh terima lia?? Haa.. amacam?? Best tak cerita kali ni?? Ke hambar? Komen tau. 😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...