Waktu sekolah telah pun tamat. Natalia Adawiyah berlari menuruni anak tangga. Bukan Natalia Adawiyahlah kalau tak kalut. Dia menanti Danial Akmal turun daripada tangga. Kelihatan Danial Akmal sedang pun menuruni anak tangga. Danial Akmal tidak keseorangan, sebelahnya ada Tania. Natalia Adawiyah mencebik melihat si gedik itu.
"Danny..." tegur Natalia Adawiyah sebaik saja Danial Akmal turun.
Suaranya dilembutkan persis anak kecil ingin memujuk ibunya membeli mainan.
"Danny.. saya balik sendiri. Sebab...."
"Baguslah I boleh balik dengan Danny." Tiba tiba sahaja Tania menyampuk.
Aishh! Panas pulak hati kita!
"Sebab balik dengan Rayyan ke?" Soal Danial Akmal.
Eh Danny ni.. jeles ke???
"Takkk...." cepat saja Natalia Adawiyah menafikannya.
"Saya, Zati dan Mia nak ke pasar raya beli bahan untuk pudding. Kan awak juga yang suruh saya buat." Terang Natalia Adawiyah.
"Naik apa?" Soal Danial Akmal lagi.
"Naik bas." Jawab Natalia Adawiyah.
"Biar saya saja yang hantar kauorang." Tawar Danial Akmal.
"Huh?!" Natalia Adawiyah dan Tania serentak terkejut.
"Ehh.. biarlah mereka naik bas. You bolehlah hantar I balik." Rengek Tania.
"Rasanya saya tak perlu kot hantar awak balik since your driver is here." Danial Akmal memandang ke arah pemandu peribadi Tania.
"Saya tunggu kalian di kereta." Kata Danial Akmal sebelum berlalu pergi.
"Tap.. tap.." tania terkebil kebil dengan Danial Akmal.
Dia mendegus sebelum meninggalkan Natalia Adawiyah.
"Haa Lia. Jomlah." Kata Zati yang baru saja menuruni anak tangga bersama Mia.
"hmm.. kita tak jadi kot nak naik bas." Kata Natalia Adawiyah.
"Pulak dahh.. awat?" Soal Mia yang sedang membetulkan cermin matanya.
"Kau ni, Lia. Semalam janji nak peri beli barang sama samalah. Apalah. Ni tetibe kata tak jadi. Mu ni bakpo gini." Zati sudah mula membebel.
"Siapa kata tak jadi pergi beli barang.." soal Natalia.
"Ehh tadi kau juga kata tak jadi." Zati menggaru kepalanya.
"Haa betul." Mia menyokong Zati.
"Tak jadi naik bas je."
"Dah tu. Nak naik apa cik akak oi!" Mia menggoncang badan Natalia Adawiyah dengan kedua tanganya.
"Relax semua. Kita naik kereta. Dah jom. Dreba sudah tunggu." Natalia Adawiyah terus melangkah.
Zati dan Mia hilang kata dan hanya mengikut Natalia Adawiyah.
Danial Akmal kelihatan sedang menunggu didepan keretanya. Dia duduk di hadapan keretanya sambil bermain telefon. Cahaya mentari seolah olah memancar ke arah dia seorang. Kehensemannya terserlah!
Danial Akmal melihat Natalia Adawiyah yang semakin hampir terus saja dia masuk ke keretanya. Natalia Adawiyah pula seperti kanak kanak yang teruja dijemput oleh ibu dari sekolah. Natalia Adawiyah segera membuka pintu kereta.
"Nat! Jap!" Seru Zati.
"Kenapa? Cepatlah." Jawab Natalia Adawiyah.
"Kita naik dengan Danny?" Soal Zati
"Yelah. awak nampak siapa yang bawa kereta tu? Ada rupa macam Remy Ishak ke Aiman Hakim ke yang sedang bawa?" Jawab Natalia Adawiyah.
"dah cepat masuk kereta." Arah Natalia Adawiyah sebelum dia masuk ke kereta.
zati dan Mia yang asalnya berehenti terus melangkah.
"Jap.." Mia menarik Zati semula.
"Dah sudah. Kenapa lagi?" Soal Zati.
"Jadi betul lah gosip yang Nat dan Dan bercinta!" Mia membulatkan matanya.
"Haaa..." zati speechless!
Pon! Pon! Hon kereta Danial Akmal mengejutkan dua rakan itu. mia dan Zati yang tersentak terus saja memasuki kereta.
******
Kereta milik Danial Akmal memasuki kotak parking dengan cermat. Enjin kereta dimatikan. Natalia Adawiyah, Zati dan Mia keluar dari perut kereta.
Zati dan Mia terlebih dahulu melangkah meninggalkan Danial Akmal dan Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah sengaja menunggu Danial Akmal keluar. Barulah sweet sama sama.Danial Akmal dan Natalia Adawiyah sama sama memasuki pasarraya itu. Kedinginan dari pendingin hawa di pasarraya itu sangat menyegarkan. Mentari di luar sangat terik. Meskipun tidak sampai seminit diluat, tapi cukuplah terikan itu mengigit kulit lembut Natalia Adawiyah dan Danial Akmal.
Natalia Adawiyah dan Danial menghampiri Zati dan Mia yang sedang mengusung troli.
"Kita cari agar agar tali... oreo... susu cair dan gula." Terang Natalia Adawiyah.
"Okeyy jom!" Serentak Mia dan Zati.
Danial Akmal hanya mengikuti saja langkah mereka. Tiada suara.
"Haa.. situ gula." Zati terus melangkah meninggalkan mereka.
"Oreo pula di situ!" Giliran Mia pula meninggalkan mereka.
"Okeyy.. kita cari susu." Natalia Adawiyah menarik troli manakala Danial Akmal menolaknya.
"Hmm susu mana yang murah ye." jari natalia bermain di dagunya.
"Awak selalu beli yang mana?" Soal Danny.
"Selalu saya beli yang ini." Natalia menunjuk ke arah susu cair yang dia maksudkan.
" kenapa tak ambil saja?" Soal Danny lagi.
"Taknaklah. Mahal. Ambil yang ini aje. Murah sikit berbanding yang ini. Save bajet." Terang Natalia Adawiyah.
"Ambil jelah." Danial Akmal terus saja mengambil susu yang tadi.
"Ehhh.. tak nak! Nanti over budget. Saya beli cukup cukup aje ikut bajet sekolah bagi." natalia Adawiyah meletakkan semula susu yang diambil Danial Akmal.
"Kalau tak sedap macam mana?" Danial Akmal memeluk tubuh.
"hmm tapi nanti lebih bajet." resah pula Natalia Adawiyah.
"Shhhh!! Saya tak nak dengar alasan. Ambil saja. Jangan banyak alasan." Danial Akmal mengambil semula susu itu dan letak di dalam troli.
"Tapi...."
"Awak! Kalau tak sedap macam mana? Saya tak nak rasanya lain dari yang saya pernah makan sebelum ini. Pasal bajet jangan risau. Nanti saya tanggung yang lain. Saya nak rasanya sama. Yang haritu saja yang sedap!" tegas Danial Akmal.
"Haaa? Apa? Sedap?" Teruja Natalia Adawiyah.
"Err.. yelah. Yang haritu kira okaylah. tak lah sedap mana. Tapi okaylah. Vuba kalau awak tukar resepi. Mesti lagi teruk rasanya." Tergagap Danial Akmal menjelaskannya.
"Elehhh.. tak ngaku pula." natalia Adawiyah suka mengusik Danial Akmal.
"Betul lah!" Danial Akmal cuba menafikannya.
Tanpa mereka sedar rupanya ada mata yang dari tadi memandang. Mereka ialah Zati dan Mia. Zati dan Mia seronok melihat keletah pasangan itu. Rasa macam tengok drama korea yang sweet sweet gitu.
"Mia.." Zati seolah memberi isyarat.
"Yes! Gosip ini pasti akan tersebar!" Teruja Mia.
"Dengan gambar ini sebagai bukti hubungan mereka!" Zati turut keriangan.
p/s:hello readers!!! After a long time, finally! Siapa rindu Danny dan Lia angkat tangan! Maaf sangat dah lama tak update sebab sibuk dengan exam, assignment, kuiz, crush lagi. Eh! Bab crush tu tipu je hehe. Maaf sangat. Life degree ni sangat mencabar utk nana terus menulis. Maaf. Semua. 😘
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
AltelePerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...