Suasana pusat beli belah itu agak lengang memandangkan waktu berbuka tidak lama lagi. Sofia dan Farid beriringan memasuki surau. Mereka mengambil keputusan untuk alas perut dahulu. Selepas solat maghrib barulah mengmbil makanan berat, takut lepas maghrib akan bdrebut dengan jemaah lain. Suasana akan jadi sesak dan kelam kabut untuk menunaikan ibadah.
Sofia memasuki surau wanita. Dia mengambil sejadah dan telekung lalu duduk di saf. Azan maghrib kedengaran, Sofia mengeluarkan air yang dibelinya tadi. Setelah usai membasah tekak, dia terus mengambil wudhu dan mengerjakan solat maghrib.
Usai solat, dia terus bersiap takut Farid menunggunya lama.Apabila dia keluar daripada surau. Dia melihat Farid sudah pun menunggunya.
"For you, my lady. "Farid menghulur sekuntum mawar merah kepada Sofia.
"Oh! Thank you! "Teruja Sofia mengambilnya. Bunga itu dicium.
"How you get it? I mean when you buy it? "Soal Sofia.
"Just now. Kedai bunga bukan jauh pun. Keluar saja surau ni ada kedai bunga. And since I know yang you ni perempuan.. Lambat siap.. So I pun pergilah beli. "Terang Farid.
"Oh pandai you perli I." Sofia masih berin dengan bunga yang diterimanya sebentar tadi.
"Shall we? "Farid menundukkan badannya, tangan kirinya dirapatkan ke perut manakala tangan kanannya menunjuk ke arah jalan.
Sofia hanya tersenyum lalu terus melangkah. Farid pula dengan segera jalan beriringan dengan Sofia. Sofia dan Farid sama cantik sama kacak sama padan! Sofia mengenakan gaun maxi berwarna biru tua dan tudung berwarna putih. Manakala Farid memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru hitam. Lengan farid dilipat hingga ke siku.
"Wait! "Farid menghentikan langkah.
"What? "Soal Sofia yang turut terhenti.
"Let's take a selfie first! "Farid mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Ingatkan apalah. "Sofia tergelak kecil.
"Okey.. Smile! "Farid menekan butang di telefon bimbitnya.
"Okay. I dah send gambar kat you. Nanti you upload. Tulis caption sweet sweet, bagi si Razi tu panas. "Kata Farid sambil tangannya masih bermain main di atas skrin telefon bimbitnya.
"Why Razi? "Soal Sofia kehairanan.
"Sebab dia selalu kacau you. "
"How did you know? "Seingat Sofia, selain Adreena, dia tak pernah cerita dengan orang lain.
"Sofi, my cutie. Lelaki ni kalau dah start gosip memang kalah perempuan. Memang sekejap je tersebar. And perempuan takkan tahu macam mana lelaki bergosip. "Jelas Farid.
OMG! Maknanya dah tersebarlah ni. Malunya! Teriak hati Sofia.
"But don't worry.. I'll protect you. "Jelas Farid.
"How sweet you are! "Puji Sofia.
"Jap. Iftar with my lovely beautiful. Tag SofiaYamada. Okey done! "Farid klik pada butang terakhir.
Sofia tergelak dengan Farid.
"Okey jap. I nak upload juga. Tapi tak nak gambar ni. Nak ambil gambar bunga ni. "Sofia mengambil gambar bunga rosnya melalui telefon bimbitnya.
"Thank you my handsome. Hashtag full with love. Tag TheFarid190. Okey done! "Setelah jarinya puas menari nari di atas skrin telefon bimbitnya, terus Sofia memasukkan semula ke dalam handbag.
****
Rayyan bermain main dengan telefon bimbitnya. Sesekali keluhannya kedengaran. Rayyan mundar mandir di dalam biliknya. Setelah penat berjalan tanpa hala, dia terus menghempas badannya di atas tilamnya yang lembut.
Telefon bimbitnya kembali di ambil. Tiada pesanan masuk. Dia buka semula log panggilan. Untuk hari ini saja dia sudah cuba hubungi Sofia berpuluh kali.
"Sofia! Where are you? You hilang mana? You tak ada, I nak cerita dengan siapa. Please Sofia. "Rayyan mengeluh.
Dia terfikir, dia ada buat silap ke dengan Sofia. Sofia merajuk ke? Tapi pasal apa?
Kusut Rayyan memikirkannya. Badannya dibangkitkan. Kini dia duduk pula. Tangannya masih memegang telefon bimbit. Jarinya ligat berlari.
Applikasi instagram di buka. Jarinya terhenti melihat gambar yang dipos oleh Farid.
"With my lovely beautiful?! "Matanya terbutang luas.
Dadanya berombak.
"My handsome?!" Kini gambar milik Sofia membuat matanya makin besar membulat.
Segera nama Sofia dicari dan ditekan. Tiada sahutan. Sekali lagi dia mencuba hubungi. Tidak diangkat.
Kini giliran Farid pula dicari. Ditekan.
"Haish. Ni bukan tak angkat. Ini langsung tak dapat di hubungi. Damn it! " Telefon bimbitnya di hempas ke katil.
Dadanya makin berombak. Entah kenapa dia rasa sakit hati sangat.
"Dah ada kawan baru. Kawan lama terus dilupakan. Sampai hati you, Sofia! "Rayyan menjerit.
*****
Farid dan Sofia menikmati makan malam di restoran makanan segera Texas. Sofia memilih set Mexicana Burger, manakala Farid memilih set ayam.
Burgernya digigit. Wahh nikmat! Sebelum Sofia mengigit burgernya, di sempat mencurah sos di atasnya. Disebabkan burgernya terlalu besar untuknya, apabila dia mengigit ada kesan sos tercalit di tepi pipinya.
Farid tersenyum melihat Sofia. Sofia tersedar dirinya diperhatikan.
"What? "Soal Sofia.
Farid sekadar senyum. Tangannya terus mencapai tisu.
"You ni macam budak keciklah. "Farid mengelap tepi bibir Sofia.
Sofia tersentak.
"Eh. It's okay! I boleh buat sendiri. "Segera Sofia mencapai tisu dan mengelap mulutnya.
"Maaf. "Farid sedar yang Sofia bukan boleh disentuh sebarangan.
Telefon bimbit Sofia berbunyi. Segera dia meraba beg tangannya untuk mencapai telefon bimbitnya. Tertera nama Rayyan. Sofia mengeluh. Terus saja dia silent moodkan telefonnya sebelum dimasukkan semula ke dalam begnya.
"Why you didn't pick up the phone? "Soal Farid.
"I don't want. I just want to enjoy my dinner. "Dalih Sofia.
"Yeahh enjoy your time with me much interesting, right? "Kening Farid diangkat.
"Perasanlah you ni. "Sofia tergelak kecil.
Sofia bersyukur kerana ditemukan dengan Farid yang merupakan kawan sejak sekolah. Farid dan Sofia ditemukan semula di UM dalam program persediaan pelajar sebelum ke Jepun.
P/s:hello guys! Kali ini giliran Sofia pula. Amacam best tak kali ni? Sofia dengan Farid ke? Rayyan dah start jeles ke? Haa.. Ha.. Sakit hati ke semua? Huhuhu
![](https://img.wattpad.com/cover/51326589-288-k999672.jpg)
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...