Natalia Adawiyah menunggu dua sahabatnya yang masih belum tiba. Telefon bimbitnya berkali kali di scrollnya. Atas bawah, bawah atas. Kalau telefon tu boleh cakap, dah disuruh dah si Natalia Adawiyah ni berhenti. Suasana restoran makanan segera itu agak lengang mungkin sebab baru pukul 11 pagi. Hari ahad, kebanyakkannya masih diulit mimpi. Jarang orang bangun awal awal. Jarang ye bukan tak ada langsung. Jarang.
Natalia Adawiyah mengalih pandangan ke arah seorang ibu muda yang sedang sibuk melayan kerenah anak kecilnya. Ayu sungguh ibu muda itu. Tampil ringkas tetapi cukup bergaya. Kalau dia bukan dengan anak kecil pasti orang fikir dia ini masih anak dara. Si anak kecil menangis meminta ais krim, manakala si ibu muda itu cuba memujuk. Selang beberapa saat, si ayah tiba dengan sedulang sarapan. Anak kecil itu bersorak riang. Anak kecil mana yang tak seronok bila melihat ais krim. Pasangan suami isteri itu sesekali menyuap satu sama lain. Alahai.. So sweet.. Natalia Adawiyah yang melihatnya mula timbul rasa cemburu. Alangkah seronoknya suatu hari nanti dia akan bersama Danial Akmal begitu. Melayan kerenah anak mereka bersama. Eh? Nat.. Berangan pula kau ni.
"Bahh" Hannah menerjah daripada belakang.
Natalia yang agak terkejut, terangkat tangannya. Suaranya menjerit sedikit kedengaran. Jeritan itu menarik perhatian suami isteri tadi. Mujur tak ramai orang. Uish.. Malunya.
"Kau ni Hannah. Jangan lah macam ni. Mujur tak ada sakit jantung." Natalia Adawiyah mengurut dadanya.
Hannah hanya menayangkan giginya sebelum mengambil tempat di hadapan Natalia Adawiyah. Sofia yang dari tadi bersama Hannah mengambil tempat disebelah Hannah."Eh.. Kenapa tak beli apa- apa lagi?" Soal Hannah pabila menyedari meja itu masih kosong.
"Sebab aku sedang tunggu koranglah aku tak beli." Natalia Adawiyah mengangkat keningnya.
"Ni yang I malas ni. Hannah, you pergi beli. Nah duit. I belanja." Sofia menghulur not rm 50 kepada Hannah.
"Aku memang suka bab belanja ni. Huhu. Haa.. Korang nak makan apa?" Hannah mengambil not rm 50 itu. Dia melihat lihat duit itu.
"Set B." Natalia berkata setelah dia melihat menu yang terpampang di kaunter yang jaraknya tidak jauh daripada tempat duduknya.
"Okey.. Kau, Piya?"
"Macam biasalah." Sofia memang jenis yang kalau itu itu je lah. Jarang dia akan menukar.
"Set!" Terus Hannah bangkit menuju ke kaunter. Hannah yang berpakaian ringkas berkemeja T berwatna hitam dan berseluar jeans membuat pesanan. Gayanya tak jaub seperti lelaki. Mujur rambutnya panjang. Kalau berambut pendek pasti ada yang menyangka dia lelaki.
"So...." Sofia mula bersuara.
"So?? So apa?" Natalia Adawiyah tidak memahami apa yang dimaksudkannya.
"Aigoo. You dengan Rayyan lah." Sofia menepuk dahinya.
"Rayyan? Kenapa dengan Rayyan?" Pelik.
"Eh.. Tak. I maksudkan tu si Danny." Sofia menyedari kesilapannya.
"Macam tu lah. Aku dengan Danny. So far okey jelah." Tiada komen yang dia boleh beri. Nak kupas macam mana kalau tak ada.
"You still nak kan Danny ke?" Soal Sofia
"Kau ni soalan apakah. Mestilah aku nak." Natalia Adawiyah berkerut.
"You taknak bagi Rayyan peluang ke?" Tu dia!
"Peluang apa?" Soal Natalia Adaeiyah yang lurus.
Sofia menepuk dahinya. Aduhai!
"Rayyankan suka you. Obviously kot. Tapi you aje nak kan Danny. Langsung tak bagi chance kepada Rayyan." Lebar Sofia berkata. Anak matanya melihat ke atas setelah dia akhir bicara.
Natalia Adawiyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung apa yang mahu dijawabnya. Sofia setia menanti jawapan daripada sahabatnya itu.
"Sofia. Kau pun tahukan aku suka Danny..." keluhan Natalia Adawiyah kedengaran.
"Yes! I knew! Tapi Rayyan pun suka you. Its same like you fall in love with Danny." Sofia memotong bicara Natalia Adawiyah. Tangannya terus memegang tangan sahabatnya.
"Its not same, Sofia." Natalia Adawiyah melepaskan genggaman sahabatnya. Matanya di leparkan ke kanannya seketika sebelum kembali menatap sahabatnya.
"Its hard to me to say it. Tapi apa pun bagi aku its still not same. Susah aku nak terangkan. Hati aku cuma untuk Danny. Aku akan tunggu dia. Dia. Saja." Ada suara penekanan dihujungnya.
"Buat apa you tunggu Danny. Rayyan depan mata you ikhlas cintakan you. You knew how hard is it bila orang tak bagi peluang untuk kita. Same like Rayyan..."
"And same like you!" Natalia Adawiyah membulatkan matanya.
Sofia agak terkejut dengan ayat Natalia Adawiyah. Tetapi dia susah untuk menghadam apa yang dimaksudkan Natalia.
"Come on Sofia. I know you love Rayyan. But I still can't understand why you let him like that." Intonasi Natalia Adawiyah berubah menjadi lembut. Tangannya menarik semula tangan sahabatnya. Kali ini giliran dia mengenggam tangan sahabatnya.
Sofia masih terdiam kaku. Tiada bicara yang mampu diungkapkan saat ini. Rasa terkejut. Air liur yang ditelannya terasa kelat saat ini.
Hannah datang dengan dulang yang penuh terisi dengan makanan. Dulang itu diletakkan di meja itu.
"Taaaddaaaa!! Dah sampai." Kata Hannah.
Sofia terus menarik tangannya semula. Natalia Adawiyah terus memandang ke arah Hannah sebelum memandang ke arah dulang tadi.
"Kauorang ni dah kenapa?" Soal Hannah yang masih belum duduk.
"Kenapa?? Kenapa apanya?" Soal Natalia Adawiyah semula. Kalau boleh dia tak nak cakap apa yang dibincangnya tadi.
Begitu juga dengan Sofia. Sofia masih terkejut dengan kata - kata Natalia Adawiyah sebentar tadi.
"Yelah. Biasa kalau aku sampai bawa makanan korang happy macam tak makan setahun. Ni diam je. Aku risau je korang demam. Dahlah aku nak ambil sos." Kata Sofia sebelum berlalu pergi.
"Ambil straw sekali!" Sempat Natalia Adawiyah memesan kepada Hannah.
Hannah yang tidak memandang ke arah Natalia Adawiyah hanya membuat tanda "ok" menggunakan jarinya.
P/s: hollla readers!! Baru sedar dah dua bulan setengah tak update bab baru. Maaf sangat. Asyik tak sempat tulis je. Sampai berkepam dalam draft tu. Huhu. 😁Terima kasih yang setia menunggu. Terima kasih juga kepada The Story Brain , okeyy akak tak tau nama kamu dik. Hehe.. terima kasih sbb sudi pm akak. Hahaha. Sesiapa bolehlah ke profil TheStoryBrain baca karya dia. Karya dia sangat menarik. Huhu.. eh terpromot pula. Haha..
bye readers, see you next time. Kalau ada sebarang cadangan. Boleh tinggalkan komen anda di bawah. 😘

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...