Rayyan dan Sofia melangkah masuk ke sebuah pusat beli belah yang terkemuka di Kuala Lumpur.
"Sofia, I rasa kita pergi ke Café itu dulu. Boleh kita borak – borak di situ."
"I tak kisah. I okey aje."
Rayyan dan Sofia bersama – sama melangkah ke sebuah café yang dimaksudkan oleh Rayyan. Seorang pelayan mengambil order. Setelah dapatkan order dari mereka, dia pun berlalu pergi.
"apa tujuan you ajak I ke mari?"
"I nak cerita pun segan. Tapi I yakin, you seorang yang dapat tolong i. I percayakan you sangat – sangat." Satu keluhan keluar dari Rayyan.
"wow. Bunyi macam agak serius." Seloroh Sofia.
"memang serius!" mata Rayyan membulat.
Ai, mamat ni. Serius betul. Sampai aku bergurau aje, dia serius begitu rupa. Getus hati Sofia.
"okey, tell me now. What is that?"
Lagi sekali keluhan Rayyan kedengaran.
"I sebenarnya...I .... i....." gagap pula si Rayyan ni.
Kalau dari tadi asyik sebut I saja sampai esok pun tak habis.
" cakap ajelah. I akan dengar." Sofia cuba meyakinkan Rayyan
"I suka Natalia!" fuh! Lega.
Praanngggg!!! Pecah berderai hati ku. Dunia gelap seketika. Orang yang aku suka rupanya suka kawan baikku. Ia bagai sebuah pengakhiran untukku.
"Sofia." Panggilan Rayyan tidak disambut.
"sofia!" kali ini suara Rayyan sedikit tinggi.
"ye?" Sofia dalam kebingungan.
"are you alright?"
"yes I am."
"so, I harap sangat you boleh dekatkan I dan Natalia. I hanya mampu bergantung pada you seorang."
"I akan cuba usahakan. You can count on me."
Count on me?! Kau sudah gila ke Sofia. Kau cuba tolong crush kau dekat dengan pujaan hatinya. Patut kau ambil peluang untuk rapat dengan dia.
"thank you so much, my dear!" Rayyan menghela nafas lega.
Tidak mengapalah, kalau itu menjadi kebahagiaan Rayyan aku terima. Biar pun aku yang sakit, janji dia senyum gembira.
Fuh! Hati dia sedang berperang hebat.
******
Bahagianya rasa apabila dapat keluar dengan Encik Crush. Itulah perasaan yang dialami oleh Natalia Adawiyah saat ini. Diana mengajaknya untuk menonton wayang, tak disangka Danial Akmal turut sertai. Kata Diana, dia yang memaksa Danial ikut kerana Diana malas memandu.
Danial walaupun umur baru 17 tahun, dia sudah ada lessen kereta sendiri. Untung lahir bulan satu, boleh dapatkan lesen memandu awal. Tak kiralah apa alasan yang membawa Danial ke sini hari ini, janji hati Natalia Adawiyah sudah berbunga – bunga.
"korang pergi beli tiket dulu boleh? Akak nak ke tandas dulu."
"kalau macam itu, biar kami tunggu kak Dee ajelah." Kata Natalia.
"eh, tak perlu. Lagi berapa langkah aje nak dekat dengan pawagam. Dah, akak pergi dulu." Diana terus berlalu pergi.
Perjalanan Danial Akmal dan Natalia Adawiyah ke pawagam agak sunyi. Tiada perbualan antara mereka. Danial melangkah laju ke escalator, Natalia di belakang terus cepat – cepat untuk setia disisi Danial.
"awak, kita nak tengok cerita apa nanti?"
"entah." Lagi sekali perbualan mereka terhenti begitu sahaja. Disambut dengan bunyi cengkerik sebagai muzik latar.
Alahai. Susahnya nak suruh dia ni buka mulut, berborak dengan aku! Ini bukan setakat mati kutu, otak mati pun boleh berlaku. Getus Natalia Adawiyah.
Danial Akmal dan Natalia Adawiyah tiba di hadapan panggung wayang. Panggung wayang tidak begitu ramai orang, mungkin sebab hari ini hari selasa. Ramai yang sedang bekerja, dan meskipun hari ini cuti bagi pelajar sekolah tetapi tidaklah terlalu ramai. Jam baru menunjukkan 10.30 pagi. Kemungkinan ramai pelajar sekolah mengambil keputusan untuk bangun lewat.
"awak, kita tengok cerita itu nak? Pukul 11 waktu tayangannya. Jadi tak perlu kita tunggu lama – lama."
"taknak. Saya tak minat cerita melayu. Saya nak pilih cerita itu." Danial Akmal menunjuk ke arah satu poster di hadapannya.
ish orang tengoklah cerita melayu. Sokonglah industri perfileman tanah air. Ini tak, nak sangat tengok cerita mat salleh. Cerita aksi pula tu. Tak boleh ke pilih cerita yang romantic sikit.
"awak nak ke tak nak ni?" soal Danial Akmal.
"boleh tapi waktu tayangannya pukul 2. Tak nak pilih cerita yang awal sikit ke?"
"sekurang – kurangnya bolehlah solat dulu sebelum masuk. Boleh solat di awal waktu. Solat diawal waktukan lebih afdal. Nak ke tidak?"
Alahai. Dah macam ustaz pula. Tak apalah, bakal imam saya juga. Hehehe.
"saya tanya, nak ke tidak. Bukan suruh awak sengeh seorang diri macam tu." Danial mula pelik dengan perangai Natalia.
Minah ni, aku suruh pilih dia pergi senyum seorang diri ini kenapa. Kena sampuk ke? Aduhai.
"saya okey aje."
"okey saya pergi beli."
"nak ikut.." Natalia Adawiyah merengek manja.
"tak payah. Berdiri aje sini." Danial Akmal terus meninggalkan Natalia Adawiyah.
Natalia Adawiyah sudah muncung sedepa.
Nada dering daripada telefon bimbit Natalia Adawiyah kedengaran. Natalia Adawiyah mencapai Samsung Notenya. Tertera nama Diana di skrin telefonnya.
"Hello, Kak Dee kat mana." Natalia terus memulakan soalan tanpa menunggu Diana bersuara.
"Kak Dee di tingkat bawah. Kak Dee tiba – tiba teringin nak makan ais krim tu yang Kak Dee pergi ke Baskin Robin. Lia nanti ajak Danny ke sini ye. Ke Lia nak kak Dee pilihkan perisa untuk Lia?"
"Lia tak rasa nak makan ais krim tapi Kak Dee boleh tak belikan Coffe Ice di situ."
"okey, tiada masalah. Tiket dah beli?"
"sedang beli. Danny sedang beli. Dia di depan kaunter."
"pukul berapa?"
"pukul 2."
"pukul 2? Lama lagi." Diana sudah membelek jam di tangannya.
"Dannylah yang nak sangat tengok cerita tu. Lia ikutkan aje."
"cerita apa yang Danny pilih?"
"cerita dari Hollywood. Cerita aksi. Tajuknya apa entah lupa pula."
"aksi??! Tak sweet lah Danny ni."
"kan.. Lia dah cakap dah tapi tahu – tahu ajelah perangai Danny tu, suka buat ikut dia aje."
"haha. Okeylah Lia, Kak Dee tunggu korang nanti boleh pergi shopping sama – sama."
"shopping? Oke Kak Dee. Okeylah Danny dah siap beli tiket tu."
Natalia kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.
"awak Kak Dee di Baskin Robin."
Seperti biasa, tiada jawapan dari Danial Akmal. Danial Akmal hanya melangkah ke hadapan.
Payahnya dengan mamat ni. Ada emas mungkin di dalam mulut dia.
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...