Bab 1

27.4K 342 7
                                    

*flashback*

Balqis mendapat tahu yang kawan karib dia, Zalika menangis. Dia berumur dua belas tahun. Balqis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Lingkup. Hari ini sekolah Balqis mengadakan hari keluarga khas untuk murid darjah 6. Ketika itu, Zalika sedang bercinta dengan Haziq. Mereka bertiga sebaya. Sepanjang Zalika bercinta dengan Haziq, Balqis lah yang menjadi peneman Zalika jika dia mahu berjumpa kekasih hatinya itu. Dia risau juga apabila tahu semasa hari keluarga ini dia menangis.

"Ika. Kenapa kau nangis?"

Zalika hanya memandang Balqis dengan matanya yang berair.

Balqis pandang Syafiqah yang berada di sebelah Zalika. Dia angkat kening kepada Syafiqah. Syafiqah bisik kepada Balqis.

"Dia dah putus dengan Haziq."

Balqis terkejut. Balqis mencari kelibat Haziq dan dia lihat Haziq sedang duduk dengan muka yang kusut. Dia asyik memandang Zalika. Tapi Balqis tidak berbuat apa-apa kerana dia pun tak tahu nak buat apa. Dia hanya memandang Zalika yang menangis dan menenangkannya sehingga dia berhenti menangis.

Haziq.. Sebab dia juga lah Balqis menangis..

*end flashback*

"Woi! Kau mengelamun apa tu?" tegur, Farisya.

"Ish, terkejut la aku. Aduh kau ni." Balqis mencebikkan bibir.

"Ala, rileks la Qis. Aku main-main ajelah. Sorry eh. Em kau tak makan ke?"

"Em tak. Takde selera la." Farisya hanya mengangguk.

Oh, lupa nak kenalkan karakter utama.

Nama penuh Balqis, Nur Syahirah Balqis. Dia berumur empat belas tahun. Balqis dilahirkan di Negeri Sembilan. Nama ayah Balqis, Encik Ridhuan. Nama mama Balqis pula, Puan Julia. Balqis anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Abang sulung Balqis bernama Zakwan Hariz dan abang Balqis yang kedua bernama Aryan Asyraf. Adik bongsu Balqis pula, Amelia Liyana. Okay, cukuplah tu. Nanti korang orang bosan pula baca sejarah keluarga Balqis ni. Jom teruskan.

Balqis dan Farisya sama-sama budak baru. Dia berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kepayang kerana mama Balqis begitu sibuk dan sekolah lama dia begitu jauh sehingga mamanya terpaksa berulang-alik sehingga lewat sampai ke tempat kerja. Mama Balqis bekerja sebagai seorang guru. Sekolah tempatnya mengajar hanya bersebelahan dengan sekolah Balqis. Farisya masuk ke sekolah ini lebih awal daripada Balqis. Mereka menjadi kawan baik kerana masing-masing tak kenal orang masa itu.

Mereka sekarang di tingkatan dua.

Loceng berbunyi menandakan masa rehat sudah habis. Balqis menyuruh Farisya untuk masuk ke kelas dahulu kerana dia hendak ke tandas. Semasa Balqis berjalan ke tandas, dia terlanggar seseorang.

"Aduh!" Balqis jatuh terduduk.

"Eh sorry sorry. Saya tak sengaja." Kata orang itu. Okey, dia lelaki.

"Eh tak mengapa saya yang...." Balqis mengangkat muka. Dia terkedu.

Haziq!

"Eh?!" Bukan main terkejut muka dia.

"Balqis kan? Nur Syahirah Balqis?" Dia bertanya.

Wah, dia siap menyebut nama penuh Balqis. Balqis hanya tersenyum sipu dan mengangguk.

"Hai." Dia bersuara.

"Wow, dah lama tak jumpa." Haziq tersenyum manis.

Hensem!

Balqis tersenyum. "Yeah. Nice to meet you again Mohd Syafiq Haziq." Balqis sengaja mengusiknya.

Haziq ketawa kecil.

"By the way, when did you transfer here?" Haziq tanya Balqis dalam Bahasa Inggeris. Nak uji dia ke apa ni? Dulu dia dan Haziq pun rajin berbahasa inggeris jika berbual.

"Yesterday."

Haziq mengangguk.

"So.. kau kelas apa?" tanya Haziq.

"2D. Kau?"

"2B. Eh, okaylah aku kena masuk kelas ni. Nanti kita borak lagi okay? Bye." Haziq senyum dan berlalu pergi.

Balqis hanya memandang Haziq melangkah pergi. Balqis gigit bibir.

Makin segak Balqis tengok Haziq.

*****

Jemputlah baca fanfic kedua aku, Him That I Wanted.


Harap korang boleh support fanfic ni. Aku taklah pandai buat ayat lawak macam novelawawa dan cerita aku tak la sehebat dia.

Tapi aku harap sngt korang sudi baca okay 💕

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now