Bab 51

2.1K 69 3
                                    

[Media]
Balqis

*****

"Sorry pasal mama dengan ayah aku tadi. Tak tahu kenapa dia orang mesra semacam hari ni." Balqis melabuhkan punggung disebelah Aidil yang sedang duduk di pondok kecil di belakang rumahnya.

"Tak mengapa. Lagipun sweet la." Puji Aidil sambil tersenyum. Kadangkala dia ketawa kecil apabila teringat telatah Encik Ridhuan dan Puan Julia tadi.

"Oh ya. Tadi kau kata nak bagitahu sesuatu. Apa dia?" soal Balqis selepas beberapa minit suasana senyap tanpa sepatah kata.

Aidil mendiamkan diri sebelum dia bangun. Dia memandang langit yang agak mendung menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja.

"Benda ni tak adalah penting sangat tapi aku rasa aku kena juga bagitahu kau." Aidil menoleh dan berhadapan dengan Balqis.

"Wait. Kau ni serius sangat kenapa?" Seram pula Balqis melihat muka serius Aidil.

"Sebelum tu aku nak tanya kau. Kenapa kau dengan Haziq break up?" Aidil memandang wajah Balqis yang sedikit terkejut mendengar soalannya.

"Sebab ibu dia tak restu. Kenapa?" Tanya Balqis lagi.

"Apa la budak ni. Benda senang pun susah nak bagitahu. Nasib reason boleh diterima." Aidil mengumam perlahan.

Makin hairan Balqis dengan tingkah Aidil. Apa yang dia nak cakap sebenarnya ni?

"Aku harap lepas kau dengar cerita aku ni, kau jangan salahkan sesiapa sebab benda ni dah lama. So aku tak nak dengar kau berubah tiba-tiba. Janji?" Aidil membuat pinky promise dengan Balqis.

"Kau ni pelik la. Okay, aku janji." Jawab Balqis geram. Jantungnya berdegup kencang. Pada masa yang sama, dia juga tidak sabar mahu mendengar apa yang bakal diberitahu Aidil nanti.

"Tadi aku pergi jumpa Haziq." Aidil cuba berkias-kias dahulu dengan Balqis.

Balqis mendengus kasar. "Buat apa kau jumpa dia?"

"Aku cuma nak tahu kenapa dia buat kau macam ni. Apa reason dia. Tu semua aku nak tahu." Aidil bangun dan duduk di sebelah Balqis. Lenguh pula kakinya lama sangat bercangkung.

"Okay sambung la cerita kau." Balqis memberi kebenaran untuk Aidil menyambung cerita walaupun dia geram dengan tindakan Aidil untuk berjumpa dengan Haziq.

"Macam ni cerita dia..." Aidil memulakan cerita.

*flashback di padang sekolah*

"Sebenarnya reason aku break up dengan Balqis dulu bukan sebab ibu aku. Ada sebab lain. Dia orang tak ada kena mengena." Haziq masih lagi tunduk memandang tanah. Suaranya bergetar, menahan sebak yang tiba-tiba mencengkam dada.

"Apa sebab lainnya tu?" Aidil memandang Haziq lama.

Haziq mengangkat muka. "Ayah dia. Ayah dia pernah jumpa aku sebelum ni. Dekat family store. Masa tu aku nak beli barang sebab ibu aku nak masak."

Cerita Aidil terhenti kerana Balqis memotong percakapannya.

"Hah? Bila weh?" Balqis kelihatan sangat terkejut mendengar cerita itu.

"Kejap la. Bagi aku cerita dulu sampai habis boleh tak?" Geram pula Aidil apabila Balqis memotong ceritanya tanpa menunggu sehingga habis.

"Yelah. You may proceed." Balas Balqis malas.

"Okay lepas tu.."

*sambung flashback*

"Hah? Bila tu?" Aidil juga terkejut mendengarnya.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now