[Media]
Balqis*****
Aidil sedang membaca buku novel milik ibunya. Khusyuk betul dia. Aidil memang minat membaca novel yang berunsurkan cinta orang dewasa ni.
Dulu dia tidak berapa minat tetapi entah apa yang dapat menariknya untuk cuba membaca novel setebal itu. Lama lama dia sudah ketagih.
Bunyi ketukan di pintu menganggu tumpuan Aidil.
"Masuk."
"Aidil, jom makan. Mama dah siap masak." Pelawa Datin Marlina.
"Erm.. Mama makanlah dulu. Dil nak baca satu bab aje lagi ni." Jawab Aidil. Dia langsung tidak memandang Datin Marlina yang berdiri di muka pintu. Fokus benar dia.
"Jangan nak mengada-ngada. Awak tu dahlah gastrik. Kena makan ikut masa. Nanti sakit perut, pengsan siapa yang risau? Mama juga." Datin Marlina menarik novel yang dipegang Aidil.
"Ala mama.. Sekejap aje. Lagi satu bab aje. Please..." Rayu Aidil.
"No and never. Makan dulu then baru sambung baca. Mentang-mentang baru habis PMR, suruh makan pun tak nak." Bebel Datin Marlina. Aidil ni makan memang kena paksa dulu. Kalau tidak dia tak akan makan selagi gastriknya tidak menyerang.
"Hm yelah yelah." Aidil bangun dengan malas. Dia dan Datin Marlina berjalan beriringan ke tingkat bawah untuk menjamu selera bersama.
"Mama, lepas ni Dil tak datang sekolah dah tau. Bukan buat apa pun." Aidil menyuap nasi ke mulutnya. Lauk asam pedas ikan pari membuka seleranya.
Datin Marlina hanya mengangguk. Dia tidak kisah kerana peperiksaan PMR sudah tamat.
Dato Ismail tidak pulang makan tengahari bersama Aidil dan Datin Marlina kerana ayahnya ada meeting bersama client yang juga bergelar Dato. Biasalah, CEO Starlight Holding. 24 jam sibuk.
"Mama, nak nasi lagi." Adik lelaki Aidil, Airil menghulurkan pinggannya yang sudah licin.
"Eee budak kecik ni. Jangan makan banyak-banyak nanti lagi gendut kau." Usik Aidil.
"Sibuklah abang ni. Mama masak sedap sangat. Tahulah abang keding, tak bam bam macam adik." Airil mencebikkan mulutnya.
"Sebab abang kedinglah abang bangga." Aidil masih tidak mengalah.
"Hei dah dah lah tu. Tak elok bergaduh depan rezeki. Aidil, cepat makan." Datin Marlina menghulurkan pinggan yang sudah diisi nasi kepada Airil. Suka hatinya melihat anak-anaknya makan bertambah dan memuji masakannya.
Selepas makan, Aidil membantu Datin Marlina membasuh pinggan manakala Datin Marlina mengelap pinggan dan menyusun di rak.
Aidil meminta diri untuk naik ke biliknya. Dia ingin menunaikan solat zohor.
"Aidil, jom solat berjemaah." Datin Marlina yang sudah siap bertelekung menjengulkan kepalanya di sebalik pintu.
"Okay. Baik ma." Aidil membuntuti langkah Datin Marlina ke bilik solat. Diikuti Airil.
Alhamdulillah, walaupun mereka berasal dari keluarga yang kaya, mereka tidak pernah meninggalkan solat. Aidil bersyukur kerana dia lahir di keluarga ini.
--------------------
Selepas semua persiapan disiapkan, semua murid diarah untuk menukar pakaian. Mereka semua memakai baju yang disediakan oleh Bro Zarul dan fesi yang lain.
Mereka berkumpul di surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Selepas itu, mereka disuruh kembali ke dorm masing-masing dan menunggu arahan seterusnya.
"Ajiq." Balqis menggamit Haziq untuk datang ke arahnya. Haziq melangkah ke arah Balqis dengan muka masamnya.
"Nah charger. Thanks." Balqis menghulurkan pengecas telefon itu kepada Haziq. Haziq mengambil pengecas itu tanpa sepatah kata dan terus berlalu.
Balqis terpinga-pinga. La takkan marah lagi.
Ah lantaklah! Malas nak pujuk. Dia bukan aku punya lagi. Huh!
--------------------
"Abang, ajar adik English." Airil menghampiri Aidil yang sedang membaca novel di atas katil.
Aidil mengeluh. Kacaulah dia ni.
"Kena buat latihan ke atau nak abang ajar speaking?" Aidil bangkit dari pembaringannya dan meletakkan novelnya di rak buku semula.
"Latihan." Airil menghulur buku aktiviti Bahasa Inggeris.
Satu persatu Aidil mengajar Airil sehingga adiknya itu faham.
"Are you understand?" tanya Aidil.
"Yes. Thank you." Balas Airil pula.
Aidil mengusap kepala adiknya. Bijak.
Aidil mencapai semula novel yang dibaca tadi dan menyambung semula bacaannya yang tergendala tadi.
Tiba-tiba dia teringat tentang mimpinya tempoh hari.
--------------------
Semua murid tingkatan lima dan tingkatan tiga berkumpul di dewan untuk majlis penutupan kem itu. Pastilah semuanya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan fesi-fesi yang baik hati dan penyayang ini. Apalagi Bro Zarul. Walaupun tegas, tetapi dia baik juga.
Selepas selesai ucapan daripada pengetua sekolah Balqis, kini tiba giliran Bro Zarul untuk berucap sepatah dua kata.
"Ehem. Okay semua. Erm, seronok dapat happy-happy kat sini?" tanya Bro Zarul.
"Seronok Bro." Sahut semua murid.
"Saya tak nak cakap banyak sebab saya memang tak suka presentation masa universiti dulu. Saya nak kamu sebut peraturan-peraturan yang saya sebut setiap kali kita buat aktiviti."
"Pertama, jangan main handphone. Kedua, seorang buat semua kena. Ketiga, jangan ponteng solat. Akhir sekali, jaga batas antara lelaki dan perempuan." Mereka sebut satu persatu.
"Okay thanks guys. Abang nak ucap good luck pada form five yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan form three jangan gembira sangat. Form four nanti bukan masa untuk kamu ber-honeymoon okay? Assalamualaikum." Bro Zarul terus turun dari pentas. Matanya merah. La takkan nak nangis kut?
Selepas penyampaian cenderahati kepada Bro Zarul dan fesi yang lain, maka tamatlah kem tersebut. Sedih betul lah macam ni.
Beg pakaian sudah mereka masukkan ke dalam perut bas. Sebelum mereka masuk ke dalam bas, mereka bersalam salaman dengan fesi-fesi sambil mengucapkan terima kasih.
Balqis awal-awal lagi sudah terlena. Penat sungguh.
Pada pukul enam setengah petang, bas sudah selamat sampai dihadapan sekolah.
Balqis tercari-cari kereta ibunya. Apabila dia ternampak kereta myvi milik ibunya, dia terus melangkah ke arah kereta itu. Puan Julia keluar dari kereta dan membantu Balqis memasukkan barangnya ke dalam bonet kereta.
"Macam mana kem? Apa yang Qis dapat masa pergi kem tu?" tanya Puan Julia. Keretanya bergerak meninggalkan kawasan sekolah.
"Okay aje. Qis belajar tentang kerjasama antara kumpulan, belajar untuk membiasakan diri dengan peraturan. Erm, macam-macamlah." Jawab Balqis.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Balqis bercerita tentang segala yang seronok sepanjang dia menyertai kem itu. Puan Julia hanya melayan celoteh anaknya.
Balqis masuk ke dalam biliknya. Dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat asar.
Dia mendengar lagu dari mp3 miliknya dan terus melelapkan mata. Penat tak terkata.
![](https://img.wattpad.com/cover/55968578-288-k528144.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...