"Aidil Redzuan bin Ismail?" Cikgu Salmah menegur anak muridnya yang asyik mengelamun.
Aidil tersentak. Dia memandang Cikgu Salmah.
"Ya cikgu?" Aidil blur.
"Kamu kenapa ni? Dari mula kelas saya sampai sekarang awak asyik mengelamun aje." Bebel Cikgu Salmah.
Aidil terus bangun dari tempat duduknya dan meminta maaf.
"Tidak mengapa. Duduk." Arah Cikgu Salmah.
Aidil menarik nafas lega. Nasib baik Cikgu Salmah tidak mendenda dia.
Safuan yang duduk disebelah menyiku sikunya. Aidil menaikkan kening.
"Kau fikir apa?" Safuan berbisik.
Aidil tidak menjawab. Safuan hanya menggeleng perlahan. Dah masak dengan sikap Aidil yang suka berahsia walaupun mereka kawan baik.
--------------------
"Qis. Kau termenung apa?" Faiz menegur Balqis yang sedang asyik termenung.
"Macam nak tembus meja tu kau tenung." Sambung Faiz. Balqis tergelak kecil.
"Tak ada apa pun lah. Lagi tiga hari kita nak pergi kem ni. hm." Balqis mengeluh.
"Laa jadi apa masalahnya?" tanya Faiz lagi.
"Ajiq kan ikut sekali. Aku takut aku tak dapat kawal diri lah. I mean, you know.. Aku selalu lupa yang Haziq tu bukan aku punya lagi."
"Heh Ajiq pun kadang-kadang lupa kau bukan dia punya lagi." Bisik Faiz sendiri.
"Hah? Apa kau cakap? Aku tak dengar." Balqis bertanya.
"Eh tak ada apa-apa." Jawab Faiz pantas.
Balqis mengeluh lagi.
"Ala kau rileks ajelah. Lagipun dah ramai tahu kau dengan Haziq dah couple cuma tak ramai yang tahu kau orang dah break. So, kalau kau orang nak berkepit pun orang tak kisah lah." Jelas Faiz panjang lebar.
Faiz tidak kekok untuk berbual dengan Balqis. Lagipun, girlfriendnya tidak kisah jika dia berdua-duaan dengan Balqis kerana Erine percayakan sahabatnya itu.
"Betul juga." Balqis menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tersengih-sengih dia.
"Dah. Rileks okay. Kalau ada apa-apa, aku ada." Pujuk Faiz lembut.
Balqis tersenyum manis. "Thanks Iz." Balas Balqis ringkas.
Faiz membalas senyumannya. Dia menaikkan jari ibunya.
"Kecil punya hal." Jawabnya ringkas.
--------------------
Cikgu Fatimah, guru geografi kelas Balqis masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran. Walaupun peperiksaan PMR sudah tamat, guru-guru tingkatan tiga masih perlu masuk ke dalam kelas walaupun tidak mengajar.
"Okay. Kamu semua buat kerja sendiri." Arah Cikgu Fatimah.
"Baik cikgu." Sahut murid kelas 3B.
Faiz, Balqis, Farisya dan Aina sudah duduk satu meja. Mereka sibuk bermain kad Happy Family.
Pelbagai reaksi muka masing-masing apabila dapat kad yang diminta.
"Sorry not at home." Balas Balqis. Muahahaha padan muka Farisya.
"Ala.." Farisya membuat muka masam. Stress betul kalau tak dapat kad yang diminta.
"Jom main lainlah. Bosan." Faiz sudah meletak baki kadnya di atas meja. Terpampang kad yang dia dapat.

YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...