Bab 19

2.7K 71 0
                                    

Selepas menunaikan solat, Haziq terus keluar. Balqis tidak kelihatan. Dia mengambil keputusan untuk menunggu Balqis. Dia duduk di sebuah bangku panjang berdekatan dan mengeluarkan Iphone miliknya. Sengaja mahu melihat jika ada mesej dari sesiapa.

Beberapa minit kemudian, Balqis keluar dengan terkocoh-kocoh. Dia mencari kelibat Haziq. Dia melangkah ke arah Haziq yang sedang sibuk membelek Iphonenya.

Balqis mendapat satu idea. Dia menyorok di tiang belakang Haziq. Perlahan-lahan dia mencuit bahu Haziq dan menyorok semula di sebalik tiang.

Haziq yang terasa bahunya dicuit memandang. Tiada sesiapa. Dia kembali membelek Iphonenya.

Balqis mencuba untuk kali kedua tetapi Haziq buat tidak tahu. Dia mencuba lagi.

Tiba-tiba Haziq memegang tangannya erat. Pantas Haziq menarik tangan dan lengan Balqis sehingga Balqis terduduk di pangkuan Haziq. Haziq tersenyum nakal. Dia menaik-naikkan keningnya.

"Ingat aku tak tahu yang tu kau?" Haziq ketawa melihat muka Balqis yang merah.

Comel!

"Err.. Sorry." Balqis menarik tangannya dari pegangan Haziq dan bangun dari pangkuan Haziq. Malunya!

"Okay, jom pergi wad Haikal balik." Haziq membuat muka selamba dan terus berlalu.

Balqis termanggu di situ. Dia menutup mukanya yang membahang.

"Malunya!"

--------------------

Di dalam kereta, mulut Balqis rancak berbual dengan Puan Julia. Puan Julia hanya melayan sahaja. Kang tak layan merajuk pula anak perempuan ketiga ni.

"Mama jomlah makan dulu. Qis lapar la." Balqis mengusap perutnya yang kempis.

Puan Julia terus memandu. Dia berhenti di hadapan restoran makanan korea. Dia tahu sangat yang anaknya memang sukakan semua jenis masakan korea.

Sambil menunggu makanan yang di pesan sampai, Puan Julia dan Balqis berbual dengan ibunya untuk menghilangkan bosan. Air yang dipesan sudah tiba lebih awal dari makanan.

"Mama. Apa pendapat mama tentang Haziq?" tanya Balqis kepada Puan Julia.

"Hurm, bagi mama Haziq tu okay. Setia kawan. Tegas... maybe? Sebab muka dia nampak macam baik tapi tegas."

Tepat betul tekaan mama.

Haziq tu memanglah baik tetapi dia sedikit tegas. Ada ketikanya juga dia akan cepat marah. Janganlah buat hal dengan dia kalau tak nak merasa tumbukan sulung dari Haziq. Pendek cerita, sebenarnya Haziq ni jenis yang cool tetapi panas baran.

Balqis hanya mendiamkan diri. Dia menyedut minumannya. Selepas beberapa minit, makanan yang dipesan sampai. Mereka berdua makan dengan berselera. Lupa terus Balqis pada hal Haziq tadi. Dia fokus menjamu selera dengan ibunya.

--------------------

Malam itu, Balqis menyiapkan kerja sekolah. Haikal masih ditahan di dalam wad. Mesti bosan Haikal takde.

Balqis menutup buku latihannya. Telefon pintar di atas katil di capai. Dia duduk di atas katilnya. Whatsapp daripada Haikal. Pantas Balqis membacanya.

Haikal : Qis. Tidur dah ke?

Balqis : Belum. Kau kenapa tak tidur lagi?

Haikal : Aku tak dapat tidurlah. Bosan. Tak tahu nak buat apa.

Balqis : Hurm, doktor cakap kau mc sampai bila?

Haikal : Esok malam last aku kat sini. Aku cuti dalam 3 minggu kut. Luka ni tak elok lagi. Takut kena infection pula.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now