Bab 52

1.8K 64 1
                                    

Semasa makan malam, Balqis cuba berpura-pura seperti tidak ada apa yang berlaku. Tetapi sungguh dia rasa bersalah dengan Haziq. Apabila dia mendengar cerita daripada Aidil dan kata-kata maaf Haziq itu, dia berasa sakit hati dan bersalah pada masa yang sama.

"Qis dah kenyang." Balqis bangun dan terus membasuh pinggan. Dia mengeluarkan tepung dan beberapa bahan yang lain untuk membuat kek oren.

Aidil memandang Balqis dengan tanda tanya. Encik Ridhuan dan Puan Julia hanya tersenyum memandang puteri mereka. Mereka sudah sedia maklum, jika Balqis mempunyai masalah atau dia hendak bersendirian dia akan membuat kek atau memasak. Itu la caranya supaya dia dapat berfikir dengan lebih logik dengan menggunakan akalnya yang masih waras.

"Pakcik, makcik. Err.. Syirah kenapa eh? Macam pelik aje." Aidil menggaru belakang telinganya. Hairan melihat Balqis yang tiba-tiba diam dan terus membuat kek tanpa sepatah kata. Tapi dia sudah dapat menganggak. Mesti dia sedang fikir tentang cerita dia tadi. Sengaja dia bertanya.

"Itu cara dia kalau tengah stress atau nak berfikir. Aidil duduk lama sikit la nanti boleh rasa kek yang Balqis buat." Pelawa Puan Julia sambil meneruskan suapan nasi ke mulut.

Aidil hanya mengangguk faham. Hm, benda baru yang dia tahu tentang Balqis. Interesting. Sekurang-kurangnya dia tidak membuat kerja gila seperti toreh tangan dengan pisau ke apa.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam. Puan Julia, Encik Ridhuan dan Aidil sedang bersantai di pondok belakang rumah. Tempat Aidil dan Balqis berbincang petang tadi.

"Dah lama Aidil kenal dengan Balqis?" Tanya Encik Ridhuan sambil memberi makan ikan-ikan di kolam.

"Tak lama sangat la pakcik. Hampir setahun juga la." Jawab Aidil tenang. Dia memandang Encik Ridhuan lama. Ayah mana tidak sayangkan anak kan. Mesti ada sebab mengapa Encik Ridhuan menghalang hubungan anak perempuannya dengan lelaki lain.

"Sejujurnya, pakcik ada juga larang anak pakcik keluar dengan lelaki di luar sana. Pakcik tak nak anak pakcik terlalu bersosial, apalagi dengan lelaki. Pakcik tak suka dia menayang muka dia dekat shopping kompleks tu semua. Jarang juga pakcik bagi dia keluar rumah tapi disebabkan dia anak perempuan pertama pakcik, jadi pakcik mengalah aje dengan dia." Jelas Encik Ridhuan panjang lebar. Kadangkala dia terbatuk kecil.

"Buat masa sekarang, pakcik percayakan Haikal aje. Dia seorang lelaki yang berani sebab masa dia nak bawa Balqis keluar dia sanggup jumpa pakcik dengan makcik untuk minta izin." Tambahnya lagi.

Aidil hanya tersenyum mendengar kata-kata Encik Ridhuan mengenai Haikal.

"Macam kamu minta izin pada makcik untuk bawa Balqis keluar hari itu." Puan Julia mencelah. Dia tersenyum manis memandang Aidil.

Aidil tersipu-sipu malu.

"Eh, Lia tak cerita kat abang pun pasal tu?" Ujar Encik Ridhuan sambil melabuhkan punggung disisi isterinya.

"Lia takut abang marah la." Rungut Puan Julia.

"Tak adanya abang nak marah kalau pasal benda tu. Lain la kalau bawa aje anak kita tu ke hulur hilir tanpa izin kita." Encik Ridhuan seakan memerli Haziq walaupun dia tiada di situ. Panas pula telinga Aidil mendengarnya. Dia yakin jika Haziq ada di sini pasti dia sentap.

"Ish, abang ni! Aidil ada kat sini la." Tegur Puan Julia. Lengan suaminya di cubit kuat. Tak pandai jaga mulut!

"Sakitlah sayang oii. Ye ye abang diam." Marah Encik Ridhuan sambil lengannya diusap perlahan. Pedih.

Sebenarnya Encik Ridhuan masih tidak tahu bahawa Puan Julia sudah lama tahu tentang hubungan Balqis dan Haziq. Puan Julia tidak berani hendak memberitahu tentang itu kerana dia tahu perangai suaminya. Suaminya pasti akan mengamuk sakan. Silap-silap rumah ni boleh runtuh dengan amukan dia.

Aidil ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat gelagat pasangan suami isteri di depan mata.

"Mama, ayah! Mari masuk. Kek dah siap!" Laung Balqis dari dalam rumah.

"Ha tu Balqis dah panggil. Jom masuk Aidil." Pelawa Puan Julia. Dia menarik lengan suaminya untuk bangun.

Aidil terus bangun dan membuntuti langkah Encik Ridhuan dan Puan Julia masuk ke dalam rumah.

"Wahh, kek oren! Favourite Iwan ni Syirah." Kata Aidil teruja apabila dia sampai di meja makan.

"Oh ye ke? Favourite kek Balqis ni moist chocolate tapi entah kenapa hari ni dia buat kek oren. Ada jodoh ke ni?" Usik Puan Julia.

"Ish, mama ni. Sengaja aje Qis buat kek oren. Kalau buat moist chocolate aje hari hari muak la. Hari ni Qis buat lain sikit." Balqis memotong kek oren itu dan diletakkan di pinggan. Pinggan itu dihulur kepada ibu bapanya dahulu, kemudian baru la giliran Aidil.

Dahulukan ibu bapa.

"Thanks." Ucap Aidil pendek. Dia terus menyuap kek ke mulut. Mata dia terpejam seketika. Menikmati rasa kek oren hasil air tangan Balqis.

"Sedapnya!" Aidil seperti mahu melompat sahaja waktu itu.

"Nanti bawa balik sikit okay?" Balqis terus ke dapur seusai menuturkan kata. Dia kembali dengan bekas tupperware di tangan. Dia memotong setengah kek oren itu dan dimasukkan ke dalam bekas tupperware. Siap!

"Wah, thank you so much Syirah! Terima kasih banyak-banyak pakcik, makcik. Yelah, sebab layan saya hari ni. Sudi jamu saya makan pula." Jelas Aidl tersipu-sipu.

"Eh, kamu kan tetamu. Memang wajarlah kami kena layan kamu." Kata Puan Julia.

Aidil tersenyum senang. Gembira dengan layan yang diterima oleh Puan Julia dan Encik Ridhuan terhadapnya.

--------------------

"Terima kasih sekali lagi pakcik, makcik dan Syirah. Saya balik dulu!" Ucap Aidil sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Tingkap dibuka.

"Sama-sama. Datang lagi ye." Kata Puan Julia. Sekadar berbasa-basi.

"In shaa Allah. Assalamualaikum." Aidil melambaikan tangan sebelum tingkap kereta ditutup.

"Waalaikummusalam." Sahut mereka serentak.

Mereka memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangan.

"Baik betul Aidil tu kan?" Puji Encik Ridhuan tiba-tiba semasa mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

Puan Julia dan Balqis berpandangan sesama sendiri. Mereka berbalas senyuman. Rasa kelakar pula Encik Ridhuan kata begitu.

"Awak ni okay ke tidak?" Tangan Puan Julia meraba dahi suaminya.

"Abang tak demam la." Encik Ridhuan menolak tangan isterinya perlahan.

Puan Julia ketawa. "Yelah pelik sedikit abang cakap macam tu. Selalunya kan abang kurang suka kalau kawan lelaki Balqis datang ke rumah selain Haikal." Terang Puan Julia. Tidak mahu Encik Ridhuan terasa dengan tindakannya tadi.

"Entahlah. Abang cuma rasa Aidil tu baik budaknya. Itu aje. Hanya pendapat." Kata Encik Ridhuan.

Balqis meminta izin untuk masuk ke biliknya. Selepas kelibat Balqis hilang dari pandangan, Puan Julia berbisik di telinga suaminya.

"Kalau Haziq datang rumah kita, abang layan dia baik tak?"

"In shaa Allah kalau dia ada niat yang baik. Kalau tak, faham-faham la." Jawab Encik Ridhuan selamba.

Jujur, dia tidak marah akan Haziq tetapi dia rasa umur mereka ketika itu tidak berapa sesuai untuk bercinta. Dengan peperiksaan penting lagi. Ibu bapa yang lain pun pasti tidak akan bersetuju jika anak mereka bercinta. Rasanya dia akan melayan Haziq baik seperti dia melayan Aidil.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now