Bab 3

7.4K 157 2
                                    

Balqis dengan Haziq ni ada apa-apa ke?

Pertanyaan itu muncul di sudut hati Farisya tetapi lama kelamaan dia hanya membiarkan sahaja.

Kalau ada apa-apa pun bagus juga. Diaorang ni pun sesuai. Farisya tersenyum.

"Qis." Panggil Farisya.

"Ya?" Balqis memandang Farisya.

"Kau seronok dapat jumpa Haziq balik?" tanya Farisya.

Aduh dah kenapa dengan Farisya ni tiba-tiba tanya pasal Haziq ni? Em em nak jawab apa eh? Haih bantai jelah Qis. Jawab ajelah jujur lagi pun dia kawan kau.

"Em yeah. I guess." Balqis tergelak kecil.

Farisya dah senyum. Laa kenapa pula dengan minah ni. Balqis dah cemas.

"Hei, rileks la." Farisya gelakkan Balqis bila dia dah buat muka gelisah.

Farisya dah tahu tentang kisah lama Balqis dengan Haziq dulu. Masa tu takde topik nak cerita jadi rasanya tak salah cerita kat Farisya. Sebab kisah lama kan? Balqis pun tak sangka dapat jumpa Haziq balik.

"Hahaha yelah. Kau ni saje kan? Eee." Balqis cubit lengan Farisya.

"Sakitlah weh! Ish kau ni tangan laju je nak cubit orang." Jelasnya. Farisya mengosok lengannya yang menunjukkan kesan warna merah.

"Alaa sorry sorry. Em weh. Aku rasakan... em.. aku.. aku.." Balqis tak tahu nak bagitahu Farisya ke tak sebab dia malu!

"Apa? Kau suka Haziq balik?"

Ha kau amek! Sekali dia yang dapat teka dengan tepatnya.

Balqis mengangguk.

"Dia baik. Hensem. Senyum dia tu buat aku cair." Balqis senyum sorang-sorang bila teringat senyuman yang dilemparkan Haziq tadi.

"Amboii gatal nampak?! Apa dari tadi dok senyum lagu kerang busuk tu kak Qis oiii." Farisya gelak.

"Eh jomlah balik. Banyak homework nak kena buat ni." Balqis tarik tangan Farisya untuk pulang. Mesti mama dia dah lama tunggu. Farisya dia balik jalan kaki sebab rumah dia dekat je dengan sekolah.

Balqis masuk ke dalam kereta.

"Qis nak makan apa tengahari ni?"

"Em nak makan mcd lah mama. boleh? Kita drive thru la eh sebab banyak homework lah harini." keluh Balqis.

"Okey tapi kakak order tau."

Memang dah biasa kalau nak makan mcd tapi malas nak makan kat dalam mereka pilih untuk drive thru dan makan di rumah sahaja dan Balqis lah tukang mengordernya.

"Selamat petang. Saya nak order Spicy Chicken Mcdeluxe 3 set. Tu je. Thank you." Cepat Balqis membuat pesanan.

Selepas membayar mereka pulang ke rumah.

Balqis masuk ke dalam bilik lepas mengambil makanan yang dibeli tadi. Perut dia dah berkeroncong sejak tadi. Dia mandi dan menyalin pakaian. Baju sekolah dan tudung sekolah Balqis gantung. Malas dia nak gosok lagi.

Balqis tekan butang on di laptop dan membuka facebook. Balqis lihat senarai online.

Eh Haziq online!

Balqis online facebook sambil membuka bungkusan burger. Dia gigit sikit dan tekan nama Haziq. Nak borak aje. Tak salahkan?

Balqis : Assalamualaikum. Hai Haziq :)

Haziq : Waalaikummusalam. Hai Qis ;)

Balqis : Kau tengah buat apa?

Haziq : Tengah dengar lagu. Kau?

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now