Sudah setengah jam Haziq berada di bilik rawatan tetapi masih belum ada khabar berita dari doktor.
Hati Balqis menjadi resah. Dia menunduk memandang tangan kanannya yang berbalut. Dia kena membalut tangannya selama seminggu kerana bengkak di tangannya agak teruk. Nasib baik dia menulis dengan tangan kiri. Jadi kerja sekolahnya tidaklah tergendala. Luka di bibirnya di sapu perlahan. Kepalanya terasa berdenyut.
"Qis,kau okay?" tanya Haikal prihatin. Dia memandang muka Balqis yang pucat.
Hurm,dia mesti risaukan Haziq. Kata hati kecil Haikal.
"Aku okay,Kal. Jangan risaulah. Kawan baik kau tu dah selamatkan aku. Kerja paling bodoh yang pernah dia buat untuk aku. Haha." Balqis ketawa kecil.
Haikal tersenyum pahit.
"Dulu aku yang selamatkan kau. Sekarang Haziq pula. Kan bagus kalau yang kat dalam tu aku. Mesti kau risaukan aku kan?" Kata Haikal. Sayu je Balqis dengar.
"Ish,kau ni. Apa cakap macam tu." Balas Balqis. Dia memukul bahu Haikal dengan tangan kirinya.
"Aduh,hahahaha okay okay. Sorry." Haikal mengusap bahunya yang sakit akibat dipukul Balqis.
Haikal tersenyum manis.
Tidak berapa lama kemudian, doktor yang merawat Haziq keluar dari bilik rawatan. Haikal dan Balqis pantas meluru ke arah doktor itu.
"Doktor, macam mana dengan kawan saya?" tanya Haikal ingin tahu.
Doktor itu memberikan senyuman. Aduh cakap jelah yang kau senyum kenapa?
"Kawan awak okay. Cuma dia kena banyakkan berehat. Jadi,saya sudah suntikan ubat tidur kepada dia. Saya cadangkan untuk dia tinggal di hospital untuk sehari. Esok dia sudah boleh pulang."
"Oh baiklah. Terima kasih doktor." Mereka menunduk hormat.
Selepas doktor itu pergi, Haikal dan Balqis masuk ke bilik di mana Haziq di rawat.
Balqis sebak melihat keadaan Haziq yang terbaring lemah di atas katil. Wajahnya pucat.
Tanpa sedar kakinya melangkah perlahan-lahan ke arah Haziq yang sedang tidur. Dia memegang tangan Haziq. Erat.
Haziq.. Semoga kau cepat sembuh.
Air mata Balqis bergenang di tubir mata. Pantas dia mengesat air matanya dengan lengan baju sekolahnya. Dia ingin pulang ke rumah. Dia tidak ingin berlama-lama di situ.
"Kal. Kalau Ajiq dah bangun,kau tolong cakap kat dia yang aku berterima kasih sangat dekat dia. Please?"
Haikal hanya mengangguk. Dia tahu Balqis perlukan masa untuk bersendirian kerana kejadian ini sudah membuat dia trauma.
"Take care,Qis." Haikal senyum kepada Balqis.
Balqis terus berlalu.
Haikal duduk di sisi Haziq yang masih tidur.
Kenapalah kau sia-siakan Balqis, Jiq? Kalau kau tak sakitkan hati dia, mesti dia tak akan menangis macam sekarang ni." Ujar Haikal. Dia mengeluh berat.
Haikal tertidur di sisi Haziq.
Haziq membuka matanya apabila dia merasakan suasana senyap itu.
Kau tak faham,Kal. Dan kau tak akan pernah faham. Bisik hati Haziq. Dia menyambung semula tidurnya.

YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...