Bab 7

3.8K 130 0
                                    

Sedar tak sedar cuti sekolah semakin hampir. Balqis sudah bertekad untuk tidak menganggu hubungan Cikgu Sarah dan Haziq. Balqis mula menjauhkan diri dari mereka. Balqis tidak mahu mereka putus kerana dirinya. Jika Balqis ternampak Haziq dan Cikgu Sarah sedang berdua-duaan, pantas dia memandang tempat lain dan pergi dari situ. Hatinya sakit tetapi dia tahan. Dia tidak mahu menangis hanya kerana seorang lelaki.

Balqis hanya ada Farisya, Haikal dan Amir yang tidak putus-putus memberinya semangat. Balqis sedikit lega kerana mereka. Setiap petang, Haikal dan Balqis akan pergi berjoging bersama. Turunkan berat badan katanya.

"Weh, dahlah tu aku penat lah nak kejar kau." Balqis sudah mengah.

Haikal yang sejak tadi berlari kerana dikejar Balqis pantas berpatah balik dan berjalan ke arah Balqis. Kesian pula Haikal melihatnya.

"Hahahaha sorry sorry. Penat eh? Nak rehat dulu ke?" Haikal tergelak melihat muka Balqis yang kuning langsat itu bertukar warna kemerahan.

Ohh gelakkan aku? Nanti kau!

"Weh weh aku pening. Jap jap janganlah gelakkan aku. Aku nak pengsan. Kal!" Balqis buat-buat pengsan. Dia melembikkan badannya dan pantas disambut oleh Haikal. Terbit rasa risau di dalam hati Haikal.

Yes,kenaBalqis cuba menyembunyikan senyumnya.

"Weh Qis janganlah pengsan kat sini. Risaulah aku. Weh!" Haikal terjerit.

"Warghhh!!" Balqis bangun secara tiba-tiba. Dia ketawa terbahak-bahak melihat muka terkejut Haikal. Padan muka!

"Qis! Ya Allah, tak kelakar okay? Risau aku." Haikal mencebikkan bibirnya.

"Alahai rileks la, Kal. Aku gurau je. Padan muka. Siapa suruh gelakkan aku?" Balqis tersenyum nakal. Siap main angkat-angkat kening lagi.

Haikal hanya senyum. "Janganlah senyum macam tu. Tergoda saya." Haikal sengaja menggunakan panggilan 'saya' untuk melihat reaksi Balqis.

Balqis terkedu. Dah kenapa Haikal main saya awak ni.

Haikal mengenyitkan mata kepada Balqis. Dia tahu mesti Balqis akan cair dengan dia. Kalau tak pun dia akan cuba lagi lagi dan lagi sehingga Balqis jatuh cinta dengan dia. Tanpa menunggu Balqis membuka mulut,Haikal terus menyambung joging. Dia tersenyum senang.

Balqis terpaku di situ dan melihat Haikal meninggalkannya. Pantas dia menyusul.

Apa-apa sahaja lah Haikal ni. Takpe. Aku akan beri dia peluang. Bisik hati kecik Balqis.

Jam menunjukkan pukul 6.33 petang. Haikal menghantar Balqis pulang. Mereka datang ke tempat itu dengan menaiki basikal. Basikal sendiri-sendiri okay bukan membonceng. Hahaha

Balqis mengucapkan terima kasih kepada Haikal kerana sentiasa menemaninya berjoging dan pastinya Haikal tiada masalah. Demi Balqis apa pun dia sanggup.

Selepas menghantar Balqis pulang, Haikal pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan dia terserempak dengan Haziq dan Cikgu Sarah sedang duduk bersama. Haikal buat tak nampak. Hatinya masih sakit akan peristiwa yang dia melihat Balqis menangis. Tapi dia tidak menyalahkan Haziq seratus peratus kerana cinta ni tak boleh dipaksa.

Akhirnya,Haikal mengalah. Dia hanya memberi senyuman yang dirasakan paling manis untuk pasangan itu dan berlalu. Badannya sudah penat dan dia ingin berehat.

Tak sabar nak jumpa katil.

Pada malam yang sunyi itu, Haikal dan Balqis tidur dengan lena dan tenang. Mereka berdua bermimpi benda yang sama.

Keesokkan paginya Haikal bersiap untuk pergi ke sekolah. Hari ini, dia menunggang motosikal kesayangannya untuk pergi ke sekolah. Dia memakir motornya di tempat parking motor pelajar. Dia terus berlalu untuk masuk ke kelas. Sempat dia menegur Balqis yang sedang mengemas laci mejanya.

"Hello sweetheart." Haikal memberi senyuman yang boleh mencairkan hati semua perempuan yang melihatnya.

"Waalaikummusalam." Sindir Balqis.

Terkedu Haikal.

Malunya! Haikal meraup muka untuk menutup malu.

Balqis hanya ketawa kecil. Hensem!

"Pergilah masuk kelas. Letak beg tu dulu. Tak berat ke?"

"Eh hahahaha okay aku pergi letak beg jap. Bye,jangan rindu aku pulak." Haikal berlalu menuju ke kelasnya.

Haikal meletakkan begnya di sebelah Haziq yang sedang tekun mengadap buku sejarah. Haikal mencebik.

Mentang-mentang Cikgu Sarah ajar subjek sejarah sekali dia pun suka sejarah.

Haikal membiarkan Haziq mengulangkaji dan terus kembali ke kelas Balqis. Rindu tak lepas lagi katanya.

Haikal, Balqis dan Farisya berbual sehingga cikgu masuk ke kelas Balqis. 

Haikal terus menuju ke kelasnya. Dia jalan bersahaja walaupun dia tahu sekarang waktu mata pelajaran sejarah. Lek dulu. Cikgu Sarah je pun. Dia memberi salam dan terus duduk di tempatnya. Bukan dia tidak hormat dengan cikgu Sarah sebagai guru tetapi Haikal tidak berkenan langsung dengan perangai dan tingkah laku cikgunya terhadap Haziq. Dia lebih mementingkan Haziq dari murid lain.

Mengeluh jelah mampu.

--------------------

Di kelas 2D, Balqis menumpukan sepenuh perhatian kepada Cikgu Lela. Dia malas hendak berfikir tentang perkara lain. Yang penting sekarang, belajar!

Balqis hendak lupakan semuanya. Lagipun dia sudah dapat agak yang Haikal menaruh perasaan kepadanya. Jadi apa salahnya dia memberi Haikal peluang?

Good luck HaikalBisik hati kecil Balqis.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now