[Media]
Haikal
*****
"So sekarang ni kau nak buat apa?" Farisya memandang Balqis dengan pandangan yang kosong. Macam tak percaya aje dengan cerita dia ni.
"Entah la. Aku buntu." Balqis memicit kepalanya yang agak berdenyut.
"Personally, aku tak percaya la cerita kau ni. Tapi entah la. Setahu aku ayah kau bukan orang yang senang je serang orang kan?" Farisya memberi pendapat.
Tangan Balqis terhenti dari memicit kepalanya.
"Seriously, Sya. Kau dah berjaya buat aku jadi ragu-ragu." Kata Balqis perlahan.
"Tak. Bukan macam tu. Aku cuma cakap aje."
"Tapi itu Iwan sendiri yang cerita. Takkan dia nak tipu aku pula kan?" Balqis membuat kesimpulan sendiri.
"Hm betul juga." Farisya mengusap dagunya.
Suasana menjadi senyap seketika. Hanya bunyi bising murid kelas mereka sahaja ketika itu.
"Lupakan ajelah apa yang aku cakap tadi. Kalau Aidil yang cerita, aku percaya." Farisya tersenyum sambil tangannya mengusap lembut tangan Balqis.
Balqis tersenyum senang. Lega hatinya.
"Weh serius aku tak tahu pun pasal benda ni." Haikal menggelengkan kepalanya selepas cerita itu diceritakan oleh Balqis sendiri.
"Tapi kau jangan marah dia pula. Kau cuba buat tak tahu aje. Buat macam kau tak tahu apa-apa. Please, janji dengan aku?" Balqis membuat muka kesian.
Haikal memandang wajah Balqis lama. Lambat-lambat dia mengangguk.
"Thanks." Ujar Balqis lega.
Serentak Haikal dan Balqis memandang Haziq yang baru masuk ke dalam kelas. Selamba sahaja muka dia.
"Qis. Aku nak bagitahu kau something ni." Ujar Haikal perlahan.
Balqis mengangkat kening seakan bertanya 'apa dia?'
"Aku dah ada crush baru."
"Apa?!"
*****
"Seriously, dude? Haha tak sangka betul la." Safuan menggelengkan kepalanya seakan tidak percaya dengan cerita Aidil.
"Betul la. Dia sendiri yang cerita kat aku." Ujar Aidil yakin.
"Entah entah dia sengaja nak brainwash kau. Sengaja reka cerita. Kau tengok sikap ayah Balqis semalam ada ke jenis yang suka serang orang?" Safuan mengangkat sebelah keningnya.
"Tak adalah. Tapi aku rasa dia bercakap benar tapi maybe la ada sikit sikit dia reka cerita."
"Okay aku rasa aku percaya kalau ayah Balqis jumpa dia dengan cara baik. Siap ajak minum lagi kan? Aku tak percaya waktu dia cakap Dina tu datang untuk gembirakan dia yang waktu tu tengah heart broken. Takkan sebab Dina selalu ada dengan dia, gembirakan dia semua, dia kena bercinta dengan Dina tu. Tak masuk akal betul." Berkerut dahi Safuan ketika menuturkan kata.
Aidil ketawa kecil.
"Aku dah perangkap dia pasal Dina tu tapi Haziq ni pandai lah kawal riak wajah dia. Dia tak nampak gelisah pun bila aku tanya dia soalan cepumas."
Safuan diam membisu. Sekali-sekala nampak dahi dia berkerut. Entah apa yang dia sedang fikirkan.
Ah, persetankan semua itu! Lagipun benda dah lepas. Tak perlu nak diungkit lagi.
*****
"Aku dah ada crush baru."
"Apa?!" Ujar Balqis terkejut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terakhir ✔
FanfictionDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...
