Bab 35

2K 60 2
                                    

[Media]
Haziq

*****

Pada waktu tengahari, mereka menjalankan aktiviti gotong-royong. Setiap kumpulan akan diberi tugas.

Kumpulan Balqis disuruh membersihkan dewan makan. Lelaki menyapu sampah manakala perempuan membasuh pinggan yang kotor. Kalau dah namanya gotong-royong, memang khidmat pekerja disini tidak diperlukan.

Kumpulan Haikal, Erine dan Faiz disuruh membersihkan dewan. Mereka perlu menyusun kerusi dan menghias seluruh dewan untuk majlis penutupan kem petang nanti.

"Wuish, penatnya!" Haikal mengeliatkan badannya. Sudah hampir satu jam dia berdiri di tangga untuk menggantung belon di bahagian atas dewan itu.

"Eh, hati-hati lah gila! Nanti kau jatuh!" jerit ketua kumpulan mereka, Syafiq.

Haikal hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mesti kau tak biasa buat kerja rumah kan? Pemalas!" perli Erine.

"Ah kau sibuk aje. Dahlah, aku nak pergi dewan makan kejap nak minum air. Kau nak tak?" Haikal menuruni tangga.

"Tak naklah. Aku tak haus."

"Alright." Haikal terus berlalu.

Erine menggelengkan kepalanya. Dia tersenyum kecil tanpa sedar.

"Seronok nampak?" tegur seseorang.

Erine terkedu.

--------------------

"Tak mengapa. Kau pergi susun pinggan. Biar aku yang basuh semua ni." Arah Balqis kepada Nurin. Dia memakai sarung tangan getah dan memulakan kerja.

Dia terlalu fokus sehingga tidak sedar seseorang duduk disebelahnya.

Haikal tersenyum melihat Balqis yang sedang fokus membasuh pinggan. Kehadirannya pun tidak disedari.

"Qis." Tegurnya.

Balqis tidak dengar.

"Balqis."

Balqis masih fokus membasuh pinggan.

"Nur Syahirah Balqis!" Haikal menguatkan suaranya.

"Mak kau!" Balqis melatah. Nasib baik pinggan yang dipegangnya tidak terlepas.

Haikal ketawa terbahak-bahak. Sampai berair matanya.

Balqis mengetap giginya. Sakitnya hati. Malu pula tu sebab melatah. Dia menanggalkan sarung tangan. Tudungnya yang senget sedikit dibetulkan. Eee dahlah tengah comot!

"Mohd Syafrul Haikal!!!!"

Suara Balqis bergema di setiap ruang kantin. Abang Akmal yang sedang menyapu sampah hampir bersilat kerana terkejut.

Makin galaklah Haikal ketawa.

Balqis memeluk tubuh. Menunggu sehingga Haikal habis ketawa.

"Haduh sakit perut aku. Comel lah kau ni." Spontan Haikal mencuit hidung Balqis.

Balqis mencebik.

"Weh muka kau kotorlah." Haikal mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Dia mengelap muka Balqis yang sedikit kotor. Baju Balqis yang basah dengan buih sabun juga dibersihkan.

"Aku ada tanganlah. Tak cacat pun lagi." Balqis merampas sapu tangan dari tangan Haikal. Dia mengelap bajunya.

"Ala marah lagi ke? Sorry sangat-sangat. Aku bukan sengaja nak ketawakan kau. Muka kau comel sangat." Haikal mencubit pipi Balqis yang sudah bertukar warna merah. Malu lah tu.

"Haih yelah. Aku maafkan. Lepas ni kalau kau buat lagi memang aku siku kau." Bebel Balqis.

"Alright. Sorry okay?" Haikal meminta maaf.

"Okay." Jawab Balqis ringkas.

"Sebagai tanda minta maaf juga biar aku tolong kau basuh pinggan." Kata Haikal. Dia memakai sarung tangan getah dan memulakan kerjanya.

Balqis terkedu. Dia memandang Haikal lama. Tidak kekok langsung.

"Tahulah aku ni hensem. Tapi tak payahlah kau pandang aku lama-lama. Cium kang." Kata Haikal. Dia tidak memandang Balqis langsung. Fokusnya hanya dengan kerjanya.

Balqis termalu sendiri. "Perasannya."

Haikal tertawa kecil.

--------------------

"Seronok nampak?"

Erine terkedu. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya ke arah orang yang menegurnya.

Haziq!

Erine menarik nafas lega. Buat terkejut aje!

"Curang." Kata Haziq ringkas.

"Mana ada." Pintas Erine.

"Bagitahu Faiz." Haziq sudah ingin melangkah ke arah Faiz yang sedang menyusun kerusi tetapi pantas ditahan oleh Erine.

"Mana adalah. Aku borak aje dengan dia." Erine mempertahankan diri.

"Kau jangan. Haikal dengan Faiz satu kumpulan dengan kau. Jangan buat hal." Pesan Haziq sebelum berlalu.

Erine mendengus kasar. Sibuk aje!

--------------------

Haikal mencuri pandang ke arah Balqis yang juga sedang sibuk membasuh pinggan.

Cantik.

Balqis terbersin. Dia memandang Haikal yang juga sedang memandang ke arahnya.

"Apa?" tanya Balqis.

"Tak ada apa. Kau cantik. Tu aje." Jawab Haikal selamba.

"Diamlah." Balqis menjeling.

"Jeling jeling. Cubit kang." Haikal mengusik Balqis. Dia memercikkan air sabun kepada Balqis.

"Weh! Basahlah!" Balqis terjerit. Habis tudung dan bajunya basah dengan air sabun.

Haikal ketawa.

Balqis membalas dendam. Dia memancutkan air paip yang sedang mengalir laju. Habis basah lencun baju Haikal.

Wah, ini sudah lebih!

Haikal meramas rambutnya yang basah.

Balqis terkedu. Hensemlah pula!

Haikal merampas getah paip daripada Balqis. Dia menyembur pula kepada Balqis.

"Arghh!"

Habis mereka berdua basah lencun dengan air. Nasib baik air bersih.

"Ehem."

Haikal dan Balqis memandang Haziq yang sedang berdiri di muka pintu.

"Hai Jiq. Nak join?" Haikal sudah bersedia dengan getah paipnya.

"Thanks but no thanks." Kata Haziq. Dia terus berlalu. Sakit betul hatinya melihat kemesraan Haikal dan Balqis. Dia datang pada waktu yang tidak tepat.

Balqis tidak mempedulikan Haziq. Dia terus bergurau dengan Haikal. Haikal hanya melayan. Lantaklah, dia orang bukan ada apa-apa lagi.

"Nasib baik pinggan dah siap basuh. Kalau tidak, abang denda kamu berdua." Tegur Bro Zarul.

"Maaf Bro Zarul." Haikal dan Balqis menundukkan muka. Takut untuk memandang Bro Zarul yang sedang berpeluk tubuh.

Akhirnya Bro Zarul pun join sekali. Mungkin disebabkan hari ini adalah hari yang terakhir mereka ada di sini. Memang banjirlah dewan makan tu dikerjakan mereka.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now