Bab 43

1.8K 62 5
                                    

Haziq berhenti di simpang menghala ke rumahnya. Dia menundukkan wajahnya. Dia menangis teresak-esak. Dia melihat dengan matanya sendiri Haikal mengelap air mata Balqis dengan jarinya. Di depan dia Haikal menyentuh Balqis.

"Sampai hati kau buat aku macam ni. Kau kejam! Kejam!!" Haziq menjerit kesedihan. Hatinya terasa ngilu. Sakit tak terkata.

Haziq menangis bagi meredakan kesakitan hatinya. Sungguh dia tidak boleh terima semua itu. Dengan kudrat yang masih bersisa, dia terus menghidupkan enjin motorsikalnya dan terus pulang ke rumah. Apabila dia sampai ke rumah, dia menanggalkan helmetnya. Dia menghela nafas berat. Tiba-tiba hidungnya terasa panas. Dia menyentuh hidungnya.

Darah!

Dia membersihkan hidungnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Dunia seakan berputar. Kakinya seperti tidak memijak tanah lagi. Dia sempat melihat ibunya yang sedang menghidangkan makan tengahari.

"Ibu..." Dia memanggil Puan Sharlina lemah.

Haziq rebah ke lantai. Perkataan terakhir yang sempat dia dengar Puan Sharlina tidak berhenti menyebut namanya berulang kali. Akhirnya semuanya gelap.

--------------------

Gelas yang dipegang Balqis tiba-tiba jatuh ke lantai. Balqis mengucap panjang. Tiba-tiba hatinya terasa tidak sedap. Tetapi dia tidak mengendahkannya. Dia mengutip kaca yang bertaburan di lantai.

"Ya Allah, Balqis! Kenapa ni? Jangan sentuh kaca tu. Bahaya! Biarkan aje nanti mama sapu." Puan Julia yang terdengar bunyi pecah terus meluru ke dapur. Hampir terjerit dia melihat Balqis hendak mengutip kaca di lantai.

"Ala mama sikit aje. Takpe, Qis boleh uruskan." Balqis masih berdegil.

"Aduh!" Balqis mengerang. Serpihan kecil kaca yang pecah menusuk jari manisnya.

"Ha kan mama dah cakap. Mari sini!" Puan Julia menggamit Balqis datang ke arahnya yang sedang berdiri di singki dapur.

Balqis mengatur langkah ke arah Puan Julia. Puan Julia meneliti kaca di jari manis Balqis. Darah masih tidak berhenti mengalir.

"Bismillah.." Puan Julia menarik kaca itu dari jari manis anak daranya.

"Ahh sakit ma!" Balqis menjerit kesakitan. Dia sudah merengek.

"Kan mama dah tegur tadi. Degil lagi. Lain kali dengar sikit cakap mama ni. Melawan aje kerja." Bebel Puan Julia sambil tangannya menghentikan darah di jari manis Balqis. Selepas itu, jari Balqis ditabur dengan sedikit serbuk kopi. Balqis memandang Puan Julia kehairanan. Kenapa letak serbuk kopi ni?

"Nak hentikan darah kamu ni. Dah duduk diam diam! Biar mama yang bersihkan kaca ni." Kata Puan Julia. Tangannya mencapai penyapu dan penyodok sampah. Laju sahaja dia membersihkan kaca yang bertaburan. Selepas itu, dia mengemop lantai bagi menghilangkan sisa darah Balqis dan serpihan kecil kaca.

Balqis duduk di hadapan televisyen. Jari manis tangan kanannya dipandang. Asyik-asyik tangan kanan yang jadi mangsa. Semasa dia jatuh tangga setahun yang lepas tangan kanan juga yang terseliuh. Fuh, bersyukur sikit Balqis sebab kau masih boleh menulis dengan tangan kiri kau.

Selepas membuat kerja sekolah, telefon pintarnya dicapai. Banyaknya notify masuk!

Dia membuka aplikasi whatsapp. Whatsapp dari Aidil dan sebahagiannya dari Haikal dan group lain. Dia membuka whatsapp dari Aidil dahulu.

"Assalammualaikum, makcik annoying!"
"Woiiii"
"Woi replylah."
"Weh kau tak balik dari sekolah lagi ke?"
"Sibuk datinglah tu. Huh."
"Satu tick aje ni mesti tak balik lagi lah ni."
"Weh aku hensem hehe"
"Kau melt dengan aku tak?"
"Ala mesti kau rindu aku kan kan kan?"
"Weh ape pasal kau annoying sangat ni?"
"Nasib kau tak gedik kalau tak memang tak aku nak minta nombor kau *gelak jahat*"
"Ish kau ni baliklah cepat woi."
"Okaylah nak buat homework. Pastikan reply lepas kau baca ni."
"Assalammualaikum!"

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now