Awal pagi lagi Balqis sudah bangun dari tidur. Excited betul dia nak jumpa Haikal. Eh eh Qis. Takkan kau dah lupakan Haziq kut?
Balqis mandi dan bersiap. Dia tidak sabar hendak bertemu dengan Haikal. Dia hanya memakai pakaian yang ringkas. Tidak perlu nak lilit tudung bagai. Dia memakai baju lengan panjang berwarna hitam. Tudung bawal hitam dan seluar jeans biru. Selepas puas dia menilik mukanya di cermin, dia turun ke tingkat bawah. Bau enak menusuk ke dalam lubang hidungnya.
Kelihatan Puan Julia sedang memasak di dapur. "Morning mama." Balqis memeluk Puan Julia dari belakang. Terkejut Puan Julia dibuatnya.
"Ish kamu ni. Buat mama terkejut aje. Ye, morning anak kesayangan mama." Puan Julia mencuit hidung anaknya.
"Mama masak apa?" perut Balqis sudah berkeroncong minta diisi. Semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan langsung.
"Nasi goreng kampung hehe. Dah nak siap ni. Qis tolong letakkan pinggan atas meja tu. Lepas tu panggil adik dengan ayah. Kita boleh makan sama-sama." Arah Puan Julia sambil mengacau nasi di kuali.
"Ai ai chef!" Balqis buat tabik hormat. Tergelak Puan Julia melihat telatah anak perempuannya.
Balqis menyusun empat buah pinggan di atas meja. Setelah selesai, dia memanggil ayah dan adiknya untuk turun makan bersama.
Mereka makan dengan berselera sekali. Bunyi gelak ketawa memecah keheningan pagi Sabtu itu. Bahagia sungguh mereka.
Selepas makan, Balqis membantu ibunya membasuh pinggan. Dia terus mengajak ibunya pergi melawat Haikal.
"Sabarlah sayang. Ni baru pukul 9:15 pagi. Waktu melawatkan pukul 10:00 pagi. Sabar okay? Sebelum tu, Qis bolehkan tolong mama masak lauk tengahari? Boleh kita bekalkan untuk Haikal sekali." Sengaja Puan Julia menyebut nama Haikal bagi menaikkan semangat Balqis yang kecewa kerana tidak dapat melawat Haikal awal pagi.
Dengar sahaja nama Haikal terus Balqis bangun. Dia meluru ke dapur.
"Mama nak masak apa?!" jerit Balqis dari dapur. Puan Julia ketawa terkekeh. Mudah sahaja hendak mengembalikan senyuman di wajah puterinya.
--------------------
Haikal baru sahaja selesai bersarapan. Pagi ini dia bersarapan dengan ibunya. Ibunya membeli sandwich sardin dari kios hospital manakala Haikal pula makan semangkuk bubur ayam dan secawan teh tarik yang disediakan oleh jururawat yang bertugas. Kelihatannya dia seperti menunggu kedatangan seseorang.
Pintu dikuak dari luar. Sangka Haikal, Balqis datang menjenguknya tetapi sangkaannya meleset. Haziq masuk dengan senyuman yang tidak putus dari bibirnya. Haikal mengeluh.
"Kenapa kau? Tak suka aku datang?" tanya Haziq.
"Bukan tak suka. Tapi dari kecil sampai sekarang aku asyik tengok muka kau aje. Bosanlah. Macam takde muka lain." Jawapan Haikal kedengaran jujur di telinga Haziq. Haziq sentap. Dia merasakan Haikal tidak lagi memerlukannya. Dia bangun.
"Oh yeke. Takpelah. Semoga cepat sembuh. Bye." Haziq sudah membuka langkah untuk keluar tetapi Haikal pantas menarik lengannya. Alooo dah macam couple aku tengok. (Korang bayanglah macam mana keadaan Haikal dengan Haziq masa ni.)
"Bro, aku gurau jelah. Tak payah nak merajuk sangat okay? Aku kenal kau macam mana. Bab berlakon ni kau lah watak utamanya." Haziq hanya tersengih.
"Eleh penulis cerita ni pun dah jadikan aku watak utama kan? Kau watak sampingan aje." Berlagak betul Haziq ni. Aku tukar watak kau dengan Haikal baru tahu. Huh!
Lengan Haziq masih tidak dilepaskan Haikal. "Main kasar nampak?" Kata Haikal.
Haziq mendapat akal. Dia memegang leher Haikal. Dia memegang pipi Haikal penuh lembut. Sengaja Haziq nak mengusik Haikal. Haikal dah buat muka cemas.
Tiba-tiba Balqis masuk dan menyaksikan wayang free di hadapan matanya. Terkejut Haziq dan Haikal. Pantas Haikal melepaskan lengan Haziq. Dia membetulkan rambutnya yang serabai. Ish depan buah hati kena lah hensem. Kan?
"Ish korang buat apa ni? Eeee." Balqis menutup matanya. Haikal dan Haziq sama-sama ketawa melihat Balqis. Comel pula melihatnya.
"Weh mana ada pape. Aku saja usik Haikal ni. Padan muka hahahaha." Haziq menutup malu. Dia tidak menyangka Balqis akan datang seawal itu.
"Kau datang dengan siapa ni?" tanya Haikal.
"Dengan mak aku lah. Kenapa?" Balqis memandang Haikal. Haikal hanya senyum meleret.
Mangkuk tingkat di tangan Balqis dipandang. "Bawa apa tu?" tanya Haziq.
"Oh ni untuk Haikal. Mak aku masakkan untuk dia makan tengahari ni. Kau nak? Aku bawa lebih ni." Plastik di tangan sebelah lagi dikeluarkan.
Haziq tersenyum. Seraya dia mengangguk tanda setuju.
"Okay tengahari nanti kita makan. By the way, korang dah sarapan?" Balqis bertanya sambil meletakkan mangkuk tingkat dan plastik berisi bekal itu di atas meja berhampiran dengan katil Haikal.
"Dah. Baru je habis."
Hanya Haziq yang mendiamkan diri. Balqis yang melihat Haziq diam terus mengeluarkan sesuatu dari dalam koceknya. Sebungkus coklat snickers dihulur kepada Haziq.
Lambat-lambat Haziq menyambut coklat itu. Berkerut dahinya.
"Tak payah nak pelik sangat. Aku tahu kau tak sarapan lagi kan?" Balqis mengangkat keningnya. Berlagak lah tu.
Haikal tergelak. Dia mengangkat ibu jarinya kepada Haziq. Padan muka.
Balqis memukul kepala Haikal. Haikal mengerang kesakitan.
"Kau pun sama. Dah tahu sakit nak nakal-nakal lagi." Bebel Balqis.
Akhirnya mereka bertiga ketawa bersama. Persahabatan mereka sangat suci sehingga tidak akan ada sesiapa yang dapat memisahkan mereka selain Allah S.W.T.
Di suatu sudut, Puan Lia dan Puan Julia tersenyum melihat mereka bertiga.
--------------------
"Alright guys! Masa makan tengahari. Jom makan." Kata Balqis semangat.
Balqis memanggil Puan Lia dan Puan Julia untuk makan bersama tetapi mereka menolak. Mereka akan makan di kantin hospital sahaja.
Balqis menghidangkan lauk yang dimasak oleh Puan Julia. Haziq dah telan air liur. Nampak sedap!
Puan Julia memasak hotdog cili padi, sup sayur dan asam pedas ikan tenggiri.
Mereka bertiga makan dengan berselera. Apalagi Haziq. Dia badan sahaja kurus tetapi makan punya lah banyak.
Selesai makan, Haziq membantu Balqis mengemas dan mengelap meja. Haikal ditegah oleh Balqis untuk turut sama membantu kerana dia tidak mahu jahitan di dada Haikal terkoyak.
Mahu tidak mahu, Haikal hanya menurut. Kang kena bebel lagi!
Selesai berkemas, Haziq dan Balqis keluar sebentar untuk solat Zohor. Haikal hanya solat di dalam biliknya.
--------------------
Balqis dan Haziq tidak bercakap seperti di dalam bilik Haikal tadi. Dia hanya mendiamkan diri. Haziq terasa janggal.
"Err.. Qis." Haziq menegur.
Balqis sekilas memandangnya.
"Aku nak minta maaf dekat kau. Yelah, pasal tahun lepas."
Balqis mengeluh. "Haziq.. Listen here. Aku rasa kita lupakan jelah pasal dulu tu. Aku dah malas lah nak ingat. Makin diingat, makin sakit hati aku ni. So, just forget it okay?" jelas Balqis lembut tetapi tegas.
Haziq hanya mengangguk.
Balqis terus meninggalkan Haziq terpinga-pinga. Dia masuk ke tempat solat wanita. Tetapi dia menjengulkan kepalanya semula. Terkejut Haziq dibuatnya.
"By the way. Aku dah lama maafkan kau. Jangan risau."
"Kita masih kawan kan?" teragak-agak Haziq bertanya.
Balqis ketawa. "Hei, mestilah. Kita masih sahabat." Balqis terus menutup pintu selepas menghabiskan kata tanpa menunggu jawapan dari Haziq.
Haziq tersenyum. Dia melangkah masuk ke tempat solat lelaki.
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
Fiksi PenggemarDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...