Haikal sampai di rumahnya pada pukul 2:47 petang. Dia lega kerana dia dapat berjumpa dengan Balqis hari ini walaupun Balqis tidak dapat hadir ke sekolah.
Selepas membersihkan diri, Haikal menyalin pakaian dan turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera. Kelihatan ibunya sedang membasuh pinggan di sinki dapur.
"Hai mama." Dia memeluk Puan Lia dari belakang.
"Oh mak! Ish abang ni. Terkejut mama." Puan Lia mengurut dada.
"Hehe maaf mama. Erm adik mana?" tanya Haikal.
"Dia ada kelas agama petang hari ini. Dahlah pergi makan. Hari ni mama masak sambal tumis petai dengan gulai ikan patin kesukaan kamu." Puan Lia mencuit hidung anak lelakinya.
Haikal bersorak girang. Perutnya juga sudah membuat konsert. Lapar sungguh!
Haikal mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Dia juga mempunyai seorang adik lelaki. Haikal anak ketiga dalam empat adik beradik. Nama abangnya ialah Naufal. Nama kakaknya ialah Husna dan adik bongsunya bernama Aiman. Kakaknya masih belajar di UKM manakala abangnya bekerja sebagai arkitek. Cuma tinggal dia dan adiknya yang masih belajar. Aiman berumur dua belas tahun.
Haikal makan dengan berselera. Maklumlah, gulai ikan patin itu lauk kegemarannya.
"Haziq macam mana bang? Dah okay?" Tanya Puan Lia yang sedang mengelap meja makan.
"Alhamdulillah dia okay je ma. Cuma dia kena rehat banyak sikit. Kepala dia masih berbalut dan pening-pening macam tu je." Jawab Haikal sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
"Baguslah kalau macam tu. Harap dia cepat sembuh. Kirim salam mama pada dia ya." Haikal hanya mengangguk.
Ops! Haikal menepuk dahi.
Aku lupa sampaikan ucapan terima kasih Balqis pada Haziq! Erm takpelah. Lepas makan ni aku whatsapp Ajiq. Haikal cuba memujuk hatinya sendiri.
Selepas makan, Haikal membuka aplikasi whatsapp dan menghantar pesanan kepada Haziq.
Haikal : Weh, Jiq. Balqis ucap terima kasih kat kau sebab selamatkan dia hari tu.
Haikal tekan butang send.
Kebetulan Haziq sedang online pada waktu itu. Pantas Haziq membalasnya.
Haziq : Oh okay. Kirim salam balik kat dia.
Haikal menutup telefonnya. Tidak lama kemudian, telefonnya vibrate menandakan ada pesanan masuk. Dari Haziq.
Haziq : Malam ni jom futsal.
Haikal tidak ada mood untuk keluar. Jadi hanya lima huruf dia balas.
Haikal : malas
--------------------
Balqis sedikit lega kerana demamnya semakin beransur pulih tetapi badannya masih lemah.
Balqis masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka dan memberus gigi. Selepas itu, dia terus menunaikan solat asar.
Selepas solat, Balqis berdoa supaya diberikan kesihatan yang baik. Semoga ibu dan bapanya diberikan umur yang panjang dan sebagainya.
Balqis turun ke tingkat bawah sebaik sahaja dia mendengar deruman kereta ibunya yang baru pulang.
"Lambat mama balik hari ni?" Balqis ingin membantu Puan Julia mengangkat barang tetapi di halang oleh Puan Julia.
"Hari ni kan hari rabu. Sekolah mama ada kokurikulum."
Mereka jalan beriringan masuk ke dalam rumah.
"Maaf ma. Qis tak masak hari ini sebab Qis demam lah mama. Badan ni rasa lemah je."
"Takpe. Malam ni kita makan di luar. Okay?" Puan Julia mengenyitkan mata kepada Balqis.
"Alright!" Balqis tersenyum girang.
--------------------
Sudah 3 hari tangan Balqis berbalut. Bengkaknya sudah surut. Balqis tidak mempunyai masalah untuk menulis tetapi dia memerlukan bantuan untuk menyandang beg sekolahnya. Selalunya, Farisya yang akan membantu.
Balutan di kepala Haziq juga sudah dibuka. Kadangkala, Haziq berasa pening dan sakit di kepala. Balutan di kepalanya sudah di buka, tetapi luka di kepalanya masih belum sembuh. Dia memakai plaster untuk melindungi kepalanya dari terkena air semasa mandi.
Haziq dan Balqis acap kali bertembung tetapi Haziq tidak menegur Balqis kerana perasaan bersalahnya.
Manakala Balqis hanya memandang Haziq tanpa apa-apa reaksi.
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...