Bab 8

3.7K 117 1
                                        

Setahun kemudian..

Hari ini adalah hari Balqis kembali semula ke sekolah. Dia berasa agak gementar tetapi dia cuba untuk berlagak tenang.

Bagaimana hubungan Haikal dan Balqis?

Mereka masih berkawan. Haikal ada meluahkan perasaannya pada Balqis setahun yang lalu pada bulan november, sebelum cuti sekolah bermula. Tetapi Balqis menolak kerana bagi dia,mereka masih muda untuk bercinta. Memahami erti cinta itu bukan mudah. Tidak ramai pasangan yang bercinta dapat memahami erti cinta yang sebenar. Mujur Haikal mengerti. Dia menghormati keputusan Balqis.

--------------------

"Kal!!" jerit Haziq terus memeluk rakan baiknya,Haikal.

"Rindu kau duh. Hahahaha." Saje aje Haziq cakap macam tu sedangkan dia dan Haikal berjumpa hampir setiap hari sepanjang cuti sekolah.

"Ah kau. Tak payah nak mengada sangatlah. Kita kan hari-hari jumpa." Haikal tertawa kecil.

"Ala gurau pun dah tak boleh?" Haziq menumbuk bahu Haikal.

"Mana makwe kau?" Haikal saja bertanya sedangkan dia tahu Cikgu Sarah sudah tamat praktikal di sekolah mereka. Haikal juga tahu tentang hubungan Haziq dan Cikgu Sarah sekarang.

Untuk pengetahuan semua ye. Hubungan Haziq dan Cikgu Sarah sudah tamat pada bulan disember lalu kerana dengarnya, Cikgu Sarah curang. Mereka bergaduh besar. Haziq sampai demam panas kerana terlalu rindu akan Cikgu Sarah. Ibu bapa Haziq juga tidak merestui hubungan mereka. Bertambah stress lah Haziq. Suhu badannya juga tidak turun-turun.

Haikal juga lah tempat Haziq mengadu. Haikal sanggup menjaga Haziq sehingga dia tidak cukup tidur kerana risau akan kesihatan Haziq yang semakin memburuk dari hari ke hari. Semua kerana rasa sayang Haziq yang mendalam kepada Cikgu Sarah.

"Cari jelah Cikgu Sarah tu Jiq. Kau dah parah sangat ni."

"Family tak restu lah Kal." Jawab Haziq lemah.

Sebaik sahaja cuti sekolah tamat, Haziq bertekad untuk melupakan Cikgu Sarah.

"Woi,mengelamun." Haikal menepuk bahu Haziq.

Haziq tersentak. Terkejut abang hehe.
Mereka berdua masuk ke kelas yang sudah di tetapkan. Tetapi kali ini Haikal dan Haziq tidak berada di kelas yang sama. Haikal berada di kelas 3A manakala Haziq di kelas 3C. Farisya dan Balqis berada di kelas yang sama iaitu di kelas 3B.

Tidak mengapa jika kelas lain-lain asalkan persahabatan mereka tidak terjejas.

Haikal berasa sangat gembira kerana kelasnya di tingkat paling bawah dan bersebelahan dengan kelas Balqis.

Wah,ini sudah bagus!

Haikal masih menyukai Balqis tetapi dia menghormati keputusan Balqis untuk terus berkawan. Dia tidak mengalah tetapi dia menunggu masa yang sesuai. Kalau ada jodoh,adalah.

--------------------

"Sya dah-dahlah tu. Jomlah rehat." Balqis menarik tangan Farisya yang sedang tekun membuat latihan pertama mereka pada tahun itu.

"Ala nantilah. Kau pergilah dulu nanti aku cari kau. Sikit aje lagi ni." Tekun betul Farisya ni buat kerja.

Balqis mengeluh dan keluar dari kelas. Dia berlari menuruni tangga dan tanpa sengaja dia tersandung.

Oh tidak! Hati Balqis menjerit.

Balqis hampir jatuh tetapi seseorang telah menyelamatkan dia... lagi!

Mereka jatuh berguling di tangga.

Balqis bangun sambil memegang kepalanya yang sakit. Tangannya terseliuh.

Ramai pelajar yang berkumpul di sekeliling mereka.

Aku melihat wajah yang menyelamatkan aku. Haziq!

Ya Allah,kenapa mesti dia? Hati Balqis merintih.

Mata Haziq terpejam tidak sedarkan diri. Ada darah mengalir dari celahan rambutnya. Balqis sudah mula risau.

"Haziq! Haziq! Woi bangunlah! Weh! Bangunnnn!!" Balqis sudah gelabah sendiri. Dia takut. Sangat takut.

Please Jiq bangun. Aku tak nak hilang kau!

Haikal muncul di celahan pelajar yang berasak-asak untuk melihat kejadian tersebut.

"Ya Allah,Jiq!" Haikal seriau melihat Haziq tidak sedarkan diri. Apalagi melihat darah yang banyak mengalir di kepala Haziq.

Balqis tidak menyangka Haziq sanggup mempertaruhkan dirinya untuk menyelamatkan Balqis. Hampir menangis Balqis dibuatnya.

"Sesiapa tolong call ambulan! Jihah tolong panggil cikgu. Cepat!" Arah Haikal.

Kepala Haziq Haikal letak di ribanya. Darah mula membasahi seluar Haikal. Tapi Haikal tak kisah langsung.

Yang penting, dia nak Haziq selamat!

Ambulans tiba tidak lama kemudian. Haikal mengangkat Haziq dan membaringkannya di atas pengusung. Haziq perlu di hantar ke hospital segera!

Cinta Terakhir ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang