Bab 22

2.3K 67 0
                                    

"Weh aku dah confess Balqis jadi girlfriend aku." Cerita Haziq dengan terujanya kepada Haikal.

Haikal hanya tersenyum. Sejujurnya, dia agak kecewa. Dia sudah terlambat untuk meluahkan perasaannya pada Balqis. Niatnya jika dia sudah sembuh, dia ingin memberi Balqis patung beruang yang dia beli tempoh hari dan terus meluahkan perasaannya pada Balqis.

"Baguslah bro. Aku tumpang gembira dengan kau. Jaga dia baik-baik tau." Haikal menumbuk bahu Haziq perlahan.

"Jangan risaulah. Aku sayang dia jadi aku akan jaga dia macam aku jaga diri aku sendiri." Kata Haziq mendabik dada.

"Kau jangan cakap banyak. Kalau aku nampak air mata Balqis jatuh walau setitik pun, sorry aku akan ambil dia dari kau. Hehe." Balas Haikal sinis.

Mungkin kata-kata Haikal itu seperti bergurau bagi Haziq tetapi sebenarnya Haikal memang benar-benar maksudkannya.

--------------------

Pantas Balqis membaca whatsapp yang dihantar oleh Haziq.

Haziq : Assalamualaikum, cinta.

Wuish, dah macam cerita 7 Petala Cinta.

Balqis : Waalaikummusalam, rindu.

Haziq : ahahahaha melt ah

Balqis : Tak payah nak mengada sangat okay?

Haziq : Ala rindu Qis la. Qis tak rindu Ajiq?

Balqis : Rindulah jugak. Erm. Ajiq? Tak rindu Qis?

Haziq : Ish apa tanya macam tu. Mestilah Ajiq rindu Qis

Balqis : Hahahaha manalah tahu tak rindu kan.

Haziq : Always rindu ♡

Semasa Balqis hendak membalas whatsapp Haziq, Haziq menelefonnya. Balqis menekan butang hijau.

*on call with Haziq*

"Sayang."

"Hei kenapa call? Whatsapp ajelah. Buat habis kredit aje." Rungut Balqis.

"Ala habiskan topup untuk Qis apa salahnya. Lagipun, rindulah nak dengar suara Qis."

"Eleh mengada. Tampar kang."

"Hahaha berani ke nak tampar?"

"Berani aje."

"Nangis ah macam ni."

"Nangislah. Nak juga dengar Ajiq nangis. haha."

"Huwaaa... okay tak reti lah benda macam ni."

Balqis ketawa kecil.

"Macam baby."

Haziq pula ketawa di hujung talian.

"Erm, Ajiq.."

"Ye?"

"Whatsapp jelah eh? Nanti habis pula kredit."

"Hurm tak rindu nak dengar suara Ajiq?" sedih aje dengar suara Haziq.

"Er bukan macam tu. Kita kan boleh pakai voice. Ha jimat sikit kredit." Bernas betul idea Balqis ni.

Haziq ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh okay okay. Kita voice eh? Assalamualaikum. Love you."

"Waalaikummusalam. Love you too." Kata Balqis perlahan. Butang merah di tekan.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now