Bab 25

2.4K 65 2
                                    

"Okay Qis, mama. Ajiq balik dulu. Kirim salam kat ayah eh?" Haziq bangun dan menyalam tangan Puan Julia. Dia mengenyitkan mata pada Balqis.

"Bawa motor baik-baik Jiq. Jangan merempit pula." Sindir Puan Julia sambil tersenyum.

"Takkan lah mama. Ajiq still sayang nyawa lagi." Jawab Haziq.

Dia melangkah keluar dari wad Balqis. Sebelum dia pulang, dia sempat membeli sebungkus roti dan majerin di kedai berdekatan rumahnya. Bolehlah dia makan roti bakar disapu majerin.

"Assalamualaikum. Ibu, Ajiq dah balik." Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memberi ibunya bungkusan roti yang dibeli tadi.

"Waalaikummusalam. Haa pergi mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama. Ayah dah tunggu tu." Kata Puan Sharlina, nama ibu Haziq.

Haziq tidak menyahut. Kakinya terus menaiki tangga satu persatu. Letih pula rasanya.

Selepas membersihkan diri Haziq berbaring sebentar di atas katil. Iphonenya dicapai.

Ajiq dah sampai rumah. Nak makan jap. -Haziq-

Mesej whatsapp itu terus di hantar kepada Balqis.

Lama dia menunggu tetapi tiada balasan dari Balqis. Akhirnya, dia gagahkan diri untuk bangun dan turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera bersama ibu,ayah dan adik-adik perempuannya.

"Qis tadi macam mana? Okay tak?" tanya Puan Sharlina. Encik Zamri hanya mendengar sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Okay je ibu. Esok Ajiq tak sekolah boleh? Letih lah." Jawab Haziq lemah. Kepalanya terasa sakit.

"Okay boleh tapi jangan pergi mana-mana tau. Tunggu sampai ibu balik kerja baru boleh keluar. Kalau nak lawat Qis pun tunggu dulu." Kata Puan Sharlina panjang lebar.

"Baik bu." Jawab Haziq. Dia menghabiskan sisa rotinya dan terus naik ke atas. Kepalanya berdenyut-denyut.

Iphonenya dicapai. Takut jika ada whatsapp daripada Balqis. Tetapi apabila diperiksa, tiada pula. Haziq cuba menghubungi Balqis walaupun kepalanya sakit bagai hendak pecah.

"Hello Jiq?"

"Hello Qis. Kenapa tak reply whatsapp?" tanya Haziq sambil memicit kepalanya. Nak bagitahu ke tak eh?

"Oh Ajiq ada hantar whatsapp ke? Qis tak ambil data lah. And doktor baru je masukkan ubat antibiotik dalam badan Qis jadi Qis agak mabuk lah. Maaf sayang."

"Ada. Hm kita ni macam ada jodoh aje. Ajiq pun tengah sakit kepala ni." Adu Haziq. Terpaksalah sebab nak juga merasa dimanja.

"Eh yeke? Nak Qis datang rumah Ajiq ke?" tanya Balqis risau.

"Eh takpe takpe. Ajiq okay. Please. Qis tengah tak sihat kan? Nanti jadi apa-apa macam mana?"

"No. I'll be there. Bye." Terus Balqis memutuskan talian.

"Qis! Balqis! Ya Allah..." Haziq mengeluh berat. Kenapalah aku bagitahu tadi?! Haziq menepuk mulutnya sendiri.

Haziq terus bangun dari katil. Sweater hoodienya dicapai dan terus turun ke tingkat bawah. Dia ingin menunggu sehingga Balqis sampai.

"Jiq. Nak pergi mana tu?" tegur Puan Sharlina yang sedang mengemas meja makan.

"Tak pergi mana-mana pun bu. Qis nak datang sini." Kata Haziq. Dia meninjau-ninjau ke luar. Mana tahu Balqis sudah sampai.

"Laa. Kan dia tak sihat? Kenapa nak datang sini?" Puan Sharlina menghampiri Haziq.

"Ajiq terlepas cakap dekat dia yang Ajiq pening kepala jadi dia pun risau. Dia nak datang sini. Haih suka buat kerja gila lah dia ni." Bebel Haziq.

"Eleh, yang suka buat kerja gila tu juga yang Ajiq sayangkan? Nanti kalau jadi apa-apa masa dia datang sini macam mana? Ha pergi tunggu depan rumah tu." Puan Sharlina mencubit lengan anak lelakinya itu. Pandai-pandai buka mulut siapa suruh.

"Sakitlah ibu. Haih yelah yelah." Haziq terus duduk di meja tempat keluarganya sering minum petang.

Kerana terpaksa menahan sakit kepalanya, dia terlelap di situ.

--------------------

"Ajiq.. Ajiq.. Bangunlah.." kejut Balqis.

Terpisat-pisat Haziq bangun dari tidurnya. Balqis yang masih berpakaian hospital dipandang.

"Hei sayang. Kenapa sanggup datang sini? Haih macam mana dapat keluar ni? Muka awak pucat ni." Haziq mengusap pipi Balqis. Luluh hatinya memandang muka pucat Balqis. Pada masa yang sama dia juga terharu kerana Balqis sanggup datang ke rumahnya.

Belum sempat Balqis bersuara, tiba-tiba dia rebah. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Nasib baik tubuh kecilnya sempat ditangkap oleh Haziq.

"Qis.. risaukan.. Ajiq.." kata Balqis separuh sedar.

"Kalau risau pun jangan buat kerja bodoh macam ni boleh tak?! Ajiq dah okay. Mungkin sebab penat." Marah Haziq.

Balqis tidak menjawab. Dia pengsan.

"Ibu! Ayah!" jerit Haziq cemas. Pantas dia mencepung tubuh kecil Balqis dan dibawa masuk ke dalam. Mulutnya tidak henti-henti memanggil ibu dan ayahnya.

--------------------

"Qis,bangun! Please bangun! Jangan buat Ajiq risau!"

Sayup-sayup kedengaran suara seseorang yang cukup dikenali Balqis. Suara Haziq pastinya.

Balqis membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya yang masih sakit dipegang.

"Sayang okay?" tanya Haziq risau.

Balqis mengangguk seraya bertanya, "kepala Ajiq dah okay?"

"Dah okay. Tak payah risau pasal Ajiq. Risaukan pasal diri sendiri tu dulu." Bebel Haziq.

"Maaf. Qis cuma risau." Balqis menundukkan kepalanya.

"Qis tahu tak Ajiq risau? Tak perlulah Qis datang sini kalau Ajiq sakit. Qis pun tengah sakit kan? Nanti jadi apa-apa macam mana? Nasib baik Qis pengsan kat sini, kalau pengsan kat tengah jalan macam mana? Pleaselah Qis. Stop buat Ajiq risau." Air mata Haziq sudah bergenang.

"Please Qis.. Please.." Haziq cuba menahan tangisnya. Suaranya sudah mula serak.

"Tak. Qis tak akan buat Ajiq risau lagi. Qis tak akan buat kerja gila lagi." Janji Balqis kepada Haziq.

Haziq mengangkat mukanya. Dia memandang Balqis lama.

Balqis mengesat air mata yang sudah mula menuruni pipi Haziq. Ish, macam budak-budak. Cengeng.

"Esok pagi Ajiq hantar Qis pergi hospital balik eh? Ajiq akan jaga Qis kat sana." Kata Haziq.

Balqis mengangguk. "Nak tidur." Kata Balqis. Dia memang betul-betul mengantuk. Mungkin kerana kesan ubat yang dimasukkan ke dalam tubuhnya.

"Tidurlah sayang. In shaa Allah esok semuanya akan baik-baik sahaja." Kata Haziq. Dia menutup tubuh Balqis dengan selimut tebal supaya Balqis tidak kesejukkan. Balqis tidur di bilik adik perempuannya. Ameera.

Wajah Balqis yang sedang lena dipandang lama.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Haziq cuba menyayangi gadis ini. Sukar untuk menemukan gadis yang setia dan ambil berat seperti Balqis.

Haziq terus masuk ke bilik tidurnya. Esok akan bermulanya hari yang baru. In shaa Allah.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now