Bab 70

3.3K 56 2
                                    

Pagi-pagi lagi Haikal sudah berada di hadapan rumah Dina, girlfriend Haziq. Banyak benda yang bermain di fikirannya sekarang. Pertama, dapatkah Dina terima yang Haziq ada sakit yang boleh membawa maut? Kedua, Haziq tidak pernah memberi izin untuk dia bagitahu Dina tentang penyakit dia. Dan yang paling penting, sanggup ke Dina berada di sisi Haziq disaat ini?

Tiba-tiba pintu pagar rumah Dina terbuka dengan sendirinya. Haikal terpegun sebentar. Ajaib! Macam mana boleh pagar ni terbuka sendiri sedangkan aku bagi salam pun belum.

"Kenapa kau tercongok depan pintu pagar rumah aku ni?" Tegur seseorang.

Haikal hampir terlompat kerana terkejut. Kurang asam betul Si Dina ni.

"Assalamualaikum." Ucap Haikal dengan wajah yang cuba dimaniskan.

Dina termalu sendiri. "Waalaikummusalam." Jawabnya.

"Sorrylah, pagi-pagi lagi aku dah ada depan rumah kau ni. Actually, ada something yang agak important jugaklah aku nak bagitahu kau." Haikal terus straight to the point. Tak nak berkias-kias lagi dah.

Dina berpeluk tubuh. "Masuklah dulu."

Haikal menggeleng. "Tak apa, kita cakap kat sini aje."

"Okay, go on."

Haikal dan Dina duduk di bangku batu berhampiran rumah Dina. Cuaca agak panas jadi lebih baik duduk di tempat yang redup dan selesa kan? Baru best nak berbual.

"Sebelum aku cakap ni, kau ada tak sakit lemah jantung ke, asma ke.. ada?" Haikal bertanya dengan wajah yang serius.

Tergelak Dina dibuatnya. Wajah serius Haikal itu lagilah buat dia nak ketawa dengan lebih kuat lagi. Tak pernah dia melihat muka Haikal yang serius macam sekarang ini.

"Aku serius lah." Haikal memasamkan muka. Rasa macam buang masa pula aku datang hari ini.

"Okay okay maaf." Dina menutup mulutnya. Mukanya merah padam. Cuba menahan ketawa yang masih bersisa.

"Dahlah, buang masa aku aje datang." Haikal bangun dan ingin menuju ke motosikalnya tapi Dina pantas menarik lengannya. Terbuntang mata Haikal. Terus dia merentap lengannya.

"Apa ni, pegang-pegang pulak."

"Maaflah. Spontan." Dina sedikit merengus.

Haikal kembali duduk. Tetapi bukan disebelah Dina seperti tadi. Dia duduk dihadapan Dina supaya senang berbual pandang muka. Tak adalah sakit tengkuk nak toleh-toleh. Hatinya sedikit sebal dengan Dina tetapi kerana Haziq, dia sanggup menahan rasa sakit hatinya itu.

"Dah, aku malas nak berkias-kias. Kau tahu kenapa Ajiq dah lama tak contact kau? Dah dekat dua minggu juga dia tak contact kau kan?"

Dina mengangguk. Betul, sudah dua minggu lebih Haziq tidak menghubunginya selepas mereka berjumpa tempoh hari. Malaslah pula dia nak menganggu sebab mungkin Haziq sibuk.

"Haziq sekarang dia kat hospital. Tapi, kejap. Tunggu aku habis cakap dulu." Haikal menahan Dina dari memotong percakapannya kerana melihat reaksi Dina.

Ya Allah, kenapalah aku kena hadap semua wajah sedih ni? Hati Haikal berbisik pilu.

"Dia kena tumor otak. Tahap akhir. At first, doktor decide nak bedah dan buang tumor tu tapi itu kerja bahaya sangat. Jadi kali ni, doktor nak buat rawatan radiosurgery ke atas Ajiq. Ada side effect juga. Nanti pandai-pandailah google sendiri. Aku cuma takut dia tak kuat nak lalui semua ni. Tapi, disebabkan ibu dah tanda tangan surat perjanjian.. kita kena tengoklah setakat mana kemampuan Haziq nanti." Terang Haikal dengan wajah yang kusut.

Dina mengangguk. Dia faham apa yang Haikal sampaikan.

Suprisingly, Dina agak tenang. Dia tak menangis atau terkejut sangat. Terkejut sikit ajelah.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now