Bab 58

1.9K 60 2
                                    

[Media]
Haikal dan Balqis

*****

Selepas solat maghrib berjemaah, Balqis membantu Puan Julia memasak di dapur manakala Haikal disuruh menonton televisyen. Haikal tidak dibenarkan untuk masuk ke dapur sehingga makanan siap di masak. Takut dapur berselerak seperti petang tadi.

Encik Ridhuan tidak dapat pulang malam ini kerana ada beberapa kes yang perlu dia selesaikan.

Amelia menemani Haikal menonton televisyen.

"Abang." Panggil Amelia.

"Hm." Haikal memandang Amelia sekilas.

"Abang Haikal dah ada girlfriend?"

Haikal yang sedang mengunyah keropok Twister tersedak. Gulp!

"Girlfriend? Mana ada."

Amelia mengecilkan mata. "Yeke tak ada? Muka handsome macam ni takkan tak ada sesiapa minat?"

Haikal angkat bahu. "Mungkin dia orang yang minat abang, tapi abang tak minat dia orang kut."

"Abang tunggu kak Qis ke?"

"Mana ada." kata Haikal lagi.

"Habis tu...."

"Abang ada je minat seseorang. Tapi bukan Balqis, okay?" Haikal memotong kata-kata Amelia.

"Hm, yelah." jawab Amelia. Malas betul berdebat dengan orang yang sentiasa nak menang aje ni.

*****

Asam pedas ikan pari dan sayur kubis goreng menaikkan selera Haikal. Dua-dua favourite aku ni!

"Tambah lagi, Kal. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri." pelawa Puan Julia.

Balqis membetulkan tudung yang agak senget. Dia kena bertudung di rumah kerana ada Haikal. Dalam bilik nanti boleh aje dia buka.

Berselera Haikal makan. Sampai tiga pinggan nasi di tambahnya.

Balqis membesarkan matanya. Banyaknya dia ni makan! Tak padan dengan badan kurus.

"Kalau Haikal nak tahu, asam pedas ni Balqis yang masak. Dia memang pandai masak asam pedas." kata Puan Julia.

"Belajar dengan mama juga kan." Balqis tersenyum sipu.

"Sedaplah. Lain kali kalau aku datang rumah mama lagi, bolehlah kau masakkan untuk aku kan?" tanya Haikal, dia memandang Balqis.

Balqis hanya mengangguk setuju.

"Dah, makan makan." Puan Julia menyuapkan nasi ke mulut. Gembira betul dia kerana Haikal bermalam dirumahnya. Rindu dia pada Zakwan dan Aryan beransur hilang.

*****

"Kenapa kau banyak makan, tapi kau tak gemuk juga eh?" Balqis memandang Haikal. Mereka duduk di pondok selepas menjamu selera tadi.

"Entahlah. Mungkin sebab keturunan kut. Mama dengan ayah aku dua-dua family dia orang kurus. Aku, kakak dengan abang aku pun kurus juga. Cuma adik bongsu aku tu aje yang tembam sikit." jelas Haikal. Ringkas dan padat.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now