Bab 12

3.4K 102 0
                                    

"Mama harini Qis ada check up kat hospital. Doktor nak tengok tangan Qis ni dah okay ke belum." Balqis memandang Puan Julia yang sedang memandu kereta.

"Oh haah kan. Takpe kita terus pergi hospital okay?" Puan Julia terus memandu untuk menghantar Balqis ke hospital.

--------------------

"Weh,Kal. Harini aku ada check up kat hospital lah. Temankan aku jom?" pinta Haziq semasa mereka berjalan menghala ke tempat parking motor.

Haikal melirik jam di tangan. "Haa bolehlah. Jom aku temankan. Lepas tu, kita terus pergi makan tau. Aku dah lapar ni." Haikal mengusap perutnya yang kempis. Haikal ni makan banyak tapi badan tak naik-naik. Haziq tergelak.

"Ye ye jom kita pergi hospital. Lepas tu kita makan. Aku belanja. Set?"

"Set! hahahaha." Bukan main seronok Haikal mendengar perkataan 'belanja'. Yelah siapa tak suka orang belanja makan. Rezeki jangan ditolak!

Haziq dan Haikal menunggang motorsikal pergi ke hospital.

Mereka mengambil nombor dan Haziq memberi surat appointment di kaunter dan duduk di ruangan menunggu sehingga namanya di panggil.

"Nur Syahirah Balqis."

Haziq terus mengangkat muka. Eh?

Dia melihat Balqis melangkah ke arah jururawat tersebut. Dia memandang tangan Balqis yang berbalut. Kesian Haziq melihatnya.

Kalaulah aku betul-betul lindungi dia masa jatuh tangga haritu mesti dia tak cedera. Bisik hati Haziq. Menyesal.

Haikal duduk di sebelahnya selepas Balqis masuk ke bilik rawatan. Di tangannya ada sebungkus burger dan secawan air milo yang di beli dari mesin automatik. Lapar sangatlah tu.

Nama Haziq disebut selepas itu. Dia masuk ke dalam bilik rawatan sebelum sempat menunggu Balqis keluar.

--------------------

"Tangan kamu dah semakin pulih ni. Jangan angkat benda berat tau. Jaga diri. Jangan cuai lagi okay?" kata doktor yang merawat Balqis.

"Hehe baik doktor. Thanks." Jawab Balqis ringkas.

Balqis keluar dari bilik rawatan dan dia ternampak Haikal.

Dia duduk di sebelahnya tetapi Haikal tidak perasan akan kehadiran Balqis.

"Hai awak. Boleh kenal?"

"Tak boleh. Maaf." Jawab Haikal tanpa mengangkat mukanya.

Balqis menahan ketawa. "Alaa tapi awak comel sangat. Bolehlah." Balqis memegang bahu Haikal.

"Woi, nak gaduh ke?" Haikal menepis tangan yang berani memegang bahunya. Dia mengangkat muka. Akhirnya.

Dia terkejut melihat wajah orang yang cuba menguratnya.

Balqis ketawa terbahak-bahak.

"Ish kau ni Qis. Terkejut aku. Nasib kau tak kena tampar dengan aku tau. Yelah suka hati je nak pegang-pegang en. Nasib berlapik." Rungut Haikal.

"Aku saja nak kenakan kau. Kelakar muka kau tadi haha sombongnya. Nak kenal pun tak boleh. Huh." Balqis menarik muka masam.

"I'm single but not available okayy." Jawab Haikal bangga.

"Ceh untunglah siapa yang dapat kau." Balqis senyum.

Kau lah insan bertuah tu. Haikal tersenyum pahit.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now