Bab 38

1.8K 59 0
                                    

[Media]
Aidil

*****

Setahun kemudian

Balqis menghela nafas lega. Umurnya sudah genap enam belas tahun. Esok pada 4 Januari akan bermulanya sesi persekolahan.

Keputusan PMRnya juga tidak mengecewakan. Dia mendapat 3A 5B.

Sejujurnya, Balqis masih mengharap pada Haziq walaupun pada ketika ini Haziq sudah tidak mengendahkannya. Mereka sudah tidak bertegur sapa sejak kem tahun lepas.

Sepanjang bulan Disember, Haikal sahaja yang sudi menemaninya, berbual dengannya dan mendengar segala luahan hatinya.

Telefonnya berbunyi minta diangkat. Nama Haikal tentera di skrin telefon. Butang hijau ditekan.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Balqis. Happy birthday to you ~" Haikal terus menyanyi apabila panggilannya dijawab.

Balqis terdiam kerana terharu. Tepat pukul 12:00 pagi pula tu. Jadi Haikal adalah first wisher Balqis pada hari istimewa itu.

"Thank you, Kal." Balqis cuba mengawal suaranya yang sebak tiba-tiba.

"Jangan nak nangis. Cengeng."

Balqis tergelak. Macam tahu tahu aje!

"Esok kita celebrate. Tak kira." Haikal seperti anak kecil yang meminta orang mengikut kehendaknya.

"Ye. Kalau aku tak nak pun kau nak buat juga kan?"

Haikal ketawa.

"Esok sekolah kan? I will pick you up at 5pm." Kata Haikal penuh romantis.

"Tak payah nak goda aku okay? Jumpa kat sekolah esok! Good night. And thanks again." Ucap Balqis.

"No problem, princess. Good night." Balas Haikal.

Butang merah ditekan. Balqis dan Haikal melelapkan mata. Tidak sabar untuk menghadapi hari esok.

--------------------

Kepada semua murid tingkatan tiga tahun lepas, buat masa sekarang ni kamu masuk ke kelas kamu yang tahun lepas. Selepas rehat baru kamu akan diagihkan di kelas sebenar kamu.

"Selamat pagi, Aina." Balqis menyapa.

"Pagi." Balas Aina ringkas.

"Btw, happy birthday Qis. Chukahae (congratulation)!" Aina menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Thank you." Salam Aina disambut baik oleh Balqis.

"Oh ya. Aku nak pergi kelas sebelah kejap. Haikal dah datang belum?" Balqis bangun dari tempat duduknya.

Aina diam seakan berfikir. Tidak lama kemudian dia mengangguk.

"Aku pergi jumpa dia sekejap." Balqis terus berlalu ke kelas sebelah.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke kelas 3A, semua murid kelas itu menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuknya.

Balqis tersenyum malu. Ni mesti Haikal punya kerja.

Haikal muncul di belakang Balqis.

"Hello." Bisik Haikal perlahan.

Balqis memusingkan badannya mengadap Haikal.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now