Bab 29

2.1K 66 2
                                    

"Apa?! Kau ulang balik?" Terkejut Haikal mendengar berita yang disampaikan Haziq tadi. Gila ke apa kawan aku ni?

"Ye.. Aku dah putus dengan dia." Haziq mengulang lagi.

"Apa Jiq? Kau dah putus dengan Balqis ke?" Rafiqi yang kebetulan lalu tiba-tiba mencelah.

"Ye Encik Rafiqi." Jawab Haziq.

"Haa. Bagus-bagus. Aku bukannya suka kau dengan Balqis tu. Sebab..." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Haikal memotong.

"Kenapa kau putus dengan dia? Dia buat salah apa sampai kau minta putus ni?" tanya Haikal.

Haziq ingin menjawab tapi dipotong lagi oleh Haikal.

"Kejap. Eh Fiq, kau blah. Sibuk aje. Bukan boleh tolong apa pun. Batu api aje tahu." Sindir Haikal.

"Hak ala lek ah. Bukan nak batu api. Memang aku tak suka dia orang bercinta sebab Balqis tak sesuai langsung dengan dia." Kata Rafiqi sambil jarinya menunjuk ke arah Haziq.

"Kau blah sebelum aku hilang sabar!" suara Haikal sudah naik satu volume. Suka hati mak ayah kau aje kutuk buah hati aku. Kurang asam betul!

Rafiqi terus berlalu. Sakit hatinya. Ikutkan hati mahu saja dia tumbuk muka Haikal di situ juga tetapi disebabkan Haziq ada di situ, dia cuba bersabar. Haziq bukan boleh tengok Haikal kena tumbuk. Mahu dia yang kena dengan penumbuk sulung Haziq. Haziq bukan calang-calang orang. Nampak aje selekeh.

Haikal mendengus kasar.

"Kau tak payah ambil kisah pun pasal si Fiq tu. Dia memang macam tu. Batu api." Kata Haikal.

Haziq hanya mengangguk.

"Okay ceritalah kenapa kau orang boleh break ni?" tanya Haikal lagi.

"Firstly, ayah Qis tak pernah restu hubungan ni. Secondly, ibu aku tak restu dah sebab aku tak pandai nak urus masa belajar aku. Asyik mengadap phone aje. Masa belajar tah kemana." Jawab Haziq panjang.

Haikal mengurut dagunya. Betul juga. Haziq memang tak pandai nak urus masa dia. Tah macam mana result PMR dia pun aku tak tahu.

"Takpelah Jiq. Terima ajelah. Kau yang buat keputusan ni. Bunga bukan sekuntum bro." Haikal memberi semangat.

Haziq cuma diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.

--------------------

Balqis hanya termenung memandang ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkannya.

"Qis!" tegur Dina.

Tersentak Balqis dari lamunannya. Ish budak ni sehari tak kacau aku tak boleh ke?

"Hm, kau nak apa?" Balqis bertanya malas.

"Ni haa aku nak minta tanda tangan kau sebab kau kata nak pergi kem Manjadda Wajadda haritu kan?" Kata Dina sambil menghulur sehelai kertas.

"Tulis nama kau sekali tau." Tambah Dina lagi.

Laju Balqis menulis nama dan tanda tangan. Terus di hulur kepada Dina selepas selesai.

"Thanks." Ucap Dina dan berlalu.

"Hm lagi seminggu sebelum kem tu mula. Ajiq pergi ke tak agaknya?" Balqis tertanya-tanya sendiri.

"Nur Syahirah Balqis!!" Erine yang datang entah dari mana terus meluru ke arah Balqis.

Aduhai minah ni nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak mesti dah jadi arwah. Balqis menggelengkan kepalanya. Nasib tak ada cikgu kalau tak naya weh naya!

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now