Bab 76

4.8K 75 2
                                    

Sepanjang pulang ke rumah, Balqis hanya diam membisu. Dia akan bersuara apabila Aidil bertanya dia sesuatu. Pelik juga Aidil.

Aku ada buat salah ke? Sempat hati Aidil berkata-kata.

Dia memandang Balqis yang sedang memandang ke luar tingkap. Tak. Lebih kepada termenung sebenarnya. Aidil asyik menyentuh rambutnya. Itu dah jadi satu tabiat dia kalau suasana bertukar jadi janggal bagi dia.

"Syirah," panggilnya.

Balqis memandang Aidil dengan senyuman tawar.

"Kenapa ni? Okay tak?"

Balqis menggeleng. "Syirah okay."

Berkerut dahi Aidil mendengar jawapan itu. Jawapan Balqis itu langsung tidak memuaskan hati dia. So, kalau tak puas hati kena tanya lagi.

"Habistu kenapa dari tadi diam?"

"Penat kut." Jawab Balqis ringkas. Selepas itu dia terus pandang luar balik.

Makin tak puas hatilah muka Aidil. Rasanya mereka tadi hanya menonton wayang lepas itu terus pergi makan.

PENAT TANG MANANYA?!

Okay kali ini Aidil dah tak boleh nak berlembut. Geram jugak sebab kita tak dipedulikan.

Perlahan-lahan Aidil menarik nafas dan menghembus perlahan. Cuba menahan rasa marah yang tiba-tiba singgah. Korang fahamlah yang Aidil ni tahap kesabaran dia kurang sikit.

Aidil menyeluk poket seluar. Layan twitter lagi bagos!

Eh, ada whatsapp dari Haikal.

Haikal : Weh, kau tahu tak Ajiq pergi China hari ni? Tak nak datang jumpa dia ke?

Baca aje whatsapp dari Haikal, Aidil sudah dapat agak kenapa dari tadi Balqis diam. Damn, aku jealouslah shial.

Kereta yang dipandu oleh Pak Daud berhenti dihadapan rumah Balqis. Balqis terus keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih. Tapi langkah dia terhenti apabila dia sedar yang Aidil tidak keluar sekali. Bukan Aidil akan bermalam dirumah dia ke?

Tingkap kereta diketuk tapi Aidil langsung tak pandang dia. Muka Aidil serius aje. Tanpa sebarang amaran, kereta mewah itu bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.

Balqis menggigit bibir. Apa aku dah buat ni?

*****

"Abang okay?" Aina Batrisya melentok kepalanya di lengan Haziq.

Haziq tersenyum. Manja betul adiknya ni. Kepala adiknya diusap sayang.

"Abang okay. Abang rindu Kak Dina aje."

"Kalau abang rindu, abang telefonlah diaorang. Apa guna ada whatsapp kan? kan? kan?" Makin lebar senyuman Aina Batrisya.

Haziq ketawa kecil. "Yelah, nanti abang whatsapp diaorang." Aina Sofea yang sedang tidur disebelah kanannya dia pandang lama.

"Isya, abang nak tanya something boleh?"

Aina Batrisya mengangguk.

"Em.... Kenapa Phia tak suka dengan Kak Dina eh?"

"Dia pernah cakap dengan Isya... masa pertama kali dia jumpa Kak Dina, rasa tak suka tu timbul secara semulajadi. Dia pun tak tahu kenapa."

Haziq terdiam. 

"Lepas tu bila dia cakap macam tu, Isya cakap apa?"

"Kejap. Nak minum air." Aina Batrisya terus mencapai botol air oren dan meneguknya perlahan.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now