Bab 77 (Final)

11.7K 143 7
                                    

Setahun kemudian

Peperiksaan SPM semakin hampir. Balqis berusaha sebanyak yang boleh supaya dia dapat keputusan yang cemerlang. Dia ingin menjadi seorang arkitek.

Kelas Balqis tetap sama. Dia tetap mengambil kursus akaun, perdagangan dan seni. Dia masih mahu menjadi arkitek walaupun setakat diploma sahaja.

Haikal? Aina sudah berjaya mencuri hatinya. Kata orang, kalau dah ada jodoh tu memang tak kemana ye dok? Dengarnya lima tahun lagi mereka akan berkahwin. InshaAllah kalau ada jodoh adalah kan.

Korang mesti tertanya-tanya Haikal tak sedih ke bila tahu Haziq dah tak ada? Hish, mestilah sedih. Kawan daripada kecil kut. Nasib baik ada Aina yang sentiasa ada dengan dia. Kalau tak mesti dia dah kemurungan.

Dina sudah semakin pulih dengan kemurungan yang teruk tu. Alhamdulillah dia sudah boleh terima yang Haziq sudah tidak ada lagi di dunia ni.

Balqis? Masih single but not available. Dia nak fokus pada SPM dulu. Pasal cinta bila-bila boleh fikir.

Aidil juga masih single but not available. Dia dah jadi kawan paling rapat dengan Balqis. Orang putih kata, guy and girl bestfriend gitu.

Jika dilihat dengan mata kasar mesti orang fikir Aidil dan Balqis ni ada hubungan tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun. Mereka cuma berkawan. Kiranya, mereka masih mengenal hati budi masing-masing la. Mana tahu ada jodoh kan, boleh kahwin terus!

"Jom makan!" Aidil menarik lembut lengan Balqis.

"Jom!" Balqis mengikut langkah Aidil.

"Nak makan apa? Iwan belanja."

"Ala asyik Iwan aje belanja. Segan la Syirah." Balqis memuncungkan bibir. Geram.

"Eleh, tak apa la. Syirah kan special bagi Iwan." Aidil mengenyitkan mata.
Balqis hanya mengangguk. Spontan dia memaut bahu Aidil.

"Eh, kenapa ni?" Aidil terpinga-pinga dalam pelukan Balqis.

"Entah. Rindu." Jawab Balqis selamba.

Aidil hanya tersenyum nakal.

"Syirah goda Iwan eh?"

Terus Balqis melepaskan pautannya dari bahu Aidil. Malu.

"Mana ada." Balqis mengelak dari bertembung mata dengan Aidil.

Aidil ketawa terbahak-bahak sambil kakinya melangkah ke arah kaunter makanan. Selesai membeli, mereka duduk di koridor kelas dan makan bersama.

"Boleh kita orang join sekali?" Haikal dan Aina duduk di sebelah Aidil dan Balqis.

"Kau dah duduk pun." Seloroh Balqis sambil ketawa mengekek.

"Hari ni Aina bawa bekal!" Kata Aina teruja. Dia mengeluarkan dua bekas makanan dari dalam beg kertas.

"Wahh! Aina bawa apa?" Haikal pun teruja juga.

"Ayam goreng dengan nasi goreng." Aina membuka penutup bekas dan terus menyuap nasi ke mulut Haikal.

"Sedap?" Tanya Aina.

"Mestilah sedap." Puji Haikal.

Aina dan Haikal seakan berada di dunia mereka sendiri.

"Better kita blah." Cadang Aidil.

Balqis mengangguk setuju. Rasa kekok pula melihat mereka.

Baru sahaja mereka mahu beredar, Aina menegur.

"Kau orang nak pergi mana? Haa nak dating ehh?" Usik Aina sambil menyiku Haikal disebelah, meminta sokongan.

Haikal mengangkat sebelah keningnya. "Nak privacy la tu."

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now