Bab 64

2K 70 2
                                    

Berkerut dahi Haikal dan Haziq apabila motosikal mereka ditahan oleh seseorang yang tidak mereka kenali.

Lelaki itu menanggal topi keledarnya. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabut sehingga kemas sempurna.

"Weh, apa ni? Tahan-tahan motor orang pulak?" Laung Haziq.

Lelaki itu ketawa kecil. "Aku ada perhitungan yang nak dibuat dengan kau Haziq." Katanya dengan senyuman sinis di bibir.

Haziq dan Haikal berpandangan sendiri.

"Perhitungan apa?" tanya Haikal.

"Firstly, nama aku Danish. Boyfriend kepada Dina." Danish memperkenalkan diri. Siap menunduk sedikit ala-ala pelakon Korea tu.

Haziq terpempan. Haikal sahaja yang berlagak tenang. Kerana dia tahu saat ini pasti akan tiba juga. Yelah, Dina tu masih lagi girlfriend orang. Haziq senang-senang aje rampas, memang angin la Si Danish ni.

"Kau mesti kenal Dina tu siapa kan?" Danish angkat sebelah kening. Dia melangkah ke arah Haziq dan Haikal.

Perlahan-lahan Haziq mengangguk.

"Dah lama aku tunggu saat ni. Aku nak bersemuka dengan kau." Ujar Danish sambil berpeluk tubuh.

Haziq masih cuba mengawal riak wajahnya. Tak nak nampak muka dia cemas sangat nanti Danish boleh buat kesimpulan yang dia penakut. Penakut nak hadapi benda ni.

"Kau nak bincang apa dengan aku?" tanya Haziq kasar.

Tiba-tiba kolar baju Haziq direngut kasar oleh Danish. Haziq terdorong ke depan. Wajah Danish yang tenang tadi bertukar marah. Mukanya merah padam.

Haikal disebelah terpaku. Terkejut dengan tindakan kasar Danish itu. Dia menggenggam penumbuk.

"Lepaslah, sial!" Jerit Haziq. Dia mencengkam lengan Danish yang masih menggengam kolar bajunya. Tubuhnya sedikit ternaik kerana badan Danish besar sedikit daripada dia.

Terus tubuh Haziq ditolak kasar. Haziq cuba mengambil nafas. Sakit woi!

Haikal membantu Haziq bangun. Kelihatan urat timbul di tepi dahi Haikal. Mesti dia marah sangat sekarang.

"Bro, tak mainlah gaduh ni. Sebab seorang perempuan aje kut. Tak gentleman langsung kau ni!" Tempik Haikal. Memang dia tidak puas hati melihat rakannya diperlakukan seperti itu.

"Kau tak payah nak masuk campur! Ini antara aku dengan dia!" Jari telunjuk Danish ditunding ke arah Haziq.

Haziq memegang kepalanya. Aduh, apa hal sakit sangat ni?

"Apa yang kau fikir hah, Haziq? Kenapa kau rampas Dina daripada aku? Aku dengan dia dah setahun bersama weh. Susah senang dia, aku ni yang menghadapnya. Banyak duit aku dah habis sebab dia. Hanya sebab dia! Perempuan yang tak sedar di untung!" Danish meninggikan suaranya.

"Kau jaga sikit mulut kau tu! Dina bukan perempuan macam tu!" Haziq menjawab. Siapa tak panas hati bila orang lain kutuk buah hati kita.

"Memang perempuan tu tak sedar diri! Orang dah berkorban macam-macam untuk dia. Dia yang tak pandai nak hargai. Itu yang kau kebulur sangat nak jadikan girlfriend kau?!" Jerkah Danish lagi.

"Tapi dia tu pun girlfriend kau jugak!" Haikal menyampuk.

"Itu dulu! Aku dah putus pun dengan dia sebab kau lah, Haziq. Dia dah suka sangat dekat kau sampai aku ni dia buang macam sampah, kau tahu tak?!" Danish melangkah ke arah Haziq dan terus menumbuk kuat pipi kiri Haziq. Haikal terkejut. Dia membalas tindakan Danish itu dengan menumbuk perutnya.

Danish terduduk.

Haziq mengelap darah yang mengalir di tepi bibirnya. Haziq terus bangun dan meluru ke arah Danish tapi pantas Haikal menahan.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now