Bab 67

2.2K 59 6
                                    

[Media]
Haikal dan Haziq

*****

Encik Zamri meraup mukanya beberapa kali. Kesal kerana dia tidak dapat mengesan penyakit anaknya walaupun dia seorang doktor.

Haziq masih lagi di dalam bilik rawatan. Encik Zamri dan Puan Sharlina sabar menunggu di luar walaupun hati mereka gelisah.

Beberapa minit kemudian, pintu itu di kuak dari dalam. Seorang doktor perempuan bertudung dan berkot putih keluar dengan wajah sugul.

Puan Sharlina sempat melirik tanda nama yang tersemat di kot doktor itu.

Doktor Keyla.

Encik Zamri kenal dengan Doktor Keyla kerana mereka bekerja di hospital yang sama.

"Maaf Doktor, Puan. Tumor di kepala Haziq semakin merebak. Dan kerana tumor itu juga lah dia selalu diserang sakit kepala yang teruk. Macam sekarang ni. Jadi petang ini saya terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Buat masa sekarang ini, dia masih belum sedar." Ujar Doktor Keyla panjang lebar.

Penerangan itu cukup membuat Puan Sharlina terduduk tetapi pantas Encik Zamri memaut bahu isterinya.

"Tapi... saya sangat pasti yang Haziq perlu secepatnya dibedah untuk membuang tumor itu. Dan sejujurnya, pembedahan itu sangat berisiko. Sama ada boleh membawa maut... atau amnesia. Maaf." Tambah Doktor Keyla lagi.

"Anak kita, abang..." Rintih Puan Sharlina.

Encik Zamri terdiam. Sebenarnya dia jugak tidak menjangka perkara itu akan terjadi kepada Haziq kerana penyakit itu luar daripada bidang dia.

Kadangkala, Encik Zamri terfikir. Bagaimana remaja seperti Haziq boleh terkena barah otak? Hm, kalau dah Allah nak beri kita sakit itu memang kita tak boleh fikir apa penyebabnya.

"Boleh saya tengok dia Keyla?" Tanya Encik Zamri.

Doktor Keyla menganggukkan kepalanya. "Boleh, tapi tunggu dalam lima minit? Sebab pembantu saya sedang menukar baju Haziq sekarang."

Encik Zamri mengangguk faham.

Doktor Keyla mengangguk sedikit dan terus berlalu.

Encik Zamri dan Puan Sharlina duduk di bangku tadi dan menunggu pembantu Doktor Keyla menukar baju Haziq tadi dengan baju hospital.

"Abang.. apa kita nak buat sekarang ni?" Sugul wajah Puan Sharlina. Air matanya sudah bergenang dipelupuk mata.

"Kita banyakkan berdoa sayang. In shaa Allah, Ajiq cukup kuat melalui semua ni." Nasihat Encik Zamri seraya memaut bahu isterinya dengan lebih erat lagi.

*****

Balqis gelisah. Hati dia tidak sedap tiba-tiba. Ada sesuatu yang berlaku ke? Balqis terus menghubungi Aidil.

"Hello? Iwan kat mana sekarang?" Tanya Balqis dengan suara yang cuba di tenangkan.

"Ha, Syirah. Iwan dekat rumah aje. Malam nanti nak keluar dinner dengan family. Kenapa?" Tanya Aidil pula dihujung talian.

Balqis menghela nafas lega.

"Tak. Tak ada apa-apa. Sengaja Syirah telefon." Ujar Balqis dengan senyuman di bibir.

Aidil ketawa. "Betul ke ni?"

"Betul." Jawab Balqis sepatah.

"Iwan okeylah. Tak ada apa-apa yang buruk pun jadi kat Iwan. Jangan risau." Kata Aidil. Seperti dia tahu yang Balqis sedang gelisah tadi.

Terburai ketawa Balqis. Dia memang tidak boleh berbohong dengan Aidil. Yelah, kawan sejak kecil kan.

"Iwan ni. Suka tau usik Syirah." Balqis buat-buat merajuk. Rindu nak kena pujuk dengan Aidil. Sejak kebelakangan ini Aidil asyik sibuk aje. Whatsapp pun balas sepatah-sepatah.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now