Bab 2

10K 208 3
                                        

Semasa Balqis hendak ke kelas,dia lalu di hadapan kelas Haziq.

Dia menenangkan diri.

Balqis berjalan di hadapan kelas Haziq dengan selamba. Nasib dia tak berapa baik kerana semua murid di kelas Haziq memandangnya. Lama. Dia mempercepatkan langkah. Balqis sempat memandang Haziq. Dia tersenyum memandang Balqis.

Balqis malu!

Balqis lihat Cikgu Lela sudah masuk ke dalam kelas. Cikgu Lela mengajar subjek Bahasa Inggeris. Tadi baru Haziq speaking dengan dia. Tengok sekarang dia tengah nak belajar inggeris ni. Tanpa sedar, Balqis senyum sendiri. Farisya mencuit bahu Balqis. Balqis memandangnya.

"Apa?"

Farisya hanya tersenyum.

"Tadi aku nak cari kau. Aku tengok kau tengah borak dengan siapa entah. Aku malas nak ganggu,aku masuk jelah kelas."

Balqis senyum. "Aku terjumpa dengan kawan lama aku dulu. Haziq. Kau kenalkan?" 

Farisya mengangguk.

"Dia pemain bola sepak. That's why dia gelap macam tu." cerita Farisya.

Oh dia pemain bola. Patutlah warna kulit dia lebih gelap dari dulu. Hm takpe. Hensem juga.

Eh kejap. Hensem?! Ish kau jangan tersuka dia pulak Qis.

Balqis teringat kisah lama mereka dulu. Tapi cepat dia sedarkan dirinya. Nanti Cikgu Lela mengamuk, habislah.

Loceng berbunyi menandakan tamat waktu mata pelajaran bahasa Inggeris.

"Okay semua. Jangan lupa hantar buku literature esok ya. Siapa tak hantar, tengoklah apa saya akan buat nanti." Cikgu Lela memberi amaran.

"Oh ya. Hantar buku kamu esok pada Balqis. Balqis, nanti kamu letak kat meja saya ya." Pesan cikgu kepada Balqis. Balqis mengangguk.

Lupa nak cerita. Balqis telah dilantik untuk menjadi ketua tingkatan. Berat juga tanggungjawab dia ni. Hampir semua tugas dia kena buat. Tapi Balqis buat dengan ikhlas. Malah dia juga bangga kerana walaupun dia budak baru, dia masih dapat memegang jawatan itu kerana dia rajin membuat kerja rumah yang cikgu beri dan dia selalu mendapat tempat pertama di kelas.

Selepas ini subjek sejarah. Cikgu Noraini akan masuk. Balqis berdiri di hadapan pintu masuk kelas dan melihat jika kelibat Cikgu Noraini kelihatan. Tapi tiada. Peliknya. Selalu Cikgu Noraini mesti masuk on time. Balqis duduk di tempatnya semula. Di sebelah Farisya.

Tidak lama kemudian, Cikgu Shakirah masuk ke kelas.

Eh peliknya. Em cikgu Noraini ada hal kut.

Balqis melirik jam di tangan.

Oh dah pukul 1:05pm. Cepatnya masa berlalu.

"Bangun! Selamat tengahari cikgu." suara lantang Balqis disahut oleh rakan sekelas.

"Baik semua boleh duduk. By the way,cikgu Noraini tak dapat masuk sebab dia pergi medical check up. Maklumlah dia kan tengah mengandung sekarang ni. Jadi, kamu boleh buat kerja sendiri." Kata Cikgu Shakirah.

Mereka hanya mengangguk.

Balqis membuka buku novel kegemarannya. Tajuknya 'Muridku Suami Aku?' Dah masuk lima kali dia baca novel ni tapi tak pernah rasa muak.

"Kau ni tak habis-habis baca novel ni. Aku pula naik muak tengok." Farisya ketawa mengekek.

"Ala biarlah. Jalan cerita dia best. Kalau kau baca pergh memang kau akan baca lagi lagi dan lagi. Serius." jawab Balqis walaupun hakikatnya dia tahu yang Farisya bukan minat baca novel.

Dia lagi suka borak dengan budak lelaki kelas kami. Lebih memahami. Katanya.

Jam menunjukkan pukul 1:36 petang. Lagi beberapa minit bolehlah balik. Badan Balqis pun sudah letih. Balqis mengajak Farisya untuk pergi berjalan satu sekolah. Balqis bosan sebenarnya. Farisya pun okay jadi bermula lah perjalanan mereka berdua.

Masa mereka berdua sedang berjalan-jalan, Cikgu Alia memanggil Balqis dan Farisya dari pintu kelas 2B.

Eh sekejap. 2B?! Weh tu kelas Haziq la! Balqis menjerit dalam hati. Tapi kakinya tetap melangkah menuju ke arah Cikgu Alia.

"Ada apa cikgu?"

"Kamu buat apa berjalan-jalan kat koridor ni? Cikgu tak masuk ke?"

"Tak cikgu. Em kenapa ye?"

"Cikgu nak minta kamu jagakan laptop saya ni kejap. Saya nak pergi bilik guru nak ambil kertas kelas ni. Saya tak percaya sangat murid kelas ni."

"Okey baiklah cikgu. Tapi cepat sikit ya cikgu. Dah hampir waktu balik ni."

"Ye saya takkan lama. Jangan risau. Sekejap tau." Balas cikgu Alia.

Balqis dan Farisya hanya membuat muka biasa walaupun pada hakikatnya hati mereka berdegup kencang tanpa sebab.

Baqlsi berdiri sambil memandang kasut. Apabila Balqis terasa macam ada yang memerhatikan mereka, dia mengangkat muka.

Yes! Haziq sedang memandang tepat ke arah mereka berdua.

Aduh mana cikgu ni!

Balqis melirik jam di tangan. Sudah hampir pukul 2:00pm. Balqis dan Farisya masing-masing dah buat muka. Tak lama kemudian, kelibat cikgu Alia kelihatan. Mereka menarik nafas lega.

Balqis memandang Haziq buat kali kedua tetapi kali ini Haziq tidak memandang. Dia sedang menulis sesuatu. Buat homework agaknya.

"Terima kasih Balqis dan Farisya. Maaf cikgu lambat." Kata cikgu Alia.

"Tidak mengapa, cikgu. Kami faham cikgu sibuk. Kalau tak ada apa-apa lagi kami masuk kelas dulu? Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam." Jawab cikgu Alia.

Loceng berbunyi nyaring. Finally, dapat pun balik. Balqis dah letih sangat. Dia mengemas buku-buku yang bersepah di atas meja. Dia tidak berani meninggalkan buku di dalam meja. Takut kena curi tak pun kena rampas.

Balqis dan Farisya jalan beriringan. Dia nampak Haziq sedang menuruni tangga. Buku teks dipegang kemas. Apabila dia ternampak Balqis dan Farisya, dia mengangkat tangannya sambil tersenyum. Balqis membalas.

Farisya memandang.

Balqis dengan Haziq ni ada apa-apa ke?

*****

Jemputlah baca fanfic kedua aku, Him That I Wanted. Harap sangat korang support karya kedua ni.


Cinta Terakhir ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang